Lagu Raya Dulu Dulu Jugak Yang Best

Reading Time: < 1 minute

Aku berpendapat lagu-lagu raya yang baru tahun ni memang banyak yang tak best la. Serius aku cakap, lagu-lagu baru ni banyak yang tak menusuk kalbu, tak macam lagu-lagu dulu yang bila kita dengar tu memang rasa syahdu habis. Diorang nyanyi dan tulis lagu yang betul-betul makse sense dan sedap didengar. Lagu raya baru sekarang ni, aku dengar memang tak rasa langsung feel dia. Failed.

Salah satu sebabnya aku rasa ialah artis-artis sekarang ni buat lagu sebab nak buat duit je. Segala-galanya pasal duit. Release satu dua single bertemakan raya, compile dengan lagu lain dalam album sebelum ni, dah boleh buat satu album baru. Tak pun compilekan dengan artis-artis lain punya single raya. Tak pun dia nyanyi balik lagu raya penyanyi-penyanyi dulu dan buat album compilation. Semuanya sebab nak buat album atau single baru dan jual. Semuanya sebab duit.

Tak taulah. Itu pendapat aku je tapi aku rasa memang ramai yang berkongsi pendapat yang sama. Kalau tak kenapa tiap-tiap tahun, lagu raya yang lama-lama ni jugak yang popular berkumandang di mana-mana sahaja. Lepas tu barulah terselit lagu-lagu baru artis muda kita ni. hm…

Suka lagu Satu Hari Di Hari Raya by M. Nasir & Dari Jauh Ku Pohon Maaf by Sudirman. Korang pulak camne?

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

48 responses to “Lagu Raya Dulu Dulu Jugak Yang Best”

  1. MASA Avatar
    MASA

    lagu raya dulu terasa nostalgia bila dengar..

  2. ProfHariz Avatar
    ProfHariz

    yeah bro…. apa2 pun… aishah-pulanglah terbaik :)

  3. Pejuang Kesenian extreme Avatar

    memang kebanyakan lagu lama best2..tapi ada juga lagu baru yg best..

  4. hanisaleeya Avatar

    dah malas dengar lagu raya..

    ariff, bila nak balik moscow? kelas da start kan? keh2..

    [gaya menghalau.. keh2..]

  5. adilah Avatar

    Salam..lagu raya ke tak raya ke, semua lagu dulu2 memang best..x macam lagu zaman skrg, x sampai makna n ntah pape..

    Selamat Hari Raya Ariff :-)

  6. AyuCINTA Avatar

    ya sangat bersetuju dengan anda..lagu raya dulu lagi best dr skearang yang lebih mengarut..huhuhu..

    Satu Hari Dihari Raya.
    Menjelang Hari Raya.
    Selamat Hari Raya.
    Indahnya dihari raya
    Pulanglah..

    DAN banyak lagi lagu yang best2…

    http://shawlsayucinta.blogspot.com

  7. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    dulu aku pernah menyanyikan lagu satu hari di hari raya dan menang…wah gempak habis masa tu…gyahaha…ye tak dinafikan lagu raya dulu2 1st

    1. ariff Avatar
      ariff

      pergghh.. hebat ni. Suara mesti best.

  8. eba Avatar
    eba

    betul 2…mmg xtersentuh kalbu langsung bila dengar lagu raya sekarang…lirik2 pun mcm cincai2 je jnji lagu siap…tiada penghayatan dalam setiap lagu yg dihasilkan…em lagu raya dulu2 gak jadi pujaan hati dan pengubat rindu…

  9. cascd Avatar
    cascd

    Kebanyakkan lagu skarang mesti nak masuk rap. Nsib baik lagu raya xrap sekali.hehe

  10. Yiedpozi Avatar
    Yiedpozi

    Yied pun suka dengar lagu Satu Hari Di Hari Raya yang M.Nasir nyanyi tu… sedap sangat suara dia….

  11. NoorAfzan Avatar

    sama pendapat.
    lagu2 lama gak best.
    saya suka lagu saloma =)

  12. eyriqazz Avatar

    haah,lagu raya skang dibuat sekadar nak cukupkan musim…langsung tak best..dengar pun cam pelik..takde feel..

  13. pearl apple Avatar

    btol, lagu lama jugak yg best..lagu br nih kdg2 ntah papa..tp lgu ct pun best jgk..huhu

  14. al Avatar
    al

    yEAH!!! Boleh dikatakan kesemua lagu lama2 best x kirala penyanyi tu popular ke tak..Lagu2 seperti ini sangat diperlukan untuk menaikkan mood mengerjakan aktiviti membersihkan rumah dan sewaktu dengannya di penghujung ramadan ini…adeh.. =D

  15. eyra Avatar

    aku suka kupohon restu ayah bonda hahaha

  16. APi Avatar

    lagu lama terbaek..

    aqu suke sepasang kurung biru ngan balik kampung..

  17. eykameow Avatar

    yelah…sbb lagu raya dulu lagi byk keluar kat radio skrg…..kita dah biasa dgr…tu yg ckp best tuu.. lalalalaa~ :P

  18. cidut ciput Avatar

    suka takbir raya ;))

  19. syah Avatar

    betul tu..

    yg baru2 semua xberapa nk sedap difgr..
    biasa2..
    xkn jd siulan..

  20. lyla_ROCKprincess Avatar

    org suka lagu satu pagi di hari raya…
    raihan n nowseeheart…
    best2…

  21. sitikus Avatar

    lagu raya lama memang best..lagu raya skang dah raya mcm tak raya jer.. :)

  22. Hidup Seorang Blogger Avatar

    Aku mmg suka dengar lagu raya lama2 jer.. sebab lagu lama sangat unik, bila dgr jer teringat kisah raya yg sebelum2 nya…

  23. mankuchai Avatar

    tidak dinafikan lagu-lagu lama memang best dan lebih menusuk… :)

  24. zool Avatar

    Banyak lagu raya yang aku suka terutama yg lama n evergreen cam
    ‘Dendang Perantau’, ‘Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone)’, ‘Dari Jauh ku Pohon Maaf (Sudirman)’,’ Selamat Hari Raya (Saloma)’, ‘ Suatu Hari Raya (M Nasir)’,’Lambaian Aidilfitri (Saleem dan Jamal)’.. eh byklah..

    lagu baru ‘cover version’ yg aku layan.. ni je kot… ‘Sepah (Lagu Raya)’ tu pun cover version lagu Jalil Hamid.. Ko mesti tak penah dengo lagu ni.. hahahaha

  25. saffrina|anirffas Avatar

    lagu raya zaman sekarang memang tak best. tadak langsung feel nak raya tuh. grrr. suka lagu mamat. :D anyway, salam eid fitr.

  26. nursarah puteri biru Avatar

    lagu M.Nasir Satu Hari di Hari Raya tu mmg evergreen, terbaik sepanjang zaman. music intro lagu tu paling aku suka. hehe

    lagu raya zaman sekarang mintak mahap aku takde dgr dan takde amik tau pun. mmg dalam lappy cuma ada lagu raya yang lama-lama jek. hihi

    lagi satu aku suka lagu Sudirman Balik Kampung, yelah. dah merantau negeri orang ni mmg lagu tu sungguh terkesan di hati. hihi

  27. azurie_zue Avatar
    azurie_zue

    setuju dgn arriff..artist baru mostly nk duit n popular je lebih..true info artist kat Malaysia ni mostly dpt duit bnyk sbb jadi duta product and show je. klw harapkan album mmg susah la nk hidup.artist baru naik pun buat show RM 10,000 for 3 songs (pengalaman sendiri).

    * suka lagu dendang perantau (p.ramlee)

    1. ariff Avatar
      ariff

      oh. dendang perantau pun memang all time favorite. Bila lagu best dan bermakna, orang akan terkenang sampai bila-bila. Itu sebab melekat sampai sekarang.

  28. syahirul Avatar

    aku setuju ngan ariff.. pernah dibincangkan dalam kereta.. gyahaahhaha~

    aku ada lagu zaman kita kecil2.. tapi tak taw la ko ada pernah dgr ke tak since ko kan org rusia.. gyahahhaahaa.. link bawah tu…

  29. zulkbo Avatar

    Tahun lepas beraya di kedah
    tahun ini beraya di jengka
    puasa sudah zakat pun sudah
    beraya kita hindari prasangka

    Lupakan sengketa bermaafan
    dari hujung rambut ke hujung jari
    halalkan kata-kata mana yang termakan
    sesama muslim jauhi cakar-mencakari

  30. keretapi Avatar

    betul!

    paling obvious, melody dia. melody lagu raya sekarang ni mana lagi ada macam dulu, yang kalau takde lirik pun, kau dengar je bunyi kau boleh tau tema apa.

    lagu raya sekarang macam lagu biasa, lagu cinta, lirik je ada perkataan raya.

    tu pun tak strong, macam sajak tulisan budak tadika.

    tolongggglah jangan malukan diri wahai artis2 zaman kini. kitorang tak pekaklah.

  31. Noridah Avatar

    suka dengar lagu sepasang kurung biru by Khairil Johari Johar

  32. si kunang-kunang Avatar
    si kunang-kunang

    suka lagu aishah: pulanglah…lagi 1, lagu ahmad jais, slmt hari raya..best2..

    betol la, lagu raya skrg x best..dgr first time ok, tpi kalau nk ulang2 dgr, rasa lagu lama lagi best..

  33. ReD Avatar

    aah…lagu raya sekarang x best! nak lagi kalau budak2 AF yg nyanyi..hoh!

    Review Filem : Grown Ups

    Berpindah Dari Blogger Ke WordPress

    1. ariff Avatar
      ariff

      budak2 af tu semua budak2 lagi. ermm..

  34. hanys Avatar

    yup!setuju sangat!
    lagu raya skang dah bercampur aduk dengan gaya rap la, hip hop lah. tak berapa meresap dalam jiwa..
    lagu satu hari di hari raya by M.Nasir tetap dalam hati! menusuk gilerrrr3~~!
    boleh menangis..hehe :D

    1. ariff Avatar
      ariff

      Paling menyampah lagu raya nak buat rap2 tu semua. adeh..

  35. padin Avatar

    salam
    hehe aku suka “dendang Perantau” dengan “Balik Kampung”
    ekekee pasal tiap raya nak balik kampung, dengar lagu nih
    perghhh jiwa ngancam bro..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Balik raya sambil dengar lagu raya.. oh.. memang priceless.

      Kampung mana eh?

  36. Azrul Avatar

    lagu raya lama tetap dihati..hehe

  37. SyimaSyaz Avatar
    SyimaSyaz

    ada lah 1 lagu raya baru yang best…(baru tak baru sgt lah)

    SENARIO…hehehe

  38. budak laki Avatar

    aku suka dengar lagu suasana hari raya.
    feberet foreber tuuu…
    :D

  39. ery farieha Avatar

    suke lagu anuar zain dan ellina
    dengan lagu balek kampung
    hehehehe

    tak ske lagu2 sedeh2 ni =____=

    1. ariff Avatar
      ariff

      Lagu sedih untuk anak merantau macam aku.. ish..

      nasib baik tahun ni raya sini je

  40. Lord Zara Avatar

    Yang tu nostalgia~
    Yang baru2, sekadar dengar2 boleh la~
    Menyentuh hati idak la~

  41. molmolla Avatar

    ku suka lagu suasana hari raya :D

  42. Anip Avatar

    aku lebih suke lagu lame2..
    lau dok jauh dr famili..
    terasa sedih down..lagu dia…
    menyayat ati..