
Sebagai pengguna motosikal, saya mengelak daripada melalui lebuhraya yang mempunyai laluan khas motosikal. Lagi sanggup ikut jalan jauh daripada masuk ke lebuhraya yang mempunya laluan motosikal.
Alasan saya mudah, saya tak nak bahayakan nyawa dengan melalui laluan ini. Cukuplah dengan menunggang motosikal yang dah cukup bahaya, menggunakan laluan motosikal ni seolah-olah menempah 1001 lagi masalah dan risiko.
Risiko biasa laluan motosikal ialah laluan yang ditabur paku, kaca, serpihan besi oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Biasanya golongan ini bersekongkol dengan pihak yang memberikan perkhidmatan menukar tiub di tepi jalan. Kalau nampak iklan tukar tiub tu jaga-jagalah..
Risiko lain ialah penyamun yang menunggu di tempat-tempat sunyi. Banyak dah kes berlaku di mana penunggang ditahan dan dirompak ketika melalui laluan motosikal yang sunyi.
Laluan motosikal sementara yang biasanya dibuat kerana laluan asal terlibat dalam pembinaan (LRT atau pembesaran jalan) biasanya tidak selamat kerana berpasir dan tidak rata. Sehebat mana pun penunggang motosikal tapi kalau terpaksa mengejut brek di tempat berpasir, motor akan tergelincir dan terbabas. Ini bukan main-main.

Jadi bila pak menteri umum kat seluruh negara dia nak melawat laluan motosikal ni, sudah pasti laluan yang bakal dilaluinya dah disiapkan cantik untuk upacara rasminya. Kalau boleh nak bentang karpet merah untuk pak menteri ni lalu.
Cuba pak menteri keluar sendiri naik motor sorang-sorang waktu rush hour ke pusat bandar dengan melalui laluan motosikal. Lepas tu baru tau sendiri macam mana laluan sempit ni boleh jadi tempat yang membahayakan penggunanya.
Bertuah kerana dapat mengelak daripada menggunakan laluan ini. Harap dengan campur tangan pak menteri, keadaan laluan motosikal sedia ada akan ditingkatkan dan kalau boleh arahkan pasukan peronda Polis untuk melakukan rondaan di laluan ini.
Saya yakin majoriti pengguna laluan motosikal setuju dengan entri ini.

Comments
21 responses to “Laluan Motosikal”
Bila malam, memang saya jarang sekali ikut lorong motorsikal ni. Bahaya.
Nak tengok masalah pun nak umum..tentulah punca masalah tu senang-senang je nak cover..otak..
ni salah satu sebab aku beli kereta. haha..
nice sharing bro..saya pernah ikut jalan highway untuk kereta (faderal highway) time tu tengah pagi dalam pukul 1-2, lepas tu kena tahan dgn pak polisi tanya kenapa tak guna laluan moto. itu jam rasa menyirap pon ada. gila apa pukul 1-2 pagi nak guna jalan motor? slowtalk2 nsb baik lepas even ada cubaan untuk mengepau duit kopi..sighh~
Memang tak selamat. Dah la gelap, berlubang. Kalau hujan mesti banjir.. Bukannya kurang tapi sangat.
Pak menteri nie bukan betul sgt, selagi anak beranak dia x kena, selagi itu laa dalam kajian …aishhh
harap2 nanti adala perubahan..asyik2 mcm tu je..
Lorong nie biasanya dah jadi macam lane racing pulak bagi penunggang motorsikal yang dah EXPERT laluan nie
Dulu, masa kerja di PJ dan Shah Alam, selalu juga lalu laluan motosikal…Acapkali juga terdengar kisah rakan sekerja kena paku yang ditabur..Jalannyapun memang kurang memuaskan….
harap pak menteri serius la benda ni, dah lama bahaya laluan motosikal ni
Selalu kena berwaspada. Cadangan supaya pak menteri turun sorang2 tanpa ada org mengetahui lagi baik dan sememangnya itulah yg perlu dibuat. Kalau nak datang dah ada persiapan tak gune
Memang tidak dinafikan kos pembinaan laluan motorsikal memang tinggi. Pada masa sama keselamatan pengguna motorsikal perlu dititik berat. Paling ketara jalan berlubang, berbonggol dan ada laluan terowong gelap dan sunyi. Kalau musim hujan lagilah teruk ada laluan motorsikal dinaiki air.
Memang mengharap sesuatu dilakukan untuk memperbaiki mutu dan keselamatan laluan motorsikal ini.
Kalau ada Menteri berani sahut cabaran menggunakan motor moped lalu laluan motorsikal baru rasa apa yang kami rasa.
namanya pengguna jalan raya bayar road tax juga tak kira kecik besar kena selenggara…bagi cantik mcm lebuh raya utama…
dah lama saya x lalu laluan motor ni, kadang sempit pastu kena plak ada yg bawa laju kat lorong ni, rasanya macam lagi bahaya, kalau pasal malam gelap tu saya setuju bahaya
betul memang bahaya. kalau siang pun bahaya. saya boleh jatuh ikut laluan motor sebab jalan tak elok. kalau hujan, ada tempat tersekat sebab banjir kat kawasan motosikal tertentu..
Goodluck to Pak Menteri :D
memang tak dinafikan…kalau boleh memang nak elak lalu kat laluan motor tu…siang masih boleh diterima lagi…malam memang akan elak lalu laluan motor…tak nak tempah bahaya…
kalau lewat malam sorang x berani guna laluan motor. jika siang lebih selesa guna laluan motor krn kurang jem :)
laluan motosikal memang bahaya.. paku banyak.. kalo ada lorong, gelap takde lampu..
Aku merempit juga, tapi dari shah alam- cheras, atau PJ-cheras kena juga lalau highway yg ada laluan motor. kalau lalu highway kesas, aku tk berani nak lalu laluan motor, sunyi. Selamber lalu highway dengan harapan takda pak polis..
nak lalu jalan lain..tapi tak mahir jalan..
pernah sekali lalu jalan motor di federal highway yang sangat mudah banjir..
dan papan tanda terbalik masuk laluan mtor…
mujur selamat…
memang bahaya..