Majlis berlangsung pada 22 Disember 2013 bertempat di rumah pengantin perempuan di Sungai Penchala.
Ketibaan rombongan lelaki dengan tujuh dulang hantaran.
Jemputan mengambil tempat di hadapan pelamin yang dihias indah.
Pengantin mengambil tempat. Daripada riak muka pengantin lelaki jelas terpancar wajahnya yang tenang di hari yang paling bersejarah dalam hidupnya. Pengantin perempuan nampak cantik dan ayu di hari bahagianya.
Sempat lagi tersenyum di hadapan kamera sebelum akad dan nikah berlangsung. Dengan izin Allah semuanya berjalan lancar.
Usai pengantin menerima nikah, solat sunat nikah dan sujud syukur dilaksanakan tanda kesyukuran yang tidak terhingga dan sebagai pembuka kepada lembaran hidup yang baru.
Pengantin lelaki meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun isteri dan doa dipanjatkan, “Allahumma inni as’aluka khairaha, wa a’udhu bika min sharriha,”. Ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikannya, Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya. Pengantin lelaki lalu memakaikan rantai ke tangan isterinya dan mengucup dahinya sebagai upacara membatalkan air sembahyang.
Alhamdulillah. Pertemuan secara tak sengaja pada 16 Mac 2012 telah membawa hingga ke saat ini. Who’d imagine that person who sit beside you on some award night would become your lifetime partner?
Comments
20 responses to “Majlis Pernikahan Ariff Shah & Nur Zalikha #ariffika”
Tahniah Tuan .. Moga Berkekalan hendakNya
Tahniah Ariff, perkahwinan ini menarik walaupun mencabar. Apapun, memang seronok.
Website saya menulis tentang kekeluargaan, khusus untuk Gen Y Young Parents.
Emm steady aje muka tu..tak ada debaran langsung jer..hahaha
harap ucapan ni tak terlambat.. Tahniah dan selamat pengantin baru. Moga bahagia hingga ke akhir hayat.. amin..
Amin. Terima kasih ctfand
tahniah bro ariff…….. Allah kurniakan kebahgiaan dan keturunan yg soleh dan solehah
Cantik semua gambar.. btw, congrats bro! :)
tahniah!!!! ^_^ semoga berbahagia hingga ke jannah.
Tahniah. Moga berbahagia til jannah.. ameen
wahhh…..tahniah arifff ..moga bahagia sokmo
Tidak terlewat untuk mengucapkan tanniah. Semoga mahligai perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat. Cepat-cepat timang cahaya mata. :-)
Tahniah Ariff dan pasangan.
بَارَكَ اللهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
“May Allah bless for you (your spouse) and bless you, and may He unite both of you in goodness”
tahniah tuan ! semoga berkekalan hingga ke syurga
Bro, sapa fotografer? Cantik gambar.
Nampak moment kecerian di wajah pasangan muda ini. :-)
tAHNIAH BRO :) Barakallahulakuma wabarakalaik :)
I know that exact feeling. My husband and I met coincidentally. We attended a course while waiting for our convocation. Placed in the same classroom, seats were arranged next to each other. Who knew it was our destiny. The course is just a reason Allah created for us to meet up and become a life-partner.
Ariff, life is full-of-suprise. Enjoy and cherish each moments together
Tahniah tuan, moga berbahagia dan berkekalan… =)
Tahniah bro.. semoga hubungan berkekalan selamanya ye..
tahniah bro, cantik hiasan semua :)