Macam Mana Nak Mengelakkan Barang Tertinggal Semasa Travel?

Reading Time: 2 minutes

Saya biasa travel sorang diri. Lebih mudah. Kalau bawak orang, nanti kalau salah sorang buat silap boleh bergaduh pulak dalam perjalanan. Dah rosakkan mood travelling. Samada saya travel ikut orang atau dengan orang yang betul-betul boleh ngam dengan saya.

Bila travel sorang ni kita lebih sharp dan teliti dengan setiap perkara terutamanya barang kita bawa. Kadang-kadang dalam kepala tu dah ada list setiap satu apa yang di dalam beg. Kebarangkalian untuk barang tertinggal atau tercicir adalah sangat rendah.

Bila dah biasa travel sorang kemudian ikut pulak orang, mulalah ketelitian tadi semakin berkurangan. Hal ini adalah disebabkan benda ni dah jadi macam perkara baru pulak. Jadi ambil masa untuk menyesuaikan diri. Cara paling senang, buatkan satu senarai barang yang dibawa bersama dan setiap kali bertolak ke destinasi lain, pastikan senarai ni tadi disemak terlebih dahulu untuk mengelakkan barang tertinggal.

DSC_8325
RM300 damage. Tapi biasanya barang Apple ni ada permintaan. Dah sampai charger lama nanti, yang ni bolehlah dijual

Nak lagi senang, susunkan barang-barang yang akan kita bawa semasa travel di atas lantai dan tangkap gambar. Pastikan kesemua barangan boleh dilihat dalam gambar tersebut. Jadi bila nak bertukar lokasi, refer je terus pada gambar. Gambar tadi adalah pengganti kepada senarai yang perlu ditulis tadi.

Memang leceh kalau ada barang tertinggal, lebih susah apabila barang tersebut adalah keperluan untuk bekerja. Serik pulak rasanya tertinggal charger Macbook di Siem Reap. Rosak jadual update blog saya. Sepatutnya update dilakukan setiap hari sepanjang travelling. Barulah boleh tambah bidang jadi travel blogger pulak.

Receptionist hotel ini bukan sebab charger tu tertinggal. Harap maklum


Posted

in

by

Comments

29 responses to “Macam Mana Nak Mengelakkan Barang Tertinggal Semasa Travel?”

  1. Hafizul Avatar

    Emm lebih senang ambil gambar daripada list satu-satu. haha. Peewittt.. Awek siam ke tu??

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      receptionist hotel je.. hehe

  2. noorsyamsul Avatar

    Satu tip yang inovatif. saya pun amalkan ambil gambar nota pada white board selepas sesuatu perbincangan/meeting…

  3. KiD Avatar

    patut laaa masa gi sana update skali je..

  4. money makers Avatar

    wahhh..btoi la…aku skong..baek pergi travel sorng diri…lbh teliti..sbb kite jew yg wt smua..jdi kita lbh berhati2 wt checklist smua……..

  5. akubiomed Avatar

    Didalam teliti pun berlaku juga. Bagus juga dibuat senarai supaya kita pasti semua barang dibawa ketika meninggalkan hotel.

  6. kesoma.rai Avatar

    betul tu..biasanya kena buat list.. macam saya kalau travel dengan family saya yang kemas barang semua orang.. supaya nanti takde lah kita ingat dia dah masukkan..rupa rupanya tinggal.. tapi kadang2 tertinggal jugak..biasa lah manusia..ada je kelemahannya..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      biasanya kalau ada orang lain yang ‘kacau’ barang kita pun tak boleh gak. Kena kita kemas dari awal perjalanan hingga ke akhir.

  7. hisham Avatar

    sangat setuju…
    masa pergi sarawak dulu…tertinggal charger HTC baru beli seminggu… call hotel lepas 5jam..dah tak jumpa…sebab dah ada orang chech in….

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Sepatutnya pihak hotel ada simpan dan sepatutnya charger tu ada pada tukang kemas bilik. Mungkin dah dibuang

  8. Tho Ha Avatar

    Mmg kalau ada org lain jadi bercelaru. Masa sy kampus dulu mmg sy bagi semua student balik dulu, lepas tu sy sorang2 je kat kampus. Kalau ada makhluk lain pun kucing dan pak guard shj. Masa tu lah susun brg2 dengan jayanya.

    Begitu juga kalau balik ke kampus, mmg awal sehari dua drpd ketibaan rakan sekampus yg lain utk mengelakkan kecelaruan. Sorilah lari topic – tu topic travelling tapi aku ni topic bawak barang balik kampung. Balik Kampung lebih kurang travelling jugak la …

    Tapi semester terakhir sy terbalik cepat pulak daripada kwn2 yg lain. Barang yg patut dibawa tertinggal. Yg patut tinggal terbawa balik.
    Barang yg tertinggal itulah sijil-sijil dan diploma. Akibatnya, semua sijil2 dan diploma dicuri. Ijazah diorang tak dapat curi sbb masa tu belum konvo lagi. Hmmm …… jenuhlah baca Yasin dan buat sembahyang hajat baru dapat balik. Tapi sebelum dipulangkan, sijil2 dan transkrip Diploma difotostat untuk simpanan bomoh sebagai ikhtiar supaya sy tidak dapat kerja. Sy pulak tiap2 hari solat Dhuha semoga pintu rezeki dibuka. Sy juga berdoa apa harapan org jadi pada sy jadi pada dia.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Eh. sijil diploma pun boleh dicuri ke? Bukan dah ada nama pada sijil tu semua?

      1. Tho Ha Avatar

        Aku lebih suka pencuri yg genuine iaitu pencuri yg dpt memanfaatkan apa yg dia curi. Kes aku ni kes terpencil sbnrnya, tak perlu pun masuk forum blog mana2. Tapi sekadar ingin bercerita apa yg dihadapi.

        Sorry to say, mula2 aku ingat roommates aku curi. Mmg pun dia curi tapi yg aku terkejut tu yg suruh dia curi tu adik-beradik aku sendiri. Dia adalah guru lepasan siswazah. Kalau aku dpt kerja bersesuaian dgn kelulusan aku, gaji aku akan lebih tinggi drpd guru lepasan siswazah. Tu yg dia risau dan natijahnya sijil aku dicuri. Keluarga aku mmg keluarga Melayu sejati. Jatuh menjatuhkan sesama sendiri.

  9. sha Avatar

    sebelum keluar dari bilik hotel tu kena periksa luggage lagi sekali……dan check pulak kat bilik (dlm almari/dlm laci/ dlm bilik mandi) kot2 terlupa nak amik

  10. atiqah Avatar
    atiqah

    bgus…salah 1 sistem pengurusan yg bkesan.mmg nmpak gak kuno pd org..asalkn memudhkn pd diri sndiri,x perlu ade rase bgitu.dh lama sy buat sistem mcmnie..alhamdulillah,dpat elak mslh tcicir brg wlupown balik kmpg hlmn.

  11. Nurul Avatar

    ni betul2 junior Abang ensem ni.. siap ambik gambar ngan receptionist hotel.. ke Ae yang suruh.. hehehehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      ae tak suruh. dah pandai sendiri. dia tukang ajar je..

  12. sukacuka Avatar

    ha kantoi! hahaha…

    boleh hilang mode kalau ada yang tinggal..

  13. Myra Jay Avatar

    Heheee, ayat last tu takleh blah… :)

    Sifat pelupa ni kekadang tak leh buang, geram je kalau ada gak barang nak tertinggal..

    Masa Majlis sepetang baru2 ni, geram ada barang tertinggal di Hotel KL, mujur amsa tu kat PJ boleh patah balik ambik, kalau dah sampai Penang melepas la jawabnya ;)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      nasib baik ye. pening jugak kalau dah sampai penang baru teringat

  14. azriMy Avatar

    tips yang baik, tak terfikir pulak nak ambik gambar instead of listkan senarai barang2 yang kita bawak..

  15. Denaihati Avatar

    Aku dari dulu amalkan buat last check up sebelum keluar bilik hotel dari toilet sehingga ke dalam almari so far so good tapi pernah juga sekali tertinggal charger laptop di Pangkor Island … apa pun semua tu ujian untuk tengok kita sabar atau tidak.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kadang-kadang kecuaian tu memang tak dapat dielakkan. Nama pun manusia. Mesti ada kesilapan walau teliti macam mana pun kita

  16. azmanisma Avatar

    Kalau tertingal barang boleh call pihak hotel,mereka akan simpan,sebab setiap staff kena laporkan kalau ada lost n found.Tapi terpaksa kena beli cable lain gak tuk uppdate blog he3..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      yes. sementara nak tunggu diorang pos barang tu, memang tak dapatlah buat kerja. Nak tak nak, kena jugak beli charger baru

  17. abangensem Avatar

    Apasal gaya lu senyum dah nampak macam gatai sangat?? Dapat tak no henpon awek tu??

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      dapat no. telefon hotel je. haha..

      lu tak ajar gua ayat awet dalam bahasa kemboja lagi

      1. Nurul Avatar

        Hahahaha Tulah Ae lain kali perhabiskan ilmu tu..

        1. JAI Avatar

          Nampaknya AE kena pasarkan E-book Tips Mengorat awek nampak gayanya