Lelaki Melayu & Cincin Kahwin

lelaki melayu cincin kahwin

Lebih kurang macam ni la cincin yang dibeli

Tadi pergi cari cincin nikah saya.  hmm.. Macam pelik je bunyi ayat ni.

Kurang dua bulan lagi woi! Nervousssss….. sampai tak terupdate blog ni. Ok. Nak tanya kepada lelaki yang dah kahwin tu, berapa ramai yang pakai cincin kahwin? Macam tak biasa je tengok lelaki Melayu pakai cincin kahwin.

Saya jenis orang yang tak suka pakai apa-apa kat tangan. Mungkin sebab dulu aktif dalam sukan yang banyak menggunakan tangan (ragbi, bola keranjang, bowling) jadi aksesori kat tangan ni semua nampak melecehkan.

Apa pendapat korang tentang lelaki Melayu yang pakai cincin kahwin?

24 Comments

  • nazra

    21 November, 2013 at 11:11 am

    lelaki yg pakai cincin nikah/kawin sangat setia! nampak lovely ja. tak menyorokkan statusnya. tapi saya sendiri takleh pakai cincin. jadi alergik. rimas. hehehehe

  • nifz

    12 November, 2013 at 1:34 pm

    bergantung pada seseorg tuh juga lah.. kalu jenis yang mmg suka pakai accessori nih, mmg akan melekat jerk aa kat jari tuh kan.. Tapi kalu yang tak duka tuh.. hurm.. mase tertentu jerk aa leh nampak kat jari tuh…

  • akak tulip

    12 November, 2013 at 1:14 pm

    Klu anda jenis yg cermat dan menghargai..leh je suh wife bagi as a hantaran.tp klu jenis mcm.my hubby..x pyh la.. dia boleh tertinggal (sebenarnya mmg jenis x cermat!) Cincin masa tunang yg saya bagi dia kat kedai cincin masa test2 cincin kawen..grrrrrr….kecik ati u….

    Btw..congrats ye ariff..mesti berdebar2.

  • DatukNikahkahwin

    11 November, 2013 at 4:06 pm

    Kebanyakkan lelaki tak pakai cincin kahwin, rata2 tempat aku p tak pakai cincin sebab cincin ni adalah simbolik kepada perempua, sama ada dia telah bertunang atau pun sudah berkahwin. Kekadang nak tau seorang perempuan tu dah bertunang ke atau dah kahwin ke, first tengok kat jari manis dia ada cincin ke tidak. Tapi jarang nak tau lelaki tu masih solo ke atau dah ada yg empunya dengan melihat cincin dijari. Janggal sikit ler….So, terpulang, tapi kalau nak pakai cincin, jangan emas sudah ler….tau kan sebabnya…

  • Akuro San

    11 November, 2013 at 3:03 pm

    jujurnya memang jarang lihat lelaki pakai cincin kahwin…
    kalau ada yang pakai cincin pun biasa pak cik-pak cik… mereka pakai cincin yang batu besar-besar tuh…

  • halif

    11 November, 2013 at 2:14 pm

    Memakai cincin adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Kena tahu jari yg mana la. Kalau pakai sebab nak tunjuk kata dah kawen lebih baik takyah pakai. Lebih baik pakai sebab sunnah. Dpt pahala :)

  • myvitrd

    11 November, 2013 at 11:39 am

    semua tu tak wajib pun bro.. yg penting nikah dan perjalan hidup lepas tu.. tapi aku masa kawin isteri ada bagi cincin mcm dekat gambar tu.. sebijik seh… cuma batu kristal tu ada 6 biji.. keliling cincin.. hehehe

  • Lord Zara

    10 November, 2013 at 9:02 pm

    Suami aku pakai cincin. Mula2 dia kata tak nak cincin sebab kerja sebagai programmer kan banyak guna komputer, jadi agak susah. Tapi dia setuju juga dengan idea pakai cincin tu. Jadi hantaran masa nikah.

    Dia pakai hampir setiap hari. Kalau dia menaip, dia buka sebab jam tangan semua pun dibuka. Cuma, cincin kahwin tu dia akan pakai kalau keluar bersama, dan dia memang ingat cincin tu selalunya. Sebagai tanda. :)

  • Fadhil Husin

    10 November, 2013 at 8:39 pm

    Saya pun tak suka pakai cincin lepas kahwin. Kadang-kadang rimas jugak nak makan atau buat kerja bila ada cincin. Lebih-lebih lagi kalau jari kuat berpeluh. Namun, lain orang lain pendapatnya.