Lesen Memandu

Reading Time: < 1 minute

Mempunyai tiga buah rumah dengan lebih daripada RM2,000 aliran tunai bulanan pada umur 26 tahun memang menakjubkan untuk seorang lelaki yang hanya menunggang skuter ke tempat kerja dan masih tidak mempunyai lesen memandu kereta. Saya masih lagi belum bercadang untuk pergi melancong atau membeli sebuah kereta di sebalik keinginan untuk semua itu. Rakan sekerja saya langsung tidak mengetahui saya mempunyai tiga buah rumah dan saya lebih suka mereka tidak mengetahuinya. Saya juga terdengar bahawa seorang rakan sekerja saya baru-baru ini menghabiskan RM1,000 semalam untuk sebuah bilik hotel di Bali bersama girlfriendnya ketika bercuti. Ini adalah sesuatu yang pelik terutamanya kerana saya tahu gaji rakan ini hanyalah RM3,000 sebulan. Sebagai seorang pegawai bank, dia sememangnya mempunyai pengurusan kewangan yang sangat teruk.

Chapter 4 – Three-Million Retirement Portfolio Plan,
page 63 WTF? 23 Properties by 30

*****

hehe.. Sebenarnya awal bulan depan saya baru nak ambil ujian JPJ untuk lesen memandu kereta. Dulu banyak main, sekarang baru terhegeh-hegeh nak ambil lesen. Tapi oklah bila tau si penulis buku WTF? 23 Properties by 30 ni pun belum lagi ada lesen memandu kereta pada umur 26 tahun :P Ada yang lagi lambat rupanya..

Ingat nak celebrate dengan mengeluarkan motosikal baru, KTM Duke 200. Tapi nampaknya macam kena tunggu lama sikit sebab problem dengan loan. grr.. Siapa ada 10k meh pinjam, boleh angkat cash terus XD


Posted

in

by

Comments

53 responses to “Lesen Memandu”

  1. Azydy Avatar

    takpe ariff slow2 ambik lesen tu.. lagipun baru tamat blaja.. tak payah nak ikut orang sangat..

  2. Mat Kedah Avatar

    Teringin nak jadi mcm yg tuan tanah ceritakan

  3. zhazmi Avatar

    hah.. 3 buah rumah terus, banyak aset tu..
    buat lesen lambat, makin mahal la nampaknya.. tapi best sebab skrg pakai viva, dulu pakai kancil je..

  4. pilotHans Avatar

    bro, after baca buku WTF tue patutnye ko tangguh dulu beli motor besar..pakai beskal or ape2 moto yg daa ade..invest trus ke umah/condo mane2 yg patut ^_^ hihi…

    peace..bwk moto plahan2

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      I know. I know. Tapi… daily use nak sedap gak sebenarnya. hehe..

  5. arrizz Avatar

    ada rupa kawasaki er6n..kebetulan memang minat ktm gak..dapat ktm nie pon dah kira bagus sangat nie..rupa ada, harga pon murah..

  6. Cik Kuntum Avatar

    moga semuanya selamat.. :) buku WTF tu mmg sgt menarik..baru beli..

  7. noorsyamsul Avatar

    memang mantap motor tu. lepas ni ramailah awek sangkut…

  8. bukit gambang Avatar

    kalau ade lesen kete makin jauh leh berjalan, sure pantang ada masa cuti panjang mesti nak g bercuti je.

  9. Hafizul Avatar

    Wahhhh….bergaya betul motor tu..harganya pun sedap jugak..hehe

  10. Bro Framestone Avatar

    Insya’lah boleh punye.

    Jangan jadi macam bro sudah la.

    Duit banyak dapat. tapi xmampu nak simpan. Keluar lagi banyak dari masyuknya.

  11. akubiomed Avatar

    Oh betullah khabar angin dengan KTM 200cc hendak masuk Malaysia. Rupanya benar belaka. KTM 125cc pun kacak juga. :-)

  12. iAwani Avatar

    Kacak eh motor ni, sekali pandang macam Kawasaki ER-6N tengok pada gaya lampu, dizain ekzos dan spring absorber. Ni lebih eksotik bentuknya dari Kawasaki 250, bentuk kerangka hampir menyerupai Naza 250. Erm, ndak boleh cakap lebih, nanti penuh kotak komen dengan review motor..kena stop.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hehe. takpe. ada gambar motor kita tak kisah pun kalau nak cakap pasal motor. Apa pun, motor ni memang lain daripada yang lain. Kalau bawa atas jalanraya di Malaysia, orang mesti pandang punya

  13. hazman aka species1980 Avatar

    Bro…. Kalau setakat 10k tu ABANGENSEM boleh kasi je pinjaman tanpa faedah ….hehehehehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hahaha. tak pasal2 nama AE naik.

  14. Tho Ha Avatar

    Sy mengambil Lesen D kerana …………. ntah. Sy pun tak tahu. Nk kata ada kereta xde. Skrg ni pun masih xde. Tapi saya tahu kenapa sy ambil Lesen B2. Sebab bas mogok gara-gara tuntutan pemandu-pemandu bas meminta gaji lebih. Sy mula terfikir : sampai bila mengharapkan perkhidmatan awam.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      sebenarnya perkhidmatan awam tu hak rakyat. Kerajaan yang bagus akan memastikan pengangkutan awam mereka lengkap
      untuk pertumbuhan ekonomi.

      1. Tho Ha Avatar

        Masa sy ambik lesen dulu, semasa diuji pandu oleh pegawai JPJ untuk Lesen D : saya kena hafal laluan-laluan iaitu laluan A / B / C / D. Sy lulus ujian kerana tidak mengikut arahan Pegawai JPJ. Pegawai JPJ suruh sy memotong kenderaan di hadapan : Sy tau dah trick ni …… mana boleh potong double line. Ingat tu .. bukan semua arahan kita kena ikut.

  15. syahrilhafiz Avatar

    oh! gila la ariff ko nak angkat yang tu
    memang ramai naik moto jenis ni skank, relax je time trafic dia la dok depan,
    mentang2 aku naik GT 128 je..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      adik aku pun guna gt128. not bad la untuk kegunaan harian

  16. daddydee Avatar

    terbaik moto tu bro…..cayalah…

  17. ika Avatar
    ika

    hot gilaaa….motor tu.

    cik abg yang takde lesen lagi…kurang hot..hahaha.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      yela.. yela.. dah ada lesen nanti confirm hot :P

      1. ika Avatar
        ika

        *evil laughs* i’ll hv my driver

      2. halif Avatar

        hot macam Ghost Rider ker bro? Mantap!

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          tu hot sangat sampai terbakar. haha

  18. shraqs Avatar

    Normal ar,.. budak2 skrg memang cepat buat license. BTW, good luck utk test JPJ.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Aku dah naik bosan gi training. Sejak bulan Mac lagi sebenarnya. Hari tu ada kesilapan teknikal sket dan beberapa isu yang menyebabkan aku terpaksa menangguhkan test jpj.

  19. bubbles182 Avatar

    alaaaa comel nye baru nak amek lesen. :p

    good luck!

  20. AK Avatar

    KTM Duke 200 sangat menarik, harga pun tak sampai RM20K..

  21. abangensem Avatar

    Bila lu mau? Interest 0.25% daily..the cheapest in town. U know my no kan? -Abang Long Lu-

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Malam ni la boss. Lu tau no. acc gua kan? hahaha

  22. Kurakura Avatar

    asal tak sambar ninja ke honda ke..nampak yg tu lagi menarik…he3

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      ninja n honda cbr sedap pakai untuk highway. Kalau setakat untuk dalam bandar, rasanya yang ni paling sedap.

      1. halif Avatar

        Pilihan yang mantap!

  23. Norfa Avatar

    Tiada masalah umur berapa pun ada lesen, janji ada jugak.. hehehe..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      sebenarnya macam tu la. cuma bila pergi sekolah memandu, tengok budak2 je banyak..

  24. kittymuiza Avatar

    money management yg bagus….itu namanya diam2 ubi..

  25. Syaz Avatar

    smart moto ni.. design dia macam nak mencucuk-cucuk je kat jalan rasanya.. tak de la gemok sgt, boleh cilok2.. hehe

  26. azman Avatar

    Termotivasi sekejap bila baca sinopsis buku tu…Smart Duke tu Ariff,tunggu loan approve mmg menyakitkan.

  27. Denaihati Avatar

    Orang yg betul2 kaya biasanya sederhana je sebab kesederhanaan tu yg jadikan mereka kaya daripada nobody.

    nota : macam best je DUKE ni berapa cc ya. ada juga survey motor ni.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      yang ni 200cc je boss, tapi barang kualiti la sebab brand european. Untuk kegunaan harian dan jalan bandar, motor macam ni memang sesuai

  28. aslam Avatar

    gile smart….errr.. 10k je ke moto ni? ekekeke

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      10 lagi tak cukup untuk angkat cash

  29. azriMy Avatar

    fuhhh, seriously rasa cam nak beli and baca je buku tu… sangat2 motivational kot.. tapi tak pernah jumpa pulak kat kedai2 buku :O

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      ada la. Cari kat MPH. Sekarang ada kat rak Best Seller. Tapi dalam English

  30. nurmisnan Avatar

    10k?? Meh datang umah.. tapi bunga up 20% boleh.. har3…

    insyaAllah… ada masanya akan tiba juga nak grab DUKE satu..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hahaha.. aku tak nak amik loan kedai dan AEON yang cekik darah. Harga loan je dah jadi 21k. Kalau cash 19k. Buta-buta diorang untung 2k kat situ, belum kira interest lagi

  31. Anarm Avatar

    giler kacak motor tu..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Apa lagi Anarm, sambarlah satu

      1. Anarm Avatar

        dah nak kawin ni rasa nak sambar kereta jela.. motor dah cukup dengan RXZ yang ada sekarang ni.. tapi bila tengok lama2 gambar motor tu rasa berkenan pulak..

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          Betul. Dah nak kawin memang kena ada kereta bro. Pergi beli kereta dulu. Dah ada baru sambar KTM ni pulak. hehe