Zaman maju sekarang ni rasanya hampir semua mengalami sakit dan kelenguhan otot di leher akibat daripada bekerja di hadapan komputer sepanjang hari ataupun melakukan aktiviti seharian. Memang nikmat kalau dapat orang urutkan bahu dan leher setiap kali lepas pulang dari kerja..
Kalau yang ada tablet pun biasanya akan mengalami masalah sakit di bahu dan leher kerana postur yang tidak betul ketika menggunakan tablet tersebut. Untuk mengelakkan masalah ini, pastikan anda tidak menundukkan kepala terlalu lama semasa menggunakan tablet. Angkat tablet supaya sama level dengan mata. Ini dapat mengurangkan stress pada otot bahu dan leher anda.
Dalam kes saya yang selalu ‘merembat’ motosikal ketika berulang alik dari rumah ke tempat kerja, memang terasa lenguh di bahu. Mana tak lenguhnya, kalau nak bawak motor laju, kena pegang handle motor dengan kuat supaya tak melayang. Apa-apa pun saya masih lagi mengekalkan pemanduan berhemah, kalau nak bawa laju pun kat jalan yang tak sesak je. Percayalah :)
Penyelesaian yang paling mudah untuk saya menghilangkan rasa sakit dan mengurangkan rasa lenguh di leher adalah dengan menggunakan ubat leher dan bahu daripada Tiger Balm. Oklah, kalau nak cakap hilangkan rasa sakit tu macam magik sangat, tapi sekurang-kurangnya rasa lenguh di bahu dan leher saya berkurangan setelah menggunakan produk ini.
Tiger Balm Neck & Shoulder Rub ini dirumus khas untuk melegakan kesakitan otot di bahagian leher dan bahu. Ianya bertindak serta-merta dan anda akan berasa lebih segar di bahagian yang telah disapukan dengan krim ini. Sesuai untuk mereka yang aktif dan sentiasa sibuk dengan aktiviti harian, anda hanya perlu menyapukan krim ini untuk melegakan bahu yang penat dan lenguh.
Krim ini tidak berminyak dan menyerap cepat ke dalam kulit, jadi takdelah nak risau baju kerja kotor bila saya gunakan krim ini. Krim ni takdelah bau ubat sangat sebab didatangkan dengan haruman yang menyenangkan. Ada sesetengah produk tu kalau pakai sikit je dah bau macam pusat mengurut pulak.
Dua jenis Tiger Balm Neck & Shoulder rub yang ditawarkan iaitu yang biasa dan jenis Boost. Boost ni lebih kuat dan memberikan kesan kelegaan yang lebih panjang berbanding jenis yang biasa. Kalau nak try, eloklah try yang biasa terlebih dahulu ye.
Disebabkan bentuk tiub yang sangat ergonomik dan kecil ini memudahkan saya nak bawa Tiger Balm Neck & Shoulder ni ke mana-mana. Tiger Balm adalah sebuah jenama yang telah lama bertapak di Malaysia dan saya percaya produk terbaru mereka yang ni adalah sebuah produk yang bagus.
Produk ini telah diuji oleh atlet professional dari US, Singapura dan Hong Kong. Paling penting, ianya telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan sebagai produk yang boleh memberikan kelegaan kepada kesakitan otot di leher dan bahu.
Apa-apa pun, prevention is better than cure. Amalkan postur yang baik untuk kehidupan yang lebih berkualiti.


Comments
27 responses to “Macam Mana Nak Menghilangkan Sakit Di Leher?”
hurmm mana nak cari ubat ni? memang betul2 berkesan ke?
Nice info gan..
wah, kena beli ni. mmg masalah utama saya setiap hari. huhu
syiokkk wooo pakai tiger balm baru nih… legaa!!!
tak pernah lagi guna ni..biasa sakit dekat leher, urut jer..nanti kalau sakit pula, nak try pakai ubt ni..hehe
Bagus gak TIGER BALM dah kuar losyen skang nie… kalau ade tutorial urut leher lagi bagus rasanya….heheheh
Haha. Mana pernah org buat tutorial mengurut
ada jer bro… nak aku tunjukkan? hehhehee
thanks bro boleh cuba try test guna nie, student2 suke sgt duduk camtu gune laptop :)
Thanks untuk tips ini. Saya juga sering kali rasa sakit2 leher dan belakang akibat terlalu lama duduk mengadap komputer. Biasanya saya akan bangun pusing2 selama 5-10 minit selepas duduk mengadap 2 jam. Alhamdulillah, sakit leher tu kurang datang sejak saya amalkn tabiat tu tapi belakang masih lagi lenguh-lenguh. Mungkin dah tiba masanya untuk saya tukar kerusi yang baru.
tiger balm dipercayai turun temurun…. dulu kecik2 nenek sapu kat pusat supaya tak kembung perut….. stai baq hang tiger balm la nih..
guna kerusi yang boleh urut2 tu… sedapppp
Kerusi tu harga beribu ringgit satu..
kebetulan salah tidur ni..
Bro memang suka yang boost. Lebih terasa kesannya
Memang power yang boost tu. Not recommended for kanak-kanak. heheh
Tiger Balm jenis sapuan salap lebih berkesan menyerap dan mengurangkan rasa sengal pada anggota.
Info yg bagus..
Taktau pulak Tiger Balm ade kluar produk baru yang tak berbau ye…memang sesuai sgtlah utk mereka2 yang bekerja di ofis dan menghadap komputer dalam jangkamasa yang lama..seperti saya..terima kasih sebab promote dalam blog ni..akan dapatkan satu..
leher saya pun dah mula rasa sakit asyik online je, boleh la peneka ini.. huhu
Oh dah ada yang booster erk.. Nanti nak cuba lah. Tiger balm memang bagus untuk kelegaan cepat.
Saya kalau dah depan laptop bukan lagi sakit leher sakit bahu, mata pun sakit. pergelangan tangan sakit. Tapi bagus la tak bau, sebab tak suka la dengan bau2 ubat ni. Tak selesa. Nak try beli satu nanti.
Nak kena p cari gakla 1 standby dalam beg, sebab memang selalu lenguh bahu dan leher ni :)
memang senang nak bawa + cepat hilang sakit leher
lagi2 lepas duduk mengadap komputer terlalu lama..
Biasanya apabila sakit di leher. Hempuk bantal ke leher tersebut.
Saya selalu on9 atas meja dan duduk dengan betul,kalau tak memang terkehel leher.Tiger Balm tu mmg syok sapu kat leher kalau sakit.
harus cuba! selalunya saya guna ameltz yoko-yoko je, mayb next time bole try yang ni pulak :)