It’s that time of year again. Temasya sukan tahunan pelajar Malaysia yang menuntut di universiti-universiti di Russia atau Inter-varsity Games 2010 akan berlangsung di bandar Kursk yang terletak 450km dari Moscow. Tahun lepas berlangsung di bandar Volgograd, tapi aku malas pergi. Jauh sangat. Tahun ni kalau perjalanan naik bas tu adelah 6-8 jam duduk dalam bas. Aku berharap sangatlah dapat 2 bas besar-besar cantik-cantik sebab aku ni memang cerewet sikit kalau bab nak travel jauh-jauh macam ni.
Sukan yang aku ambil bahagian, macam biasa bola keranjang dengan bola baling la. I’m good with my hands tapi kalau kasi aku bola untuk disepak, maaf lah. Entah ke mana bola tu pergi. Sepak orang boleh. Alhamdulillah tahun ni dah ada team basketball sendiri, sampai terlebih-lebih kalau nak hantar satu team main full court. Bagus lah tu. Ada pelapis. Dulu lepas aku tinggalkan sekolah (Mozac) team-team lepas tu semuanya beroleh kejayaan. Paling hebat dapat tempat kedua di peringkat kebangsaan. Aku terharu sebab sedikit sebanyak mungkin kejayaan team basketball masa tahun aku beri inspirasi kepada junior-junior pada masa tu.
Nama team ‘MAI Punya Kelab Basketball – Ghosts ‘ atau singkatan MPKB-GHOSTS. MPKB tu mana datang aku tak taulah, budak-budak nih pandai betul buat lawak tapi aku takde hal je sebab semua orang suka. Ghosts tu pulak branding dari dulu lagi, yelah dulu team tak cukup orang. Sedih giler. Team yang takde siapa kisah pun menang kalah, team under dog. Sekarang, team mate dah ramai. Siap boleh laungkan ‘Ghosts!!’ kuat-kuat sebelum game. Bukan senang nak start kelab ni. Thanks tu Denis Jinol for the determination and hard work. Target Kursk Games ni, main sehabis baik je la. Kalau ada peluang, we’ll grab it.
Bola baling mungkin ada harapan. Player tahun ni kebanyakan kaki pergi gym, lengan masing-masing berketul je. Lengan aku takdelah, tak sempat kot. Injury hari tu punya pasal buat aku stop kejap main angkat besi secara hardcore. Sekarang ni pulak kalau nak buat hardcore2 tak boleh dah sebab nak elakkan injury. Jadi macam nilah aku pergi Kursk nanti boleh lupakan angan-angan nak ada six pack. Kalau rajin menyeksa diri sampai tahun depan, insya allah ada la nanti. Kalau malas macam kerbo maka berpuas hatilah dengan apa yang ada.

Comments
26 responses to “Kursk Game 2010 – Beberapa Minggu Lagi”
fuhh,fit dan berketul2 badan sorang2…good luck ya…seronok juga main games ni
.-= Cerita terbaru eyriqazz.. Tersentuh Hatiku Menerima SMS Itu =-.
Haha. Ada 2 tu memang betul2 kaki gym. Nak berketul macam tu amik basa bertahun gak la.
lepas ni bagi masuk dlm berita nasional negara.. haha
bagi masuk tv, hebat la bai
.-= Cerita terbaru luth textile.. Obsesnya Melayu pada hiburan =-.
wah….
your teammate all are Malaysian? looking at pic I cant see where r u…haha
.-= Cerita terbaru MC.. Obama Twitter Hacked! Also Featuring Gengblogger! =-.
Of course this is all Malaysian league. Must be Malaysians of course =)
peh..tahniah
.-= Cerita terbaru AmanRicky.. Research In Motion (RIM) Lancar My.BlackBerry, Portal Online Komuniti Yang Terbaru 2010 =-.
erk. masih terlalu awal untuk tahniah. haha~
wah,sorang2 dah macam bouncer dah
Memang.. kat sini tension belajar punya pasal semua nak release tension kat gym
aku ad 1 game yg btol2 hebat pakai tgn..tp xley la nk gtaw kt cni..
.-= Cerita terbaru azizan4444.. Red Card – Setan Junior? Isk! Isk! Isk! =-.
Macam penuh kontrovesi je game tu. Haha~
balik2 mozac, mckk and saser menang basket..dah bosan aku!hksbp 2006 kat semsas, mozac xde plak amek bahagian xsilap aku..xingat sgt..saser je top masa hksbp 2006 sebab dpt kalahkan mckk..heh..
by the way, basketball game yg best n mengasah minda supaya jd lebey peka..
.-= Cerita terbaru wawaa.. RM105,089!!! =-.
Takde eh tahun tu? Tak tau sangat. Biaselah tu, dia macam cycle. Ada tahun dapat masuk kebangsaan, ada tahun tak.
ada kot..tapi tak menang laa..xpe..aku taw ko hebat =P
.-= Cerita terbaru wawaa.. Horoskop adalah haram sama sekali. =-.
ramai gile satu team
jom lawan kat team sini
hehe
.-= Cerita terbaru joegrimjow.. kotex dan tidur selepas subuh =-.
Korang ah datang. Boleh aje buat friendly match.
dulu ppm mozac ada mng basketball ek??hehe
.-= Cerita terbaru iyllienaz.. bertambah serabut fikiran.. =-.
Of course la ade =)
Aku pun berbakat dalam sukan yang melibatkan tangan je..paling aku handal main game online.Erkkk….Game online tu kategori sukan jugak ke? hehehhehe
.-= Cerita terbaru neo.. Sediakan Checklist Untuk Blog Anda. =-.
Game online pun ade gak. Ada Dota & CS. Game kanak-kanak. Aku dah terlebih matang da..
nak bagi award nehhh … baca kat situ ekkk
http://www.benashaari.com/2010/03/hari-ini-dalam-sejarah-ada-gak-sudi.html
smoga berjaya bro..harumkan nama malaysia..hehe
.-= Cerita terbaru x-po.. PATUTKAH LAGU LUAR DIKURANGKAN DI RADIO MALAYSIA? =-.
tingat mereo attack.. hehehhee
.-= Cerita terbaru sya.. =-.
Apa tu mereo attack?
sukan tangan?snooker?keke
hahahahaha. snooker guwa tak sempat khatam lagi. bowling boleh sikit2