Kalau Loan Lambat Approve, Macam Mana?

Reading Time: 2 minutes

Lepas tengok rumah dan letak deposit untuk beli rumah, kena apply loan pulak. Kalau ikutkan tradisi jual beli rumah, 14 hari bekerja akan diberikan oleh penjual supaya pembeli dapat menguruskan permohonan loan rumah.

Kalau loan lambat approve macam mana?

Jangan ingat kalau financial statement kita solid, loan boleh approve cepat dan jangan ingat kalau guna perkhidmatan mobile officer daripada bank, permohonan anda boleh lulus cepat. Dulu mungkin betul, tapi sekarang tak sangat.

Alasan kenapa saya cakap sedemikian adalah disebabkan sekarang property investment ni dah jadi popular, semua orang boleh invest. Bila benda ni berlaku, maka terdapat lambakan permohonan loan perumahan di bank sampai mereka tak menang tangan nak handle.

Disebabkan loan dengan amaun besar akan memberi keuntungan yang besar kepada bank, maka permohonan loan tersebut akan diberikan keutamaan. Yang jadi mangsa adalah pemohon loan perumahan yang kecil yang terpaksa tunggu lebih lama untuk mendapatkan approval dan ada pula bank yang langsung tak nak layan kalau amaun yang dipohon tak mencapai nilai minimum yang telah ditetapkan.

So a word of advice kepada mereka yang bakal membeli rumah yang kurang daripada RM100,000, pastikan anda maklumkan terlebih dahulu kepada penjual tentang perkara ini.

Dalam hal saya, walaupun semuanya telah disumbitkan on time kepada mobile officer, permohonan masih belum clear lagi setelah mobile officer saya tadi forwardkan application kepada pihak atasannya.

Satu lagi cara yang mungkin berkesan untuk percepatkan proses permohonan ni, approach banker/loan officer terlebih dahulu dan submit dokumen anda kepada mereka supaya dapat ‘pre-approval’. Bila dah ada rumah yang nak dibeli, bolehlah bagi terus S&P rumah tersebut kepada pegawai tadi. Langkah ni adalah lebih kepada personal relationship anda dengan banker dan bukan official. Boleh jimatkan masa sebab pegawai tadi tak perlu dah screening dan buat pre-approval process sebelum hantar ke pihak atasan.

Harap my case dapat selesai secepat mungkin supaya boleh proceed to next step. Seksa jugak menunggu ni..


Posted

in

by

Comments

29 responses to “Kalau Loan Lambat Approve, Macam Mana?”

  1. fmtt Avatar

    perkongsian bermakna. terima kasih

  2. azriMy Avatar

    goodluck bro, semoga semua perancangan berjalan dengan baik sepertimana yang diplan

  3. anastasyea Avatar

    sabar la ekk , nanti lulus la loan tu .. :D

  4. hatiputera Avatar

    Kesiannya buat pembeli rumah berskala kecil nie kan tetapi nak buat bagaimana selain bersabar jer la. Insyaallah lulus nanti bro.

  5. matjoe Avatar

    adeh bro, property ni mmg about waiting ajer laa

  6. cik tom Avatar

    smoga permohonan loan bro cpt approve…amin..

  7. oceanoffish Avatar

    Loan bisa jadi penolong, bisa jadi pula “pembunuh”. Jika memang tak perlu sebaiknya jangan cari loan. Rencanakan keuangan dengan matang

  8. reachschools.org Avatar

    Penulisan data juga harus detail dan tidak boleh salah, sebab mungkin itu juga salah satu hal yang membuat loan tidak aprove. Kalau pun approve, bisa jadi bermasalah jika data tidak benar

  9. jugglingart.org Avatar

    Hati-hati memilih loan. Bisa berbahaya buat dompet kita

  10. BUATBEST Avatar

    betul lah..kdg2 byk sangat karenah..sampai berhari2 baru approve..

    mau tension tggu lma2..huhuh

    `

  11. halif Avatar

    Itula…just hope for the best. karenah birokrasi ada dimana2. Saya doakn loan bro juga dipercepatkan

  12. halif Avatar

    Welcome to reality world bro. Tak semuanya mudah seperti yg disangka. Drp penjual yg terdesak nak jual, kita pun tekan sampai harga sub sale. last2 kita pulak yg terdesak nak byr ke penjual. If penjual tu pandai, lepas 2 minggu kalo xsetel, deposit burn lg nahas. Kes bro ni sama mcm kes sy skrg. loan 150k. tgh nunggu je la ni. just hope for the best. if kita banker or xbanker, mungkin lg mudah rasanya..dunia yg xpernah adil

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      In my case, nasib baik penjual tak tekan. Mungkin sebab dia pun tau nanti buang masa dia nak cari buyer.

      Doakan semoga permohonan bro lulus.

  13. Mama I.A Avatar

    setakatni belum ada experience lagi beli rumah…tapi rasanya memang ramai orang akan pening kepala bila fikirkan pasal pinjaman rumah ni..

  14. Dulu Lain Sekarang Lain Avatar

    Dpt kan ‘pre appoval’ ialah satu cara yg baik dan wajar digunakan oleh semua org. Better juga kalau ada line dgn manager di bank tu sbb adakala officer bak ada yg pandai kasi slow process loan sbb mahu rundingan bawah table. Byk kes mcm nie.

  15. ohcikgu Avatar

    hoho..kalau lambat, kena tunggulah. itu aje..

  16. Izzat Aziz Avatar

    Ada lagi rumah yang bawah 100k sekarang, tahun depan insyaAllah try nak beli rumah, harap tak de masalah loan. Pernah dengar ke mengenai loan bank islam tanpa payment selama setahun?

  17. aslam Avatar

    standard bro.. hari-hari ko kena call awek tu follow up. Selain dapat dgr suara dia,nanti mana tau lelaki yg dia kata ‘tunang’ tu kawan dia je…heheh

  18. akubiomed Avatar

    Proses yang melakukan kelulusan adalah manusia payah hendak kawal kecuali kenal dan rapat dengan mereka.

  19. hisham Avatar

    Kalau load dengan Gov mesti lagi lama…
    dalam proses permohonan…

  20. Ekspresi Ruang Avatar

    mmg agak lambat lately ni utk bank approve & disburse duit loan. saya pon perasan. harap2 Ariff dpt disbursement tu scpt mungkin, insyaAllah

  21. abangensem Avatar

    Ini mesti kes lu tak banjer awek bank tu minum untuk percepatkan proses kan? Kalau banjer pun, mesti takat banjer teh tarik segelas jek..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Bukan tak nak banjer, tapi awek tu datang dengan tunang dia. Kalau tak, gua dah bawak pegi Coffee Bean

  22. Juan Avatar

    mesti x tahan nak tunggu lama lama kan, hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Tiap-tiap hari pening pikir bila nak approve

  23. donnyien Avatar

    semoga di permudahkan urusan loan tu ..

  24. Amir F. Avatar
    Amir F.

    Semoga loan cepat lulus…

  25. eyriqazz Avatar

    Kalau nak percepatkan, mungkin boleh pledgekan FD (Fixed deposit)…Tapi tak pastila samada skangni praktikal lagi ke tidak..Just base on my experience work with recovery 5 tahun yang lepas…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Thanks for the tips :)