Lamb Hanith @ Marhaba Restaurant, Publika

ariff-shah-marhaba

Haritu follow Auntie Ida review restaurant. Orang kata, rezeki jangan ditolak lah kan.. hehe

Marhaba Restaurant ni kat Publika. Menyajikan makanan dari Yemen. Apa yang istimewa kat sini ialah, chef dan 80% staf dapur restaurant ini diimport khas dari Tanah Arab sana untuk mengekalkan keaslian makanan yang disajikan.

Bukan setakat chef, dapur diorang pun kena ikut spesifikasi supaya mempunyai peralatan yang sama seperti di negara asal mereka. Pemilik restaurant sewa satu lot kedai semata-mata untuk dapur je. Giler.

So, you can expect good food from this restaurant. My say: They serve the best Yemeni food in KL.

Lamb Hanith. Isi dia lembut walaupun luar nampak macam kena panggang. Slow cooked to perfection.

Roti mulawah. Bukan macam roti canai kita yang berminyak.

Interior dia macam kat restaurant fine dining tapi harga makanan still affordable.

marhaba-chicken-mandiChicken Mandi. Macam biasa..

My advice kalau nak pegi sini, datang bila lapar dan beramai-ramai sahaja sebab portion dia besar. Kalau datang dengan orang yang tengah diet, confirm tak habis. Rugi.

Anyways boleh dapatkan review terkini untuk restaurant yang best di Lembah Klang melalui laman HungryGoWhere. Diorang ada app untuk pengguna iOS dan Android untuk memudahkan korang search restaurant best yang berdekatan.  

 

5 Comments