Ada yang meminta supaya saya komen sedikit tentang pergerakan mahasiswa dan perkara-perkara yang berkaitan AUKU. Malas sebenarnya nak cerita panjang, tengok dua video ni.
- Saya percaya ada cara yang lebih berkesan dan efektif daripada apa yang dilakukan sekarang.
- Saya juga percaya kalau satu pihak memerintah terlalu lama, terlalu banyak kepincangan dan penyelewengan akan berlaku dari segi dalaman dan lauran. Walau bagaimanapun, pihak yang lagi satu sepatutnya mempunyai jentera yang lebih hebat tetapi sekarang dilihat lebih kurang sahaja dan mungkin lebih lemah.
Sekian.

Comments
16 responses to “Mahasiswa Dulu & Sekarang”
Wang je semua nih. Perjuangan lah, ape lah, belakang cerita kena hulur masuk poket tebal-tebal baru mereka berjuang. Bezanya, kalau hulur seribu dua pada orang biasa, mereka takkan buat kerja lagi. Tapi bagi mahasiswa dah banyak dah, boleh terus jalan.
dulu lain, sekarang dah lain.. berpolotik tak salah asalkan jangan abai tgjawab sebagai mahasiswa, ibu bapa dan negara.
Saya cuba komen untuk isu yang ditulis oleh entri ini tetapi tidak lepas. Memendekkan komen yang panjang saya tulis tidak lepas.
Peluang hanya datang sekali jadi jangan sia-siakan. Beruntunglah kalau dapat peluang ke 2. Ramai diluar sana yang mempunyai hajat untuk melangkah menara gading untuk mengubah kehidupan tetapi tidak berpeluang. :-(
nak tambah sikit..mahasiswi perempuan dulu lebih pemalu.. mahasiswi sekarang lebih berani
student dulu atau sekarang tetap membawa harapan ibu bapa yang tetap sama…
yang ni setuju sangat
ok, then baru faham apa itu auku…
Tapi zaman berubah, jika di zaman dulu student takde transport di universiti tapi sekarang student kebanyakan ada transport sendiri,
Jika dulu bukan calang-calang orang boleh masuk universiti, now setakat dapat dalam 3,4 A dlm spm dah boleh masuk matrikulasi later masuk universiti,
Jika dulu hanya ada beberapa IPTA tapi sekarang dh terlalu banyak, belum termasuk IPTS lagi…
Terlalu banyak lagi perubahan kalau nak ditulis….
Apa yang menjadi persoalan sekarang adakah relevan untuk memansuhkan AUKU pada zaman sekarang?
Adakah relevan untuk memberi kuasa autonomi dan kebebasan akademik mutlak kepada mahasiswa pada zaman sekarang?
Adakah relevan untuk mahasiswa sekarang seperti mahasiswa dahulu lakukan?
So far, apa yang kita nampak beza perjuangan mahasiswa sekarang tidak independent seperti dulu, perjuangan sekarang nampak seperti bias kepada sebelah pihak, nampak seperti tidak telus, mungkin ada segelintir mahasiswa yang betul2 memperjuangkan dengan telus, tapi mostly yang kita nampak adalah lain…
-sekadar rasa dan pendapat-
Fahmi Reza,first time jumpa dia masa malam 31 lepas masa diorang organize Occupy Dataran.
Aku bukan dari background student politics,tapi apa yang diperhatikan dan pendapat sendiri mahasiswa memang perlu take part dengan current issues selain duduk dalam dunia sendiri.Dulu mereka memikirkan hal2 atau point2 penting dalam pembangunan negara.Kalau nak tengok pun awal2 60’s 70’s malaysia baru nak membangun.Golongan2 muda dan intellektual begini bertindak / take part dalam pembangunan ideologi masyarakat.
Sekarang,kita dah ada majoriti besar yang diperjuangkan oleh mahasiswa2 terdahulu cuma apa yang perlu ditekankan lagi adalah dari segi membaikpulih sahsiah anak muda. Ada sesetengah gerakan mahasiswa sekarang perjuangkan point2 tersebut tapi ada yang juga yang lebih kepada terus nak tukar pemerintah. Rasanya pemerintahan tak dibentuk dalam tempoh sehari dua.
Isu ni,aku perhati lagi sikit2. Cuma kalau nak perjuang hal2 untuk kebaikan masyarakt,mahasiswa sekalipun biarlah dengan adab dan meletakkan akal di atas emosi.
Dan mungkin,student2 union terdahulu sekarang ni menjadi pemimpin politik negara gubal AUKU kerana ada sesuatu yang terjadi pada zaman mereka,tak mahu terjadi pada zaman kita.
– pendapat dari pemerhatian..
berdemo lebih..belajarnya entah ke mana..
langsung x taw ade pertubuhan mcm 2 b4 nie….
sepatutnya perkara ini dimasukkan dlm subjek sejarah Malaysia…
barulah belia2 zaman sekarang dapat tahu sejarah sebenar dan x terpinga-pinga bila dengar….
(aku yg baru dgr pun terpinga-pinga bila tgk video nie)
bagi aku tak perlu berdemo. orang melayu ni mulut je lebih tapi kerja tak jalan. pung pang pung pang sana sini. At the end tak banyak yang berubah
yes tepat sekali aku suka ayat terakhir ko tu.Suppose kalau nak ambil alih kena yang lebih kuat bukan sama ataupun lebih teruk
sebab tu aku tak berapa suka politik. Tapi aku gi mana-mana pun..politik mesti ada..nak ambil tender jaga tandas pun kekadang kena pandai berpolitik..lom lagi kat pasar malam..nak rebut tempat paling hot pun..kena pandai politik juga.. takkan aku nak baring tepi jalan sebab nak mogok nak dapat tempat paling strategik kat pasar malam sebab orang lain ada yang main kotor?
aku study jer..malas nak campur..haha
Perjuangan untuk kemajuan diri, agama dan bangsa mmg bagus..tp kalu sekadar utk kepentingan politik atau kepentingan individu-individu tertentu tuh rasanya kurang sesuai terutamanya oleh seorang mahasiswa. Lbh baik fokus kpd pelajaran. At least pencapaian yg baik nnti akan membanggakan ibu bapa, malah mungkin juga agama dan bangsa.
kadang2 kita manusia tersalah beri layanan… budak yang berumur 2 tahun…kita anggap dah macam tingkatan lima….
so… bila tidak sesuai kepada tempat yang sepatutnya… berlakulah ketidakadilan.. sbb adil=meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya…
akhirnya, rosak banyak perkara…