LCCT Akan Ditutup Bermula 9 Mei – Pindah Tempat Kerja ke Bulan Depan?

Reading Time: < 1 minute

KLIA_May

Timbalan Menteri Pengangkutan mengumumkan bahawa LCCT akan ditutup bermula 9 Mei ini, seminggu selepas pembukaan KLIA2.

27 April ni ada open day kat KLIA2. Orang ramai yang berminat untuk melihat KLIA2 dengan lebih dekat lagi boleh berbuat demikian pada hari tersebut. Blogger yang nak buat liputan rasmi pun boleh pergi.

Jadi sekarang ni saya tak tau apa-apa lagi tentang apa-apa perpindahan. Tiap-tiap hari datang ke ofis Air Asia (bukan staf Air Asia) tapi nampak semua orang relax lagi. Macam tak nak pindah je..

Saya pelik kenapa diorang bina sebuah airport baru. Apakah tak boleh dibuat extension je pada KLIA? Bukan lagi jimat ke macam tu?

Problem kalau dua airport berasingan ini ialah bila kena transfer dari LCCT ke KLIA. Shuttle bas bukan selalunya ada dan menepati masa. Daripada pemerhatian saya, memang banyak pelancong yang transit melalui LCCT kemudian ambil flight dari KLIA.

Tak tau macam mana nanti. Apa yang pasti pas untuk KLIA2 dah ada.


Posted

in

by

Comments

10 responses to “LCCT Akan Ditutup Bermula 9 Mei – Pindah Tempat Kerja ke Bulan Depan?”

  1. akubiomed Avatar

    Dengar banyak cerita hebat mengenai KLIA2 ini.

  2. hazman aka species1980 Avatar

    Kalau pergi masa OPEN DAY tu memang macam menarik…..tapi confirm ramai giler orang…..

  3. nanang Avatar

    Membuat bingung masyarakat ya? kita tunggu saja penjelasannya.

  4. paeh Avatar

    Lepas ni ayah aku tak drive bas ke LCCT laa kalau dah tak beroperasi.

  5. Jamian Sarif Avatar

    demi kemajuan,pembaziran mesti ada kan…

  6. Bahrain Avatar

    Nampaknya semua kedai yang ada disitu pun kena pindahla gamaknya. LCCT ni jadi apa pula bila ditinggalkan? jadi tempat kargo agaknya.

  7. Pendekar Berkuda Avatar

    Okay hang kacak dalam ni !

  8. faizalpj Avatar

    Dengarnya Air Asia tak mau pindah KLIA2

    1. Ariff Avatar

      Tak boleh macam tu. Kalau dah cakap airport tutup, memang akan tutup

      1. Ismail N Avatar

        Hmmm.. ikut news today (tak tahu lah kalau ada update terbaru) Air Asia masih berdegil tak mahu pindah. Then again, it’s their loss. Siapa lah nak jaga plane diaorg nanti bila DCA, Immigration dan orang2 airport dah tak de? :D