
Anda apply loan rumah. Cash flow semua cantik. Hutang takde. Pekerjaan stabil (lebih daripada tiga bulan kerja). Lagi best kalau ada kelayakan pendidikan yang tinggi, biasanya orang yang ada kelayakan tinggi ni kurang kebarangkalian untuk dibuang/diberhentikan kerja.
Tapi loan tak jugak approve. Dah kira debt service ratio, semuanya terkawal. Layak untuk memohon. Apakah langkah seterusnya?
Langkah ni tak diceritakan dalam ebook hartanah yang pernah saya baca. Kalau ada maaflah kepada penulis ebook, mungkin saya sudah terlupa yang saya telah membacanya.
Caranya mudah. Bagitau pegawai bank tu yang anda sanggup masukkan sejumlah wang ke dalam Fixed Deposit account mereka sebagai jaminan bahawa anda ni berduit dan mampu nak service loan sekiranya diberhentikan kerja. Dengan cara ni, kebarangkalian lebih tinggi untuk loan yang ingin anda pohon diluluskan.
Alasannya mudah. Bank nampak yang anda ada duit. Jadi mereka taklah takut sangat nak approve loan tersebut. Fixed deposit tu boleh dikeluarkan selepas setahun kalau pembayaran anda ‘cantik’ (yang ni tak tentu, elok berbincang dengan pegawai bank anda).
Memang susah nak apply loan sekarang tapi takpelah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Lepas ni tak susah sangat dah, cuma kena pastikan pembayaran ansuran tu semua on-time la.
Langkah ini hanya untuk mereka dengan good credit history sahaja. Harap maklum.

Comments
31 responses to “Langkah Untuk Memastikan Loan Anda Lulus”
bank akan tgk rekod KWSP kita utk tgk brp kita ade ke atau pengesahan yg kita bekerja dgn company tu..
hehe..baru baca blog abang ensem tadi. kena bahan lagi..
Hehe..seronoknya kalau boleh buat loan..memang luas bidang kewangan ni..sy pula tak tau nak kata apa bila baca artikel mcm ni sebab tak ada pengalaman sikit pun bab ni..just baca untuk tambah pengetahuan..nanti bila hadapai masalah mcm ni kurang2 sy boleh rujuk lagi artikel ni..
eerrrmmm.. masalahnya nak bukak akaun FD tu tak cukup duit tu. hehehehe.. (gurau jer)
tambahan. jika duit tu nak simpan dlm jangkamasa sederhana dan panjang, boleh juga consider untuk simpan kat unit trust kumpulan bank tu. jangan masuk unit trust bank lain pulak. hehehe. unit trust ni jugak boleh buktikan kita ada duit dan returnnya agak tinggi berbanding FD. tp tempoh masa simpan kena lama sikit la…
Makes sense. Tak minat unit trust ni sebab awal-awal lagi dia dah potong 5.5%. Sakit tu. Walaupun hujung tahun nampak naik banyak, kena tolak 5.5% dan 1% (management fee) baru nampak untung bersih daripada jumlah awal yang dilaburkan.
Pada saya, daripada unit trust, beli saham blue chip lagi puas hati.
bro ada unit trust kena potong sampai 6.5%, management fee 1.5, trustee fee 0.08. ini saya beli AMB value trust fund tapi dah check boleh beli online dan kena charge 3%, nak jimatlah tapi masalah timbul pula
tips yg bagus ni,boleh cuba kalau loan dah penuh..terbaikk
Baca ni…teringat kisah lama. Waktu kami nak beli kereta. Dulu rasanya lebih sukar nak buat loan banding sekarang. Nak beli kereta tak sampai RM40K pun kami kena sedia deposit RM14K. Itu sebab nakkan staf loan dan masa tu gaji kecil lagi. Maklum baru nak hidup. Entitlement untuk loan pun ciput. Cuma bagusnya, loan cepat langsai. Alhamdulillah! Masa kami beli rumah mudah dari tu. Masa tu kerja berdua. Ok lah!
hujung tahun ni bank biasanya dah achieve target. tu yg prosesnya jd slow skit..
Jangan lupa baca kisah sebenar loan Ariff ni kat blog aku SEKARANG.
kesian u ariff..kena bahan dengan abg AE ni ..
heheh. takpe.. kitorang memang saling membahan.
boleh tambah pengetahuan sedia ada
Government staff lebih senang buat loan berbanding staff swasta. Jadi kalau nak senang masuk kerja gomen lepas tu mesti senang dapat approval.
strategi ni pun boleh guna ytk apply kredit card
Boleh buat loan lagi lah lepas ni. dah dapat petua ni
Loan rumah awk dah lepaskah? Mmg kalau bkn keje kerajaan,gaji besar mana mmg susah nak approve loan.
saya tak setuju. saya kerja kerajaan, tapi loan nak lepas susah jugak. loan yang senang lulus untuk pegawai kerajaan ni hanya PERSONAL LOAN.
Betul. Lagi satu loan superbike. senang sangat orang kerajaan nak dapat loan untuk superbike
jgn marah ye cik hawa.saya ckp berdasarkan pengalaman saje..heehhe..maaf ye..biasa nya banker masa nk beli rumah mmg tya siap2.keje apa? baru tanya rate gai berapa & status jawatan apa…
Dah lepas. alhamdulillah
Alhamdulillah ariff. Congrats. Nampaknya kita berdua dah mampu tersenyum gembira. Tp cara saya je yg lain dari apa yg kamu buat. Apa rasa menunggu lama2 ni?? Serius boleh buat kita marah ek.
Kalau lu beli ebook ‘Tips Mudah Lulus Pinjaman’ gua, tentu lu jumpa cara ni.
Pergh.. ini komen yang paling sentap ni.
lebih sesuau untuk mereka yg blom ada tanggungan keluarga. liabiliti utk kenderaan dan rumah slalunya fixed, tp tidak utk sebuah family.
Berguna tip ni bila nak full time nanti. Thanks bro.
bukan kalau swasta 3 bulan tu tak jamin lg ke?kurang2 pun 6 bulan dia nak. 3 bulan under provation lg kan?sy gaji tip top pun still kn penjamin untuk beli kereta sebab syarat untuk swasta mesti 6 bulan kerja even sy kerja lecturer pun.kalau 3 bulan untuk gov bolehlah…senang lulus. itu apa yg sy tahulah.. ;p
owh, gitu.. thanks!
ada saja tips daripada bro, memang terbaiklah… kena bookmark semua post lah nampaknya
memang susah nak apply loan sekarang ni. terlalu ketat..
senang jer kalau ada orang dalam hehe