
Haritu follow Auntie Ida review restaurant. Orang kata, rezeki jangan ditolak lah kan.. hehe
Marhaba Restaurant ni kat Publika. Menyajikan makanan dari Yemen. Apa yang istimewa kat sini ialah, chef dan 80% staf dapur restaurant ini diimport khas dari Tanah Arab sana untuk mengekalkan keaslian makanan yang disajikan.
Bukan setakat chef, dapur diorang pun kena ikut spesifikasi supaya mempunyai peralatan yang sama seperti di negara asal mereka. Pemilik restaurant sewa satu lot kedai semata-mata untuk dapur je. Giler.
So, you can expect good food from this restaurant. My say: They serve the best Yemeni food in KL.
Lamb Hanith. Isi dia lembut walaupun luar nampak macam kena panggang. Slow cooked to perfection.
Roti mulawah. Bukan macam roti canai kita yang berminyak.
Interior dia macam kat restaurant fine dining tapi harga makanan still affordable.
Chicken Mandi. Macam biasa..
My advice kalau nak pegi sini, datang bila lapar dan beramai-ramai sahaja sebab portion dia besar. Kalau datang dengan orang yang tengah diet, confirm tak habis. Rugi.
Anyways boleh dapatkan review terkini untuk restaurant yang best di Lembah Klang melalui laman HungryGoWhere. Diorang ada app untuk pengguna iOS dan Android untuk memudahkan korang search restaurant best yang berdekatan.

Comments
5 responses to “Lamb Hanith @ Marhaba Restaurant, Publika”
Memang berselera tengok lamb hanith dan nasi arab hihi. Sekarang ni banyak restoran makanan arab. Yg best di mana2 restoran arab hidangan dihidang dlm kuantiti yang banyak, tapi harga ok, tak mahal. Mesti bawak 2,3 orang kalau tak mesti tak habis.
Kalau datang melaka cuba cari restoren di kawasan pokok sawit sungai udang di sebelah jalan utama masjid tanah-melaka. Nasi arab nye pun menyengat
Kampung saya kat Masjid Tanah tapi dah lama pindah KL. Lama dah perasan kedai tu tapi tak pernah singgah.
Dah ada recommendation macam ni next time confirm singgah
Roti Mulawah tu diorang jadi menu pembuka selera je sebelum makan nasi….
Tidak berani makan kambing sebab tidak biasa.