Macam Mana Keadaannya Kalau Bisnes MAS Maju?

Mungkin ramai nampak perkara ni remeh temeh, tapi sebenarnya adalah penting untuk sesebuah negara mempunyai syarikat penerbangan sendiri yang mempunyai bisnes yang maju dan berjaya. Kalau ada syarikat penerbangan tapi management macam sampah, memang takkan maju. Jadilah macam MAS sekarang.

Tak payah tengok jauh, tengok Singapore Airlines je. Bila syarikat penerbangan sesebuah negara successful, bidang pekerjaan akan wujud dengan banyak. Kita mula dengan syarikat penerbangan itu sendiri, sudah tentu syarikat tersebut memerlukan tenaga kerja yang banyak.

Kemudian, lapangan terbang negara tersebut pula akan berkembang dengan cepat. Banyak penumpang akan menggunakan lapangan terbang, sekaligus memajukan perniagaan di lapangan terbang. Semakin banyak pekerja diperlukan untuk bekerja di lapangan terbang.

Bila syarikat penerbangan successful, mereka memerlukan banyak kapal terbang. Bila kapal terbang banyak, selain daripada memerlukan lebih ramai krew untuk penyelenggaraan dan operasi, kapal terbang ini juga memerlukan rangkaian spare part yang lengkap.

Oleh itu, syarikat vendor untuk setiap spare part kapal terbang akan bertapak di negara tersebut untuk memberikan sokongan yang terbaik kepada syarikat penerbangan ni. Bila syarikat luar buka cawangan di sesebuah negara, mereka membawa masuk pelaburan yang banyak di samping memerlukan tenaga kerja. Perluang pekerjaan terbuka lagi. Kalau tengok kat Jobstreet Singapore, tak kurang daripada 70 kerja kosong terbuka dalam bidang aviation sepanjang tahun.

Tengok Jobstreet Malaysia, paling banyak pun adalah dalam 30 kekosongan dalam bidang aviation, itu pun dah termasuk sekali iklan dari agensi kerja untuk syarikat-syarikat di Singapura.

mas

So you get the idea kan. Memang sayang sangat sebenarnya. Dari segi pengalaman, MAS ni bukanlah syarikat penerbangan yang baru. Bila baca temuramah Malaysian Gazette dengan Tan Sri Abdul Aziz, memang terasa kesedihannya melihat MAS jatuh tersungkur di depan matanya sendiri.

What to do kan. Malaysia Boleh.


Posted

in

by

Comments

12 responses to “Macam Mana Keadaannya Kalau Bisnes MAS Maju?”

  1. Qider Avatar

    Betul tu, apabila MAS maju, peluang pekerjaan pun bukan untuk orang lain, rakyat Malaysia Boleh ni jugak..mungkin MAS perlukan magik untuk buat comeback..

  2. Ani Haryani Avatar

    Setuju sangat! MAS kena buat sesuatu untuk come back. MAS lambang Malaysia di mata dunia.

  3. hpmurah2u Avatar

    MAS kena bangkit balik dengan pengurusan baru…barulah terus maju

  4. Raihanah Ahmad Avatar

    perlukan orang yang berwibawa untuk pegang mas. memng sedih jugak

  5. Kakiblog Avatar

    MAS mesti angkat dari kejatuhan..tukar sistem pengurusan yang lebih progresif

  6. rahimah Avatar

    So sad about MAS :(

  7. mohdhiruan Avatar

    ada yg kata duit MAS byk habis ke perkara2 yg tidak sepatutnya…. beli lukisan berjuta juta ringgit untuk hiasan di ofc, itu cerita dulu lah.

  8. azimah mohd zainuddin Avatar

    Semoga MAS kembali maju semula

  9. Suriya Avatar

    Dah lama sangat MAS duduk di bawah par. Perlukan orang yang sungguh wibawa membawa MAS naik.

  10. akubiomed Avatar

    Perlukan seseorang yang berpandangan jauh untuk MAS kembali bangkit.

  11. Piratz Avatar

    Aku yang kerja sebagai seorang staff MAS pun kadang² sebelum tido terpikir, adakah esok aku masih kerja di MAS.
    Hari² bergelumang dengan kapal superjumbo MAS (A380) kadang² terfikir macam mana dieorang boleh beli kapal tue.

  12. Lemonping Avatar

    3:7 jauh betul bezanya..