Jadi saya buat keputusan untuk beli motosikal biasa terlebih dahulu dengan option upgrade ke superbike dalam masa 3 tahun. Harga superbike seperti Kawasaki ER-6n adalah dalam linkungan RM30-40k, lebih kurang je macam harga Myvi.
At least itu perancangannya lah. Kita merancang, tapi ada kuasa yang lebih besar yang menentukan. Sekarang ni, nak ambil lesen B punya cerita. Susah beb. Bila first time dia kasi motor besar untuk training, lagilah bertambah susah. Motor besar yang dimaksudkan adalah Honda Shadow.

Bila digandingkan dengan badan saya yang kurus ramping ni dengan motor buruk yang beribu orang lain dah bawak memang seksalah jugak. Nak pulas minyak dan tarik clutch pun susah sebab keras. Balik rumah semalam terus pengsan atas katil.
Itulah sebabnya kita tak pernah nampak orang kurus bawak motor easy rider macam Honda Shadow ni. Biasanya motor macam ni untuk orang tua dan yang berbadan besar. Untuk saya, memang tak sesuai. Cuma kalau belajar pada level yang paling susah, lagi cepatlah dapat belajar kan..

Comments
21 responses to “Lesen B Punya Pasal”
tak tahan tengok kawasaki tu… tapi org cakap lagi bagus naik easy rider dari superbike? betul ke? superbike ni lenguh badan jalan jauh… sekarang easy rider 2nd dah murah… maintenance lebih dari myvi saya lagi rasanya… rasanya lah…
Kalau ko yang aku rasa lagi tinggi dari aku pun macam payah nak bawa motorsikal besar, aku yang build body lagi kecil dari ko, memang tak mimpi pun la nak ada motor macam ni.
kalau boleh belilah kereta terus. kalau malas nak redah jammed, LRT atau komuter ada. lagi 2-3 thn siap satu projek baru utk elak jammed lg byk kawasan yg di cover dlm projek tu…
wow!!! u nak naik motor besau?? boleh lah i tumpang dok belakang yek.. ehe..
ambik B full mahal tak? vrrooommmm.. aku pun ambik B2 aje.. hehehe
B kena tambah 200 je. Kalau rasa nak guna moto besar, elok amik je terus B
yeahh..sama-sama kita target…er6n.
dalam masa 3 tahun…hehehe..
tapi kena la ambik lesen B tu dulu….
;)
honda cbr pun ohsem gak… :)
berapa semua ongkosnya??
Takut bukan kita yang tunggang moto..tapi moto tunggang kita plak..huhuhu..saya yang kurus
Alamak bro. Baru nak ajak bro usha kereta. Tapi x mengapalah. Kalau bro atau lain2 berminat, saya tengah promote kereta import dengan kadar harga lebih murah. Klik je username tu. Kbai.
Weh, kelakar lah ko weh! Aku pun teringat cerita aku masa amik lesen B motor besar. Gila! Nantilah aku cerita kat entri aku. Skrg tgh exam. KO bayangkanlah orang pompuan bawak motor besar mcm Honda Shadow ni jugak. Sumpah, lawak!
jom beli motor yamaha FZ150i
Modenas ACE 115 mengancam juga bro tidak mahu cuba tengok dahulu?
motor is the best choice kalau hidup di tgh kota yg saban hari sibuk. Boleh cilok2 time jam.haha..tapi bila ada keluarga nanti, nak tak nak kena pakai kete gak
teringing gak bwa motor besar..hahahaha..
tp x pndai bwa motor..kah3…
awat tak beli kereta terus ke apa ke? minat superbike tak le kata apa apa la.. :)
traffic jam makin menggila area lembah klang sekarang. eloklah dielakkan.
motor memang option yg aku rasa lag bagus kalau nak bergerak kat area lembah klang, naik kete, nak pegi keje jem, balik pun jem…
lepas ni kena naikan berat badanlah jawabnya..
hahah. terfikir gak nak naikkan berat semata-mata nak senang lepas bawak motor berat tu