Macam Mana Nak Elak PLKN?

PLKN Kem Temasya Rimba Templer

Saya berjaya mengelakkan diri daripada program latihan khidmat negara (PLKN) dulu. Ini teori yang saya hasilkan tentang bagaimana untuk mengelak daripada terpilih ke PLKN.

Pertama, aktif dalam ko-kurikulum. Saya rasa ini adalah langkah utama untuk mengelakkan daripada dipilih. Masa sekolah dulu, main bola keranjang sehingga ke peringkat kebangsaan dan hampir setiap tahun menyertai perkhemahan kadet tentera.

Dalam kadet tentera, hampir kesemua modul aktiviti lasak dalam PLKN dah dilalui, malah lebih ekstrim lagi. Jadi macam no point sebenarnya untuk mereka masukkan saya ke program yang sama.

Kedua, result yang ‘boleh tahan hebat’. Saya cakap boleh tahap hebat sebab result saya tak hebat. Result masa form 5 dulu macam graft saham, dari bawah naik ke atas. Bukan macam top student lain yang sentiasa di atas.

Jadi bila mereka nilaikan result peperiksaan, calon yang berkemungkinan untuk mendapat panggilan awal ke universiti atau melanjutkan pelajaran ke luar negara akan dikeluarkan daripada senarai PLKN.

Leceh sebenarnya kalau budak-budak ni dipanggil untuk keluar daripada kem semasa latihan PLKN. Rugi bajet yang telah diperuntukkan sebab ada kekosongan.

Ketiga, nasib. Kalau nasib tak baik, lepas SPM terpaksalah korang berkampung di kem PLKN selama tiga bulan. Kalau nak kena tu, kenalah jugak. haha..

Apa-apa pun ini sekadar teori yang saya buat berdasarkan apa yang saya lihat masa zaman saya sekolah dulu. Masa tu baru batch kedua PLKN (kalau tak silap). Sekarang mungkin teori ni tak boleh digunapakai lagi.

Kenapa nak elak PLKN? Sebab dua bulan lepas SPM tu (sebelum panggilan ke matrikulasi dan UPU) adalah masa untuk ambil lesen memandu, buat kerja sambilan dan enjoy. Masa saya, saya pilih untuk enjoy all the way sampai tak sempat ambil lesen memandu. Jangan ikut macam saya.

Kem PLKN ni bagus untuk mereka yang memang tak banyak aktiviti ko-kurikulum kat sekolah dulu. At least mereka dapat pengalaman baru. Kepada yang terpilih, semoga berjaya mengharungi tiga bulan di sana (tiga bulan lagi ke?).

P.s. Kepada yang berkenaan, bolehlah buat semakan PLKN di laman web rasmi PLKN. Kepada AE, awal-awal nak bagitau lu tak terpilih sebab dah terlebih umur.


Posted

in

by

Comments

26 responses to “Macam Mana Nak Elak PLKN?”

  1. Aya Avatar

    kalau ada penyakit dan pengesahan doktor, confirm tak boleh pergi PLKN.. tapi janganlah sebab batuk selsema pun dan excuse PLKN.. agak-agaklah.. hehe

    P/s.: zaman kak Aya.. memang takda lagi PLKN.. :)

  2. ciksembang Avatar
    ciksembang

    macam dah tak terpakai sangat dah teori ni..
    tahun ni anak saya SPM dan nama dah naik utk plkn..
    ramai kawannya yg kapten basket ball, ruggers, scout yg sangat aktif
    ramai parents heran..
    yg masuk SUKMA pun kena..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Mungkin sebab dah banyak kem dibuka, jadi banyak tempat. Lagi ramai mereka boleh ambil.

  3. Myra Avatar
    Myra

    Untuk elak PLKN saya aktif dalam PKBM[L] sapu habis semua aktiviti tahunan dari form 4. Tapi bila dah join semua sampai peringkat kebangsaan, semangat berkobar-kobar pulak sampai rasa nak jadi volunteer untuk PLKN. Last2 buat lesen je. kehkeh

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      PKBM (L) ni laut kan?

      Saya dulu PKBM jugak

  4. titan Avatar

    lepas tahun gua..baru la plkn dijadikan wajib bagi budak spm. zaman gua dulu..kawan-kawan gua sendiri rajin pergi kem-kem macam nih..tak yah paksa. Memang kita orang gatal nak pergi..siap bayar lagi..

  5. Shahrul Avatar

    ada tips jugak rupanya nak elak PLKN…nasib baik zaman kwn dulu takde :)

  6. Ekspresi Ruang Avatar

    Topik yang dibincangkan oleh Ariff pasal PLKN ni, I bet bukan budak2 lepas SPM je nak google cari tips elak, tapi mak bapak budak jugak.
    Dulu smo mak bapak budak happy anak terpilih PLKN sebab mungkin boleh disiplinkan anak yang banyak derhaka.
    Tapi mak bapak skg takut anak kena rogol ngan pelatih atau yang terlebih sosial, buat benih dengan jantan negeri lain kat dalam PLKN tu.
    #realitihidup

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Macam-macam kes kat kem PLKN tu sebab campur lelaki perempuan. Kawalan ketat perlu ada, nama pun nak jaga budak-budak muda remaja

  7. aslam Avatar

    aku pun tak tau bila PLKN ni mula dan apa motip nya.. Tapi zaman aku lps spm rasa takda lg plkn ni. sape dpt mmg bertuah la blh main tembak-tembak.. hehe

  8. Anarm Avatar

    Aku tak terpilih sebab tahun aku dulu takde lagi PLKN.. selamat.. Hee

  9. akubiomed Avatar

    Adik ipar perempuan sudah buat rayuan sebelum kahwin tetapi sekarang ini beliau disahkan mengandung tetap perlu menghadiri kem PLKN. Ada cara untuk elak memandangkan bayi yang dilahirkan perlu perhatian ibu kandung?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Wow. Mengandung pun kena paksa.

      Mungkin kalau dia dapatkan recommendation daripada doktor untuk kurangkan aktiviti lasak, boleh lepas.

      1. mie Avatar
        mie

        last few days pihak JLKN keluarkan statement untuk buat ujian kehamilan untuk peserta wanita, sapa yang hamil boleh dikecualikan..

  10. Fakarepain Avatar

    bergantung pada nasib kot y lebih kuat..heheh

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Yeah. Tapi buat spekulasi macam ni best jugak. hehe

  11. areliff Avatar

    sebenarnya result bukan ukuran..batch pertama selalu budak mrsm,sbp,skolah sains n sekolah teknik…pasal koko.ak yg extreme gila koko pon dapat gak tahun 2009 dulu hurmm..kadang2 ni kira nasib je..tapi PLKN sebenarnya rugi sapa tak dapat..bkn pe banyak pengalaman dan pengajaran boleh dapat kat sana..dan satu advantage..masuk masuk uni nanti dikecualikan dari ambil kokurikulum sapa yg dah pegi PLKN :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Areliff,

      Ok. Pengecualian tu rasanya takde masa zaman aku. Tu sebab rasa berat je masa tu sebab sama je nasib masa masuk uni nanti.

      Thanks for sharing.

  12. hafizrahim Avatar

    Aku pun tak terpilih..sebab tahun aku takde lagi..hehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Zaman aku la kemuncak PLKN tapi dalam batch aku tak ramai sangat terpilih masa tu. Tak banyak kem lagi kot

  13. Bahrain Avatar

    Cara aku elak PLKN ialah apabila jumpa doktor untuk pemeriksaan, aku buat sakit2x aka OKU..pandai juga aku dan mak aku berlakon…gila tak gila masa tu..LOL, Akhirnya, aku tak layak masok PLKN…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hahahaha… ni lagi power. Good tips untuk adik-adik yang ada kemungkinan terpilih.

  14. Faizal Fredley Avatar

    bab aktif dalam kokurikulum dan result spm tu aku setuju sebab semua kawan-kawan aku termasuk aku sekali yang tiap-tiap tahun join perkemahan dan ke peringkat kebangsaan dlm ko-k semuanya tak tersenarai.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Ok. So kiranya ada kebenaranlah teori ni. haha

  15. zalawajik Avatar

    cara saya elak PLKN dan terbukti berkesan;

    dari form 4 setiap kali selepas solat saya amalkan membaca sepotong doa sehinggalah hari nama-nama calon plkn dikeluarkan;

    “Ya Allah, semoga aku tak masuk PLKN” \

    hahahaha

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Terbaik!