Lotus Racing & Nabil Jeffri Di KL Hilton

Pagi tadi aku buat pertama kalinya menghadiri press conference Lotus Racing di Hotel Hilton Kuala Lumpur bersama RidzuanRichie. Terima kasih diucapkan kepada Richie sebab mengajak aku dan terima kasih juga diucapkan kepada Encik Azrai, Fan & Media Relations Manager kerana sudi menjemput blogger ke press conference ini. Dalam zaman internet, Facebook & Twitter ni aku rasa kalau organisasi atau syarikat besar nak dekati golongan muda panggil ajelah blogger secara direct. Kos dapat dijimatkan dan mesej dapat disampaikan kepada golongan ini. Aku harap lepas ni akan ada lagi jemputan untuk blogger ke majlis seumpama ini.

Nabil Jeffri – Harapan Baru F1 Malaysia

Press conference ini adalah untuk mengumumkan bahawa pihak Lotus Racing akan memberi komitmen dalam membangunkan karier Nabil Jeffri dalam arena sukan bermotor dan F1. Nabil akan diberi peluang untuk memandu jentera baru F1 Lotus di dalam aero test yang akan dilakukan di UK.

Nabil merupakan juara Asia Rotax Motor kategori Junior untuk tahun 2009. Pada tahun ini, dia akan memulakan kariernya dalam kejohanan Formula BMW Pacific. Dengan bakat semulajadi yang dia ada, dia mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang sukan bermotor ini di samping mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak. Pada masa ini, Nabil berada di kedudukan tangga kelima dalam kejohanan Formula BMW Pacific.

Pertama kali aku nampak budak ni, memang nampak matured la. Mungkin sebab dah bergaul dengan ramai orang yang lebih senior daripadanya melalui penglibatannya dalam bidang sukan bermotor ni sedikit sebanyak mematangkan pemikirannya. Aku respek pada ibu bapa dan keluarga dia yang memang banyak memberi sokongan moral dan wang ringgit dan percaya terhadap kebolehan dia walaupun budak tu masih muda (17 tahun). Sebenarnya bukan senang nak melepaskan anak yang masih bersekolah ni dan berkecimpung dalam bidang lain.

Selamat berjaya aku ucapkan kepada Nabil Jeffri dalam penglibatannya dalam bidang sukan bermotor. Semoga dengan pengalaman yang ditimba bersama Lotus Racing dan melalui penglibatan dalam kejohanan-kejohanan yang lain akan menjadikannya seorang pelumba F1 yang disegani suatu hari nanti, sekali gus mengharumkan nama negara.

Ikuti kisah Nabil Jeffri melalui blognya NabilJeffri.com dan ikuti perkembangannya melalui Twitter @NabilJeffri

***

Walaupun aku tak sempat bergambar dengan Dato’ Sri Tony Fernandes gara-gara RidzuanRichie yang malu-malu kucing, nasib baiklah aku sempat bergambar dengan Alex Yoong. ekeke.. Aku boleh confirm yang Alex Yoong agak terkejut time aku panggil dia masa nak keluar dari conference room tu. Dari jauh aku dah panggil, “Alex!” Lepas tu terus aku berdiri sebelah dia, hulur kamera DSLR aku kat Richie dan tanya dia “Would you mind?” Sambil menunjukkan isyarat tangan. “Sure”. Richie snap 2 kali, satu kabur. Tanya dia nak ke tak, dia cakap tak nak. Suka hati ko lah.

Sebenarnya bukan apa, dulu masa sekolah ada orang panggil aku Alex Yoong sebab ada iras sikit-sikit. Jadi itulah yang nak sangat amik gambar ni..

Ada iras ke?

Apa-apa pun aku enjoy press conference tadi. Tetamu media yang datang tadi semuanya serius dan professional belaka, aku ngan Richie je sempoi habis. haha.. Itu yang best jadi blogger ni, relax je.. Aku suka cenderahati yang Lotus kasi, dapat topi putih satu dan lanyard hijau yang memang stylo habis. Nice ah! Aku harap lepas ni boleh dapat baju kemeja yang macam Alex Yoong pakai tu pulak dan topi hijau tu sekali :D

2010/2011 Premium Sponsor

48 Comments