Nak Makan Nasi Lemak Pun Tak Boleh

Reading Time: 2 minutes

Terbaca di muka hadapan laman Berita Hairan. Hairan sebab benda macam ni pun boleh jadi isu negara..

Wajarkah 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu di kantin sekolah mengikut garis panduan baru bagi menangani masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar?

Dulu masa aku kecil, takde pulak nak kena hadkan makanan ni semua. Tiap-tiap hari aku makan apa aku nak makan, termasuklah nasi lemak yang kononnya akan dihadkan penjualannya. Hasilnya, aku masih lagi kurus macam tiang bendera.

Apa beza dulu dengan sekarang?

Dulu tiap-tiap petang lepas balik sekolah, aku tak duduk rumah. Main bola, masuk keluar hutan (sebenarnya bukannya hutan sangat pun tapi kebun getah yang terbiar), pergi sawah dan macam-macam lagilah yang budak kampung buat. Yelah budak-budak tinggal kat kampung, macam-macam boleh dibuat main.

Sekarang, ibu bapa banyak yang manjakan sangat anak-anak sampai naik lemak. Anak kena rotan dengan cikgu sikit, siaplah surat sampai ke sekolah. Balik sekolah, boleh tengok tv sampai malam sebab Astro menyiarkan siaran kartun 24 jam. Maka duduklah anak-anak dirumah, kalau tak tengok tv, main komputer, buka Facebook dan Twitter. Cukup time makanan siap, pergi makan. Kalau hidup macam tu la, aku boleh jamin budak-budak ni semua memang gemuk nanti. Percayalah.

Nak makan tak salah sebenarnya dan budak-budak membesar memang hyperactive kadang-kadang. Yang silap adalah bila kita biasakan mereka duduk rumah tengok tv/main komputer 24 jam. Mana boleh macam tu. Hantarlah anak pergi masuk kelas taekwando ke, kalau tak pun hadkan masa di depan tv. Lama-lama nanti pandailah mereka mencari aktiviti lain untuk meluangkan masa. Cuma pastikanlah aktiviti yang dilakukan tu adalah aktiviti yang sihat.

Tapi kalau tak nak macam tu, tak nak kasi anak-anak keluar, kena pandailah hadkan pemakanan di rumah. Makanan kat Malaysia memang semuanya sedap-sedap belaka dan macam-macam ada. Memang syurga makanan. Aku tahu dan aku juga tahu untuk pergi jogging keliling padang belakang rumah tiap-tiap hari sepanjang cuti musim panas yang lepas semata-mata untuk mengelakkan obesiti ni. Jadi pandai-pandailah kan..

Hadkanlah apa-apa makanan hatta nasi lemak sekalipun kat sekolah, tapi kalau balik rumah makan KFC/McDonalds pun takde guna jugak..

Entri ini diperkuasakan dengan aiskrim Baskin Robbins Cookies & Cream

Posted

in

by

Comments

47 responses to “Nak Makan Nasi Lemak Pun Tak Boleh”

  1. Makanan seimbang Avatar
    Makanan seimbang

    Budak sekarang banyak lemak sangat sebab sekarang exercise menggunakan tangan dan jari sahaja iaitu main FIFA kat PC or laptop jek.Sbb nasi lemak tak boleh makan selalu sangat

  2. jun Avatar

    x ni suma punca mak bapak yang tak control pemakanan anak2 dari kecik…adat lah tu spa nk ngaku salah kan~~

  3. isabella Avatar
    isabella

    take everythg moderately, lah … nasi lemak klu bleh jgn ler mkn tiap2 hari .. same goes to McD/KFC/PizzaHut, etc .. & i notice ibubapa zmn skng yg bz bee & sgalanya nk mudah tlalu memanjakan anak2 dgn mbiarkn mrk leka playsttn/computer games shingga sehari suntuk, janji anak2 x kacau mrk .. then mlm bw anak2 dinner fast foods .. mgkin mudah, cepat & not tat messy compared to local foods .. blik smbung blik mgadap computer, etc .. apa nk jadi x tau lah!

  4. nasslimdiet2 Avatar

    aku setuju sangat dengan pandangan ko tu bro. semua hal nak salahkan sekolah. padahal anak kat umah makan fast food pastu tak bersenam langsung memang la obesiti. anak zaman sekarang terlalu dimanjakan

  5. Lord Zara Avatar

    Aku tengah carbo-diet. LOL!

    Dah lama sebenarnya tak makan nasi lemak dan ya, aku kelakar juga sebab benda2 begini. It’s all depends pada individu tu juga kan? Kalau makan tak ingat dunia, dan naik berat hingga obesiti, janganlah nak blame pengusaha kantin for example.

    Aku baru buat ujian PJ pada budak2 aku. Ada budak Form 2, dengan ketinggian 155 cm, berat dia 105 kg. Seriously waktu PJ langsung tak nak bergerak even buat aerobik. Now, itu kita nak blame pengusaha makanan?

    Pffft~

  6. sayacomel Avatar

    biarlah diorang buat. kita tengok, jadi ke takk..orang ikut ke takk..budak-budak jadi gemok ke takk..

  7. eiela Avatar

    saya sokong gov buat camnih, dan sokong jugak artikel ariff nih budak2 sekarang kurang latihan fizikal.tapi elok jugak sekat kat sekolah, sbb aura nasi lemak nih lain macam. sebab ade pelajar yang beli makanan especially nasi lemak sampai 2 pinggan time rehat alasan sebab sedikit sangat. tapi kalau menu lain sepinggan je dibelinya. lagi satu reason, sebab nasi lemak nih makanan yang agak berat dan mengantuk, and budak-budak mudah lemau bila belajar lepas time rehat dapat-dapat lak cuaca panas. dapat-dapat lak kerja office, dengan aircondnya huhu lagilah.

    1. ariff Avatar
      ariff

      ada benarnya, tapi polisi nak hadkan nasi lemak tu nampak macam lekeh je. Banyak benda lain yang boleh buat obes dan sepatutnya dibuat satu polisi yang lebih masuk akal dan menyeluruh.

  8. Faaein Talip Roy Avatar

    ntah apa2 aje skang..
    sama arr dulu lagilah tiap2 ari makan nasi lemak..
    tak obes pun.. huhuhu..

  9. Miss Meen Avatar
    Miss Meen

    Yup !! Berbeza budak2 dulu dgn budak2 sekarang..
    Haha..teringatlaa pulak..masa kecik ada org gelarkan saya Budak Somalia huhuhu ^_~

    *Kredit !!! Aiskrim Baskin Robbin tue nampak menyelerakan…Yummy !!!

  10. lila Avatar

    e2 la pelik btul nasi lemak pun nak disekat sekat.. kesian makcik2 kantin yg mnyara idup ngan jual nsi lemak.. npe tk sekat fast food tu skli.. bala2..~

  11. pondokburok Avatar

    saya ni sebulan sekali mkn nasi lemak, kurangkan nasi hanya sesenduk sehari, semua2 la sekat tu, sekat ni….takde maknanya, gedempol jugak…
    kalau makan nasi atau benda2 yg menggemukkan, kenalah exercise lebih skit, barulah seimbang, kan? jd moral of the story, hidup ni kena bnyk bergerak, bukan duduk dpn komputer…exercise jari je!

  12. zul Avatar
    zul

    klu catu McD o KFC o pizza kang jd benda laen pulak..ikut jela..kt umah mak boleh masak..klu pandai wt la..hehehe..

  13. Izwan Avatar

    baru je tengok berita pasal ni.. haha.. kelakar.. dah fast food berlambak2 kat kota metropolitan tu apa kes ?.. ntah pape skrg ni..

  14. SHIMI Avatar

    Biasa la kat Malaysia ni. Tak de isu nak cari isu,. Pantang salah cakap mesti kena hantam…
    Takkan pasal nasi lemak pun sampai PM, TPM nak masuk campur…

  15. ekspresiruang Avatar

    mmg bukan salah nasi lemak pon. nasi lemak ni kambing hitam je (tapi kalau nasi lemak lauk kambing mmg sedap). yg salah gaya hidup anak2 tu. aku lebih bangga anak aku dapat last dalam lumba lari peringkat daerah daripada jadi juara berpantun dan main sahiba. bangga sbb ada anak yg sihat dan fit.

  16. Cik Su Life Cycle Avatar

    malaysia di tangga no 1 dalam masalah obesiti.. jadi wajar lah.. hehe.. meluntur buluh biar dari rebung.. che wah.. hehe

  17. Cik Su Life Cycle Avatar

    malaysia di tangga no 1 dalam masalah obesiti ni.. jadi wajar lah.. hehe.. nseb bek dah lepas zaman sekolah

  18. anajoe Avatar
    anajoe

    Perghh.kecur air liur tgok eskem baskin robbin.yummy!

  19. azura Avatar

    kita tengok stratgi tu jalan ker tidak…nasi lemak ni mengantukkan sebab terlebih kenyang sebelum masanya bukanlah mengemukkan seperti sangkaan…

    1. munna Avatar

      yeah…sgt setuju. Nasi lemak mmg bleh sebabkan mengantuk..dulu kat asrama tiap hari kamis je mesti lemau sebab turn bfast nasi lemak. sampai tertido-tido, cikgu pun pelik.
      (tp kalau nak kata nasi lemak punca obes,mmg ke laut la..byk lg lgkah yg boleh diambil)

  20. ira_ishiko Avatar

    perghh… es-krim BR tuu…

    1. ariff Avatar
      ariff

      nak sikit?

      1. munna Avatar

        kalau nak belanja kitorang pun nak….^^

  21. takky Avatar

    senang cite bwk bekal dari rumah…
    kita amalkan budaya jepun…
    masalah obesiti selesai….

  22. Adilla Harun Avatar

    Mmmm…saya juga rasa tak berapa relevan nak sekat makan nasi lemak ni. Makanan tu tak salah, dan makan pun tak salah. Saya juga sama di sekolah rendah, kerap menapau nasi emak dari kedai. Tapi melidi juga.

    Benar! Banyak faktor lain sebabkan obesiti@kegemukan ni. Palingnya, kurang senamanlah. Lemak dan kolesterol jahat tak dicairkan. Itulah obes jadinya. Gaya hidup yang kerap menghadap ‘skrin'(TV dan komputer) juga faktor kegemukan. Zaman saya dulu masih ada main teng-teng, galah panjang, police entry. Berkejar-kejar sampai naka gugur jantung dan berlenjun peluh. Tu yang susah gemuk tu. Makan ayam dan daging, sebulan 2-3 kali sahaja. La ni bebudak hari-hari ayam. Kita fikirlah sendiri….

  23. sha myheart Avatar

    Aku rasa lawak la dengan keputusan kerajaan ni. Makanan macam tu pun nak kena sekat ke? Obesiti bukan disebabkan makan nasi lemak. Banyak lagi makanan yang kolestrol tinggi..
    Dan obesiti tu bukan terjadi semata-mata dari faktor makanan. Ada jugak dari genetik dan gaya hidup tak sihat (tak bersenam).

  24. eiyda Avatar

    budak2 skang kuramg beriadah..balik sekolah terbongkang depan lappy..tak pon..sebok pg tuisyen sana sini..nak pandai punya pasal.sampai kesihatan terabai..mak bapak pon bz..balik keje..tapaukan fast food untuk anak2…tu sebabnya terjadinya obesiti dikalangan kanak-kanak.kenapa kantin sekolah jugak nak di persalahkan kan? nasi lemak tak salah la…dah bertahun kot penjualan nasi lemak kat kantin..kenpa sekarang baru nak timbul isu ni? kenapa tak dulu lagi kan?? huhuhu…

  25. puding_manis Avatar

    mcm nk gelak guling2 je bila dgr menteri TERBABIT buat keputusan mendadak mcm tu…owh, sungguh lemah akal si menteri sbb tak makan nasi lemak kot? …

    1. ariff Avatar
      ariff

      bukan tak makan tapi terlebih makan. hehe..

  26. classified Avatar

    tgk saper yg menyuruh tue…..cuba suruh diorg catu mkn ba+bi….confirm persatuan ba+bi semalaysia bising…

  27. landax Avatar

    jangan nak jadi bodoh dengan menghadkan makanan tradisi kesukaan rakyat malaysia..Fast Food lagi gila dia punya bahaya..tak nak pulak dihad kan..ape bende la yang ada dalam pale hotak diorang ni.. T_T

    1. munna Avatar

      sekarang ni makin pelik-pelik…keputusan yang dibuat ‘mereka’ banyak yang tak masuk akal dah… :(

  28. cikguden Avatar

    kesian dekat mak cik kantin.

  29. kasih Avatar

    nak buat camne, fastfoods lagi sedap.. lepas tu mula la nak haramkan makanan tradisional apa semua..

  30. aira Avatar
    aira

    love baskin robin very much~~~

  31. iza Avatar

    Assalam…
    Boleh mati tak mkn nasik lemak…hahaha..
    Kesian budak2 skrg, nasi lemak kena catu pulak..

  32. noreenrara Avatar

    setuju..kat sekola had kan jual nasi lemak, balek umah g cr kfc,mcd jgk..

  33. Ayuni Avatar

    setuju, lagi budak2 gi cr KFC…..

  34. AMiRU Avatar

    Kitakan negara yang mengamalkan demokrasi, kenapa nak sekat hak memakan nasi lemak para pelajar sekolah? LOL

  35. syafiq Avatar

    memang tak boleh kata apa bro. dulu lain sekarang lain. dulu main bola tepi jalan, sekarang main bola depan monitor.

    1. topo Avatar

      ya tepat sekali pandangan saudara tu haha adik-adik aku sampai tahap aku kena potong wayar PC kot tak nak kasik diorang asek mengadap PC main game je hohoho

    2. ariff Avatar
      ariff

      haha.. ha’ah.. sekarang dalam bilik 24 jam boleh main bola..

  36. wuucin Avatar

    betul… n memg dgn keadaan sekarang menu makanan utk pelajar perlu diselaraskan @ diperbaharui supaya kanak2 ni lebih sihat … (^_^)V

  37. Fitrihadi Avatar

    kanak-kanak obesiti ni bukan sebab nasi lemak atau pemakanan dari. tapi gaya hidup diorang.. kalau bro dulu lepas sekolah kuar main kat luar umah kan. tapi bebudak sekarang lepas sekolah main x-box, main ps3..takpun terbungkang depan tv tengok astro ceria (untuk kita aje).. manalah tak obesiti..

    dan aku pelik.. napa kementerian nak salahkan sekolah sebab budak-budak ni lebih banyak makan di rumah berbanding di sekolah.. adeh…
    .

    1. Pejuang Kesenian Extreme Avatar

      Part ni aku sokong…Sebenarnya gaya hidup yang tidak sihat punca obesiti ni..Aku dulu sekolah relax je makan nasi lemak…

  38. NailahAzman Avatar

    Ok. Aiskrim Baskin Robbin tu lagi menarik. Hehehe.