Mak, Lepas Habis Belajar Nanti Kahwin Eh?

Reading Time: < 1 minute

Mak aku tanya aku habis belajar bila. Aku jawab ah ada setahun lebih lagi. Setahun, lepas tu ada lagi enam bulan untuk buat final year project. Pastu aku cakap, “Dah habis nanti kawin eh.” Tanpa berlengah mak aku reply, “Aku pelempang karang! bla… bla.. bla.. ” Dapat satu lecture panjang pasal tanggungjawab itu ini diawal pagi.

haha.. Saje nak test dia. Gila ke apa nak kahwin awal-awal ni? Kalau family duit banyak takde hal. Apa-apa jadi boleh back up. Ni tak, senang cerita aku ni memang jenis kena usaha sendiri untuk semua ni. Takde bantuan ‘federal funding’ macam orang lain ada. Lagipun sejak dapat scholar ni, aku langsung tak mintak duit dari parents aku. Satu sen pun takde.

Dengan keadaan masa depan kerjaya aku yang tak tentu ni (baca Hidup Berani Untuk Gagal), tak taulah macam mana nanti. Harap-harap perancangan yang ada dalam otak aku ni boleh direalisasikan. Habis belajar je nanti terus dapat kerja. Lagi lambat start kerja, lagi lambat start benda-benda lain.

Kahwin. Jodoh pun takde lagi dah cakap pasal kahwin. hehe.. Jodoh tak tau lagi la, girlfriend? ehem..

***

blog.ariff’s premium sponsor July 2010:


Posted

in

by

Comments

74 responses to “Mak, Lepas Habis Belajar Nanti Kahwin Eh?”

  1. ekspresiruang Avatar

    tapi kawin awal ni murah rezeki bro, yg penting ia akan lebih drive diri kita utk berusaha demi keluarga

  2. Amin007.Ledang Avatar

    sabar tu penting.

  3. hannnah_maya Avatar

    takper, sabaq sat dulu na..
    Man life begin at 40’s,women expired at 40’s.so lucky u..
    dah stabil life, kewangan, ader sum1 special, ha proceed..go on, confirm mak pon takdenya nak bebel2,siap inform awal2 dia nak cucu ramai. :)
    n kdg, even dah kawin, blum tentu itu ‘jodoh’ kita.. yang kehadapan, kita tak tahu ape bakal terjadi..
    Wallahu’alam..

  4. nazra Avatar

    kalau anak sulung mmg la kena kasi mak ayah kesenangan dulu. depa tu tak meminta-minta walaupun ada lah sedikit sebanyak kata-kata tersirat yg depa bg. mesti la depa mengharap, penat2 besarkan. last2 habis belajar terus kahwin, sapa tak rasa nak bg pelempang

    XD

  5. skudiver Avatar
    skudiver

    gf xde ke ko ni??cm xcaye je??jual mahal or memilih???huhuhu=)

    1. ariff Avatar
      ariff

      serius la. takde lagi. siapalah yang nak kat aku ni. ish.. ish..

      1. Wan Eyla Avatar
        Wan Eyla

        rmai2 followers blog ni,xkan lah xde sorg pom yg sangkut ngn mr ariff ni….

  6. ct soleha Avatar

    “aku pelempang karang” haha

    besh giler ayat
    mak sol plak cakap kat adik cam ni..dia merancang dah nak kawen ngan pakwe dia ni..tp abang ngan kak dia ni xde pasangan lagik..

    “kena tunggu abang ngan kak..mak nak buat sekali semua..senang” haha..

    kesian adik aku mak aku cakap cam tue..aku xkisah je adik nak langkah bendul sbb leh dpt adiah mase dia kawen..hehe

    adik bersedih mak xbg kawen tahun ni..hehe (sian adikku)..

    1. ariff Avatar
      ariff

      oo.. kalau langkah bendul, boleh dapat hadiah eh?

      1. takky Avatar

        kalau langkah bendul mmg akan dapt adiah….
        but itz just for girls ONLY…..
        lelaki hanya boleh tengok adiah sahaje…
        hihiihihihi

    2. hanisaleeya Avatar

      hahaha.. kalau kitorang buat sistem macam tu gak, 20 tahun lagi la baru nis bole kawen.. ahaha..

      LOL! Adik bongsu da serupa anak. Baru je umur 5 bulan..

  7. ieda Avatar
    ieda

    ayat fevret: “aku pelempang karang”….wakakaka…
    sbnrnye, nk kawen ni, bkn stkt perlu bsedia dr segi fizikal je, yg plg penting perlu bsedia dr segi mental gk….yelah, tanggungjwb lps kawen ni lagi bsr…mindset perlu diubah, jgn nk wat perangai cm org bujang plak nnt…huhu

  8. Fie Avatar
    Fie

    Assalammualaikum, glad to join this blog

    Hi everyone,

    Kahwin? Sebut memang senang…buat pun mungkin senang gak bila dah ada ongkosnya tapi betul ke kita benar2 bersedia utk berkahwin? Itu persoalan yang paling utama utk dijawab? Jawapannya bukan setakat berkata dalam diri orang lain boleh buat, aku pun boleh buat? Apakah persoalan atau persediaan yang paling utama dalam membuat keputusan untuk berkahwin? Duit? Ekonomi dah stabil? Harta dah banyak? Calon yang cantik dan tertarik kau memang da boom? Kedua2 famili dah kenal? Atau aku memang dah lama bersedia?……..Apa jawapannya ek?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah. Kahwin ni memang bukan perkara remeh. Terlalu banyak sangat persoalan yang perlu dijawab sebelum nak fikir pasal kahwin. Belum cerita pasal persediaan untuk menerima tanggungjawab berumahtangga tu lagi. Kena bersedia dari segi pelbagai aspek.

      Thanks for commenting Fie. Keep reading =)

      1. Fie Avatar
        Fie

        I will. I’ll be your no 1 supporter hahhaa

        Bukan ape, dlm byk2 persoalan yg fie ajukan tu, in my personal opinion, CALON is the most important aspect to be considered. Kahwin is a lifetime gambling. Samada menang atau kalah dalam percaturan hidup terpulang pd individu untuk menilai risikonya. Kenapa CALON yg fie tekan kan? Ya kita mungkin ade duit yang banyak dan harta yang melimpah ruah, ape saje yang dihajati pasti tertunai tapi kalau dalam soal kahwin tanpa CALON yang memahami erti tanggungjawab, tolak ansur, pengorbanan dan kejujuran pastinya mahligai yang dibina akan runtuh sekelip mata. Mungkin kita tidak mempunyai kewangan yang kukuh tetapi dengan adenya pasangan yang memahami erti perkongsian hidup pasti ianya akan berjaya dan kepayahan akan dapat diatasi…..tak salah menjadi kaya tapi tiada erti kekayaan tapi hidup penuh onak dan duri…so my piece of advise…kenali CALON sebelum membuat keputusan…Jgn ditaburkan cinta dgn wang ringgit krn pasti kabur hidup kita nanti…

        Kerana hidup ini adalah satu pilihan…. apa yang kita ada dan lalui sekarang adalah pilihan kita dimasa lalu….

        Waulahualam.

        P/s mcm Oprah Winfrey lah pulak…..huhuuu

  9. zuez Avatar
    zuez

    niat nak kawen tu murni sangat..masa masih pnjg…blajar,kerja dan bila betul2 sedia galas tgjwb…baru kawen soal jodoh tuhan tentukan tp kene usaha..dunia akhirat harus seimbang sbb nak jd pemimpin dlm sebuah perkahwinan ..perlu bnyk ilmu bkn sekadar dunia malah akhirat juga…all the best..k

  10. hanys Avatar
    hanys

    tanggungjawab bila dah kawen ni besar..
    lagi2 bagi lelaki..
    persediaan dr segi mental n fizikal pon kena ada,
    wuhuu..
    aku ni ha..
    bila blk kg. asek kena hentam ngan soklan “bila nak kawen?”
    mentang2 br abes blajaq,
    adess.. i am just 23 ok..
    =.=’

    1. ariff Avatar
      ariff

      erk. Cepatnya kena tanya soalan tu. Aku pun 23

      1. hanys Avatar
        hanys

        tu la pasallll~
        maybe sbb dorang pikir aku pompn,
        so kena kawen awl,
        mcm zaman dl2 kot,
        takot saham makin jatuh kalu makin tua,
        arghhhhhh~~!!tidakkkkk~!!!!
        ngehee~

  11. mijie Avatar

    kalau dah sampai masa nanti kahwin juga, yg penting kahwin ni bukan benda main2 dan persediaan adalah sangat perlu

  12. Lord Zara Avatar

    ha ha ha~
    aku dah habis belajar, dah kerja~
    tapi kahwin tak masuk agenda lagi~
    teman lelaki belum ada~
    so, aku hidup dalam dunia aku dulu~

    ^.^

  13. ily Avatar
    ily

    hahaha…xpernah dgr pun…”abg harta xda,macho ada. Adik sudi ke?”
    enjoy life as a single dulu.kumpul ilmu dunia sebyk yg mungkin…kalau ada jodoh ada lar… :o)
    cume kdg2 telinga kene tahan lar kalau perempuan, balik2 isu kawin yg jd buah mulut org…xabes2…ishk2.

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha.. itulah. Perempuan kena tahan telinga, laki2 kena tahan badan nak mengerah keringat kumpul duit buat belanja kahwin

  14. Blabberina Avatar

    hehe..aku gak lom kawen2 lagi. 1 adik dah dpt baby,satu lg adik kawen sabtu ni..aduyai..

    1. ariff Avatar
      ariff

      waa.. cepatnya adik u kawin..

  15. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    Kenapa aku boleh tak perasan ada entry ni? Kalau tak dah lama aku nak berkongsi pendapat. Ok, mari mulakan.

    Bagi aku, nak kahwin ni mudah. Kalau kita tengok sekarang ni, ramai lelaki yg takut untuk mendirikan rumah tangga sebab faktor ekonomi. Memang betul, tetapi tengok lah keadaan diri kita macam mana. Situasi setiap orang berlainan. Bila dah kahwin nanti, insyaAllah rezeki murah. Kaya dengan rahmat Allah yg datang dalam pelbagai bentuk. Sebab yg mempengaruhi keutuhan rumah tangga itu adalah apabila dibina atas dasar keimanan yg teguh, bukan kekayaan.

    Bagi aku, yg akan jadi masalah ialah apabila lelaki berasal dari keluarga yg serba sederhana, termasuk dirinya sendiri, dan perempuan itu dari keluarga yg mewah hidupnya. Lelaki akan berusaha untuk memberikan kemewahan sebagaimana si perempuan perolehi dari keluarga dia, kadang-kadang boleh beri tekanan yg kuat. Walaupun perempuan itu tidak kisah sekalipun, tetapi lelaki tetap akan terasa hati. Sebab itu lah kita dinasihatkan mencari pasangan yg sekufu.

    Bagi aku yg paling penting, bukan setakat memilih pasangan yg berkenan di hati, tetapi juga keluarga pasangan kita. Dah berapa banyak cerita kita dengar masalah pasal mertua dan menantu ni, dah boleh fikir sendiri. Pendapat peribadi aku, orang tua yg perangai sangat buruk, melayan menantu yg bukan pilihannya macam orang asing, memang susah nak ubah. Kena beringat jugak tu.

    Dan aku rasa yg paling penting nak ditekan di sini ialah, jangan lah buat benda bodoh seperti terlanjur, buang anak, kahwin lari di Siam. Haish. Fikirlah, apa nasib anak anda nanti. Zuriat keturunan anda.

    Bayangkan satu situasi begini: si perempuan terpedaya dengan boyfriend dan terlanjur bersama. Si perempuan mengandung. Anak dibuang atau mati selepas dilahirkan akibat tindakan bodoh pasangan itu yg cuba pelbagai cara untuk menggugurkan seperti makan ubat-ubat yg beri kesan kepada kandungan. Atas dasar cinta yg buta dan terkenang nasib sudah tiada dara, si perempuan berfikir, “siapa lagi la yg nak kahwin dengan aku.”

    Dia hendak berkhawin dengan boyfriend bodoh itu, tetapi orang tua berkeras tidak membenarkan kerana risau akan masa depan anak mereka. Tambahan pula apabila dapat tahu si lelaki tiada kerja tetap dan berkelakuan buruk, mungkin juga ada rekod jenayah. Akhirnya pasangan muda bodoh ini bertindak lari kahwin di Siam. Mereka fikir selesai masalah. Tetapi nanti kalau tak ada kad nikah dari Pejabat Agama di Malaysia macam mana? Nak daftar anak nanti macam mana? Mungkin mereka fikir dengan bayar denda boleh selesai. Ya, tetapi bagaimana dengan perasaan si ayah perempuan itu? Dia masih hidup. Dia lah wali. Kenapa buat begitu? Lupa jasa si ayah membesarkan dia dari kecil?

    Akhirnya, ditambah pula dengan sikap pak dan mak mertua sebelah lelaki yg tersangatlah bongkak dan buruk perangai. Si perempuan tidak tahu menahu sangat pasal kahwin di Siam. Mak mertua letak kan mas kahwin RM50. Kahwin di Siam. Apa dia kisah. Nak lepaskan tanggungjawab. Kemudian termenunglah si ibu perempuan itu. Anak yg dia kandung, lahir dan besarkan akhirnya dijual begitu murah. Orang lain kahwin elok-elok ada duit belanja dan hantaran, tetapi anaknya? Seronok lah bapak dan mak si lelaki kerana tak perlu keluarkan wang untuk kenduri. Perasaan keluarga si perempuan langsung tak diendahkan, mereka lega seolah-olah selesai satu beban bagi mereka. Manusia durjana.

    Namun si lelaki tidak lah begitu gelap hatinya. Selepas berkahwin, dia sedar akan tanggungjawab. Dia sedar akan kedudukan dirinya, berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak yg bakal lahir. Walaupun si isteri bahagia melihat suaminya yg mula bertanggungjawab, tetapi apabila dia hidup di rumah mertua, baru lah dia terasa seksa. Barulah dia terkenang akan nasihat dan jasa ibunya. Menyesal tidak berguna. Hidup harus diteruskan. Itu pilihan perempuan. Pasangan ini hanya mampu berdoa, supaya dapat hidup bahagia bersama anak-anak mereka. Mereka harap anak-anak tidak mengikut jejak langkah mereka.

    Tetapi jika pasangan itu gagal dalam mengharungi liku-liku rumah tangga mereka dan membesarkan anak-anak, akhirnya nanti mereka sendiri akan merasa bagaimana rasanya apabila anak-anak melakukan sesuatu yg memalukan keluarga dan memberi kesan jangka panjang seperti mereka lakukan dahulu di usia muda. Inilah akibatnya apabila tiada didikan agama yg sempurna.

    p/s: Emosi sikit. Cerita ini diolah berdasarkan kisah benar yg aku dengar. Jadikan teladan.

    1. shaharil Avatar

      Wah, ini boleh jadi entri blog

  16. eyra Avatar

    kekekeke kumpul duit dlu la. kamu kan lelaki :P

    1. ariff Avatar
      ariff

      kumpul kumpul.. adalah sikit2…

      Abang harta takde, tapi ..

      :D

      1. Anwar Osman Avatar

        aku tolong sambung eh..

        tapi.. “macho ada. Adik sudi ke?”

        1. ariff Avatar
          ariff

          oo.. camtu eh sambungan dia? haha.. first time dengar.

  17. fyzal Avatar

    salam bro ariff. hehehe.. satu kapal la kita – bergantung pada wang scholar dan perjalanan hidup yang maseh panjang.. hal nak kerja pun belum pasti, kawen apatah lagi.. betoi tak?

    tp cool jer.. kita merancang, Allah merancang dan Dia adalah sebaik-baik perancang. masa depan rahsia Dia, apa-apa pun boleh jadi. kita sekadar berusaha. :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Setuju dengan hang. Apa yang boleh dibuat, rancang dengan baik dan berusaha jelah. Rezeki tu takde siapa tau.

  18. Anna Avatar

    hmm..kahwin, memang bukan satu benda yang tak boleh buat main2…tapi, ada je yang kahwin masa study..ada yang berbahagia menyeimbangkan kedua2nya (study n famili), and ada yang masih2 belajar untuk mencari keseimbangan dan ada juga yang menyerah kalah…tapi, itu semua kenala sanggup menghadapi cabarannya..hidup ni memang tak dinamakn hidup kalau takde cabaran kan?hehe…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Yep. Kalau tak sanggup menghadapi cabaran, memang susah la nak hidup.

      Kawin time study ni ada best dan tak bestnye.. Ada tu hidup memang kena beruasaha gak la cari duti tambahan sebab nak sara keluarga, manalah cukup duit biasiswa nak tanggung makan minum anak sekali. Lagipun dah nama duit biasiswa belajar, bukan duit belanja kawin :P

  19. cikgufarha Avatar

    en ariff…stabilkan ekonomi dulu..tapi tak salah pon after dpy keje terus kawen..sbb dalam AQ de menyatakan kalau nak kaya kahwin! hhe tp zaman sekrg perkara itu amat sukar kot..

    apa2 pon stabilkan ekonomi dulu ye =)

    1. ariff Avatar
      ariff

      OF course. hehe.. saje je tu tengok reaksi mak macam mana..

  20. mama Yuki Avatar

    ala, better kawen lepas dah abes belajar. lepas tu stabilkan kedudukan ekonomi. baru leh tanggung anak orang dengan epi dan bahagia.

  21. NoorAfzan Avatar

    Saya dah grad 2 tahunpun tak ready lagi tuk kawen..
    aiseehh…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Oo. ish.. ish.. dah nak sampai time dah tu..

  22. nursarah Avatar

    haha, i like komen kak jie.
    tulah kan, kalau takde tggjawab dengan famili, mmg boleh je kawin trus, tapi anak lelaki besar tggjwb dia, mak ayah paling utama, gelpren tu jatuh banyak nombor dah..

    1. ariff Avatar
      ariff

      tapi ada gelpren still best :D

      hehehehe…

  23. dayangredzuan Avatar

    hukhuk baik punye soalan kan..
    apa-apa pun belajar then cari kerja..pastu cari harta sikit baru kawin..
    semoga berjaya

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks dayang =)

  24. Amir F. Avatar
    Amir F.

    Girlfriend ada dah kot.. kan (?) hehe.

    1. ariff Avatar
      ariff

      hehehe.. =)

  25. Kujie Avatar

    nasib baik…kalau tidak terkejut kejung peminat ariff baca entri ni..heheh

    masing2 boleh tarik nafas lega sbb masih ada pelung utk mencuba..hehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha. takde mana peminat kak jie..

  26. ayue Avatar

    hoho…sapa xnak kawin ye dak…

    aku pon dah tak mintak duit kat parent sejak masok u ni..walaupon aku anak last tapi rasa macam tak syok pulak mintak duit lagi…

    tapi ko dok luar negara kan…huh hebat la ko boleh survive…aku dok kat sini pon terkontang kanting…

    1. ariff Avatar
      ariff

      hm.. dapat scholar alhamdulillah cukup. Aku tak pergi jalan2 pun.. Balik cuti, duit kumpul tak pergi jalan2 tu buat belanja kat malaysia. Macam tu la lebih kurang.

  27. fina fento Avatar

    ehemmmmm…

    1. ariff Avatar
      ariff

      ehemm… hehe..

  28. Daleela Avatar

    calon dah ada kan ariff.. ape tuh namanya Fi~da~

    1. ariff Avatar
      ariff

      erk. Marah orang tu nanti pandai-pandai je..

  29. afiq aiman Avatar

    Kawen bila pun tak pe…Yang pnting pasangan tu bijak memainkan peranan masing-masing…bru ada klas skit masjid yg dibina…kehkehkeh

  30. EV Avatar

    kan dah kena bebel..hehe ^_^
    kawan aku dah kawin umur 20.terkejut mambai aku dengo masa tuh.aku ni 20,incik pakwe pun tak dapek lagi.
    Tapi kalau ang kawin,jemputla diriku ^^_

    1. hanisaleeya Avatar

      Jom, EV.. kita cari calon.. kawen tengah bulan 8 nanti.. betul2 antara bday EV dgn bday nis.. wakaka…

    2. ariff Avatar
      ariff

      Perrgghh.. umur 20 dah kawin. Kalau federal funding ada memang takde masalah.

  31. eyriqazz Avatar

    Lelaki kacak mesti dah ramai calon kan?Bro,kahwin nanti jgn lupa jemput…hik3…

    1. ariff Avatar
      ariff

      insya allah akan dijemput =)

      ..kena buka satu khemah canopy khas untuk blogger je ni.. haha~

  32. denaihati Avatar

    aku suka lah semangat ni ..boleh lah kita buat kerjasama lebih banyak.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Insya Allah boleh =)

  33. ira hajerah Avatar

    hahahaha…tet… anyway just dun understand people akan target bila abes blaja nak kawen cepat2. Oh not dat easy.tapi kalau dah asek berkepit tu di persilakan la kan..tp russia dengan aussie tak la dekat sgt nak berkepit.so tak ape la kan. eh?? :P

    1. ariff Avatar
      ariff

      dah habis belajar tak dapat keje lagi kawin la. hahaha~

  34. hanisaleeya Avatar

    eish.. nis pun takde federal funding la. ikut nasib je. kalo da abis duit pt tu abis la. tak keje, tak makan.

    tapi bab tanggungjawab memang susah nak cakap la.. adeii.. Kalau perempuan mungkin tak kisah sangat. tapi itu pun dulu. sekarang ni tanggungjawab perempuan hampir sama dengan lelaki dalam mencari nafkah. susah nak dikata.

    [I plan to get married at 20, boleh ke? Wahaha.. adeii. Almost 20 now. tinggal sebulan lebih lagi.. hmm.. Lampu hijau mmg terang giler tapi calonnye yang tak ada..]

    1. ariff Avatar
      ariff

      erk. 20? Cepatnya. Tapi kalau tiba-tiba putera raja datang masuk meminang, rezeki tu

  35. Hazzy Avatar

    silalah datang berkerja ditempat saya…
    hehe

    ambil jurusan apa ya?

    1. ariff Avatar
      ariff

      amik aviation engineering.
      ada ke kerja kat tempat u?

  36. joegrimjow Avatar

    eh, 1st
    hehe

  37. joegrimjow Avatar

    jgn tunggu lama2, nanti fida diambil org
    kekeke

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahahahahhahahaa.. bengong ah ko

      1. hanisaleeya Avatar

        Lisa Surihani dia nak gak tu kan? Wahaha…

        1. ariff Avatar
          ariff

          Lisa? Takpelah. Tak nak Lisa :P

    2. Faizal Avatar

      baru nak tulis benda yang sama..hahaha..