Apa Itu Live Blog?

Reading Time: 2 minutes

Website besar macam Mashable dan Cnet pula buat live blog masa event seperti Apple Worldwide Developers Comnference (WWDC).

Live blogging ni salah satu cabang microblogging dan microblogging pula adalah seperti Facebook status update dalam bentuk link, gambar atau video dan Twitter status update. Secara asasnya, apa-apa yang korang kongsikan melalui social media adalah microblogging (or at least this is what I understand about all this, but does it matter?) Live blog ni benda sama je, cuma platform dia adalah dalam bentuk blog kita sendiri.

Apa yang menarik pasal live blogging ni adalah ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja asalkan ada capaian internet kat phone. Dah beli phone mahal-mahal (in my case, dapat) tapi tak fully utilize adalah satu kerugian dan live blogging adalah cara yang paling senang untuk mula berkecimpung dalam dunia blogging ni. Basically modus operandi dia adalah, tangkap gambar, kasi title kat gambar tu, tulis ayat sebaris dua pasal gambar tu dan send melalui email. Live blog akan diupdate serta merta.

Live blog untuk siapa?? Jawapan aku untuk semua. Setiap manusia ni unik, jadi semua orang ada cerita dia tersendiri. Melalui live blogging, cerita tentang seseorang tu jadi lebih peribadi dan memudahkan orang lain untuk lebih mengenali dirinya. Kepada blogger yang dah ada pengikut tetap, live blogging ni sebagai extension kepada blog utama dia dan aku pasti peminat mereka ni menghargai live blog dia. Aku? Aku cuma suka kongsi cerita dan apa yang aku fikir berdasarkan pemerhatian aku. Banyak benda dalam hidup kat Moscow ni yang aku terlepas untuk dikongsikan dengan pembaca sebab tak sempat, terlupa atau terlalu pendek untuk dijadikan entri dalam blog ni. Jadi blog.ariff Live! adalah platform yang sesuai untuk semua tu.

For what’s worth, live blog ni macam travel journal atau diari. Jadi semua entri kat situ memang sempoi. Tiada paksaan untuk dibaca tapi aku harap sesiapa yang baca tu at least dapat gambaran sebenar la tentang kehidupan aku kat sini secara lebih terperinci. Benda kecil-kecil ni lah yang mewarnai kehidupan aku kat sini sejak 4 tahun aku tinggal di sini.

Apa-apa pun thanks to Mr. Piratz untuk tutorial. Siapa yang ada smartphone, ada internet dan takde masalah nak kongsi tentang kehidupan seharian  mungkin boleh try live blogging.

Dan link ke blog.ariff Live! adalah live.ariffshah.com

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

35 responses to “Apa Itu Live Blog?”

  1. dinsblog Avatar

    cam down jer live.ariffshah tu bro.

    1. ariff Avatar
      ariff

      yeah. down dah. hari tu server buat hal, malas nak revive balik

  2. JundullahOsman Avatar

    smartphone unt live blogging. hwaaa. kos2

  3. ohcikgu Avatar

    kena ada smartphone. Itu yang payah tuu..

  4. nur hidayah isa Avatar

    camne nk wat live blogging ni?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tengok blog piratz.

  5. intankuterpilih Avatar

    mcm tu rupanya lifeblog tu…nantila aku mantapkan blog aku dulu, baru boleh pk nak buat liveblog…

  6. Shahrulsite Avatar
    Shahrulsite

    Tengok org buat macam best je live blogging, tapi kalau nak buat sendiri macam tak kena je…

  7. ohujan Avatar
    ohujan

    faceblog liveblog

  8. arrizz Avatar
    arrizz

    wow live blog! nice..

  9. Kreuger Avatar

    Welcome to the club bro!

  10. paeh Avatar
    paeh

    huhu. aku masih belum masanya lagi….

  11. syahrilhafiz Avatar

    hooyeah..baru buat ke bro.?
    jemput singgah liveblog aku gak

    http://liveblog.syahrilhafiz.com

  12. nabilpotter Avatar

    akk pon macam terigin jugak…tapi banyak kekangan lagi..nset pon zaman batu lagi..pastu tak tahu plak cmna nak buat..huhuhu..thanks ariff atas info nie..

  13. Mohd Isa Avatar

    aku dah lama bercita-cita nak ada live blog sendiri, tapi masih tak terdaya untuk membuatnya. maklumlah, smartphone pun tak mampu miliki lagi. :(

  14. Ina Mamat Avatar

    Menarik. Lepas dah pandai blog x live baru nak belajar yg live…

  15. MuJE Avatar

    ala, ade phone tiga-tiga sekupang jer ni… camne nk live blogging ni… lolz

    1. TheSharkox Avatar

      Haha..sAku plak hp nokia lampu picit 85 hengget

      TheSharkox’s latest Entry Antara sebab harimau kena lauk dengan garuda

  16. el Avatar

    sepupu aku ada pakai liveblogging ni.. mmg senang pun..huhu entah bile la aku nak ada henset power pastu leyh la layan mende2 gini..amat bz sekarang tak dpt nak update sangat blog..bukan sangat..tapi mmg dah tak berupdate..sempat baca blog orang lain je skit2..wuuu (T___T)..

    p/s: ariff, bila ko nak hadiahkan aku je galaxys ko tu? ko tak payah pakai la..sedekah kat aku je ;p;p;p eh ye la kan..galaxys la .. ;p hahahahha

  17. aizuddin Avatar

    aku kalau busy sangat..update live je..simple dan cepat..

  18. Amry Avatar

    menarik juga…. tapi main blog pon masih blur2, lupakan jer lah dulu… hehe..

  19. RedBoys Avatar

    wah. dh ada live blog dh bro. bgus2.
    go go friends. hehe

  20. deella Avatar

    info yang menarik.. same2 la kite kongsi info..sharing is caring..hehehehe~ sem0ga mendapat pahala d akhirat jgk..huhuhu~

  21. amar haziq Avatar

    kalau pakai laptop boleh tak nak buat live blog

    sebab aku pakai phone murah je..

    student lagi..allowance plak tak macam orang study kat russia…

    haha

    =>

    1. ariff Avatar
      ariff

      boleh je. takde hal.

      ish.. ish.. elaun aku pun kena potong. bulan ni kurang lagi sebab USD murah. sigh..

  22. Piratz Avatar

    TQ Ariff.. Aku sekarang dah tak liveblog dah.. Sedih sangat. HP jatuh masa naik moto. Maybe masa akan datang aku akan teruskan balik..

    p/s : sesiapa yang nam buat live blog tue, mehla ikut tutorial ni. http://mrpiratz.com/tutorial-langkah-membuat-live-blog/

  23. eiman Avatar

    live blog tak semestinya entri dari phone melalui email kan? macam blackberry yang aku tau ada software utk update blog bagi blogger berasaskan wordpress.. so rasanya boleh buat live blog jugak kot..

    1. ariff Avatar
      ariff

      yeah. sama je konsep. Asalkan tema dia sesuatu yang kita buat dan nampak, dah kira live blog la. Peralatan tu belakang cerita.

  24. syafiq.net Avatar

    aku mula2 fikir nak buat subdomain khas tapi aku fikir semula aku tak selalu buat live blog maka aku sambung je dengan blog utama. tapi aku asingkan antara blog utama dengan photoblog aku :D sebab nak semua gambar

  25. Megat Azfara Avatar

    gua dah try, tapi takmao. sedih owh!

  26. Fazreen Avatar

    Latest wordpress dh ada post format fungsi mcm tumblr.. Dengan adanya fungsi tu memang best nk buat live blog, nk kongsi pic, link, video audio. Skg ni aku integrate wootumblog plugin dkt fazreen.me dan guna express app kt iphone tuk update blog. Nk tau lebih lanjut ko boleh usya blog adii.me .. Give it a try bro.. Live blog rock!

    1. ariff Avatar
      ariff

      wah. dengar macam leceh je. Aku stick to the basics je la..

  27. Melz Avatar

    Aku teringin jgak nak buat live blog . tapi terhad sikit coz handphone pun blur-blur lagi nak pakai nie huhu .

  28. Lord Zara Avatar

    Woot!
    Aku kalau buat live blog, nanti orang flag sebab aku suka suka update Twitter bagai, jadi ada possibility aku update live blog secara gigih gak~

    Ha ha ha.

    Anyway, aku suka tengok post kau yang letak poster kat tingkap tu~
    =p

    1. ariff Avatar
      ariff

      Poster tu dah cabut. haha.. summer tahun depan kena cari poster lain.