Main Saham Balik

Reading Time: 2 minutes

stock_trading

Lepas setahun keluar daripada dunia saham, saya rasa dah sampai masanya untuk saya kembali.

Tujuan entri ini dibuat adalah untuk tracking peribadi saya. Entri pembelian saham tidak dikongsikan di mana-mana channel social media saya. Satu, sebab saya tak nak orang ikut buta-buta apa yang saya buat/beli. Dua, sebab tak nak orang cakap saya nak tunjuk duit. Siapa yang masuk untuk baca blog ini sahaja yang akan terbaca entri ni.

Objektif jangkamasa panjang adalah untuk jadi full-time trader. Saya kenal beberapa individu dalam golongan ini dan memang tak mustahil pun nak buat. Jadi pembelian ini adalah langkah untuk mengumpul dana dan diharapkan dana dalam ni tak diusik sehingga sampai amaun yang saya nak kumpulkan.

Kalau pegang cash, nanti gatal tangan pulak terbeli benda lain. Jadi letaklah dalam saham supaya saya fikir panjang sikit kalau tiba-tiba rasa nak guna duit ni.

Time-frame adalah 5 – 10 tahun. Average up/down setiap 2-3 bulan sehingga sampai amaun yang saya tak perlu reveal di sini.

Sebagai permulaan, saya akan concentrate pada satu kaunter sahaja iaitu KEURO.

keuro

Kenapa KEURO?

  1. Mempunyai pegangan ekuiti 40% dalam projek Bandar Rimbayu. Nak tau hot ke tak projek Bandar Rimbayu ni, boleh baca thread Bandar Rimbayu di forum Lowyat. Hampir semua fasa sold out!
  2. Pemegang konsesi lebuhraya Pantai Barat atau West Coast Expressway (WCE). WCE ni adalah projek lebuhraya dari Taiping ke Banting (akan melalui Bandar Rimbayu dan Puncak Alam – Shah Alam 2).
  3. WCE dah dapat approval dalam Bajet 2015.
  4. Kaunter senyap. Belum lagi ada coverage di mana-mana penganalis. Bila tiada coverage, dana besar tak berani masuk. Peluang untuk kroni dan orang yang buat kajian mendalam terhadap kaunter ini untuk melabur. Bila dana besar masuk dan harga melambung, masa tu kita jual.
  5. Pemaju tersohor, IJM ada pegangan dalam KEURO.

Risiko dia satu je, projek pembinaan ni memakan masa. So memang long term. Bila long term, kena absorb naik turun harga (price fluctuation) berdasarkan keadaan pasaran semasa. Itu sebabnya konsep dollar cost averaging paling sesuai untuk saham macam ni.

So let’s see macam mana nanti.


Posted

in

by

Comments

7 responses to “Main Saham Balik”

  1. Muhammad Fikry Avatar
    Muhammad Fikry

    Inilah masanya nak beli saham company minyak yg tgh jatuh.. UMW dh jatuh below IPO price.. byk duit beli la. nnt minyak naik maka naik la pula.. aku ckp je pandai tp x buat pun..

  2. aqmalfaiz Avatar

    memang masa sesuai masuk balik lepas KLCI terjun tiruk tempohari, cuma tak pasti keuro terkesan ke tidak :)

  3. rosmawati Avatar
    rosmawati

    saya berminat tapi xtau nak bli saham ni kat mana mintak tunjuk ajar?

    tq

    1. Ariff Avatar

      Pergi je mana-mana seminar saham. Confirm akan ada remiser yang tumpang sekaki untuk pembukaan akaun

    2. Ariff Avatar

      Buka akaun kat CIMB. Boleh beli melalui Clicks Trader

  4. emalinmohd Avatar

    Wow!! Memang tuan banyak ilmu tentang pelaburan ni..

    1. Ariff Avatar

      Takdelah. Sikit2 je. Kalau banyak ilmu, saya dah berhenti kerja terus untuk fokus