Selain daripada makan nak berteman (kalau takde orang kat dapur tu, takdenya dia nak makan), sebolehnya Moshi ni nak makan makanan yang fresh. Maksud fresh kat sini ialah, bukan Friskies yang leftover malam tadi. Air pun kalau boleh nak yang baru. Kalau tak ganti baru, sikit je dia makan.
Problem dalam rumah ni ialah, semut selalu pun makan makanan dia. Tak tau la macam mana nak atasi masalah semut ni. grr.. Itu pun salah satu sebab kenapa kadang-kadang kucing ni pandai minta makanan fresh. Lagi satu sebab, bau makanan tu sendiri yang kuat. Pada kita, memanglah bau tu kadang-kadang memualkan, tapi pada kucing, bau itulah yang membuatkan dia berselera nak makan.
Last but not least, kucing saya tak makan ikan, ayam dan yang sewaktu dengannya. Tak reti makan sebab dari kecil dah dibiasakan dengan makanan kucing. In a way, senanglah nak jaga sebab dia pun tak kacau makanan kita atas meja dapur tu. Cuma kena tahan sikitlah beli makanan kucing sebulan dua kali.


Comments
38 responses to “Kucing Pun Pandai Memilih”
kucing memang banyak ragamnya .. dan seronok juga dengan karenah mereka tu..
penah dgr pakar vet ckp yg makanan kucing berjenama cam Friskies dan Whiskas tu tak brp bagus sgt sbb byk garam dan zat dikurangkan…
sbb dah alih ke kos marketing yg tinggi utk promotion dan iklan…
dan garam tu boleh rosak kan buah pinggang kucing…
benda lain memang tak makan. Kalau nak upgrade ke scientific nutrition, kena tunggu saya dapat kerja dan upgrade ke tangga gaji lebih tinggi. baru mampu. hehe..
Saya jenis yang tak sampai nak membela binatang peliharaan. Tak layak kot. Apa pun suka tengok orang yang suka dan pandai bela ‘pet’. Setahu saya itu juga sunnah Nabi…berbuat baik dan mengasihi haiwan. Tak baik mengasari dan mendera tanpa sebab macam ada yang jadi hobi sesetengah orang. Sesetengah tu pernah saya lihat…budak-budak lagi dah suka nak sepak terajang kucing tepi jalan. Jiwa tak tak mengasihi mungkin sukar dikasihi….
sampai sepak terajang. tergamak pulak budak2 tu buat. ish.
mslh semut tu sng je. cr je ubat semut yg byk dijual di pasar malam. jgn kucing bro yg termakan lak. nnt almarhum lak. huhu
itulah. takut gak termakan sekali racun semut tu. tak pasal2 je
hoho..aku dah tak jaga kucing dah. kalau nak jaga, aku rela bela tiger..
kucing aku ni senang. sediakan makan je. lain2 (berak/kencing) dia pandai keluar rumah urus sendiri. mandi sebulan sekali
carikan dia makwe seekor ariff. kahkah
yang ni betina. dah neuter sebab dia jenis yang keluar rumah suka hati. free roam. jadi elok neuter terus takut kena rogol ngan kucing lain
Kalau masalah semut bro boleh beli umpan semut. Cara ia memusnahkan semut adalah dengan cara setiap kali semut makan racun umpan ia akan kembali ke koloni semut. Semua koloni semut akan mati kerana turut makan umpan semut yang dibawa.
Susah juga kalau makan hendak berteman. Teringat ketika bela kucing dahulu siap beli ikan dan direbuskan untuk digaul bersama nasi untuk dijadikan makanan kucing.
comelnye moshi, kucing yang memilih :D
bestnyer ada kucing baik..kucing sy makan bersuap. bila demam kena minum air kelapa. bila sakit perut kena sapu minyak gamat. dah kasi makan cara dia ucap terima kasih tu dgn menjilat telinga sy. yg tak best bila kita nak makan, dia akan duduk atas meja. memang kena lempang. sikit jer. lempang manja.
totally like my cat.sgt cerewet time nak makan.kdg2 bile dtg time ngade2 lebih dye,dye nak saya suap kot mknn dye.die juz nak makan kalau sy letak makanan ats tapak tangan.kalau x,jeling pon xnak.tapi die suke makan ayam.kalau boleh hari2 nak makan ayam hehe =)
siap nak suapkan. lagi manja. jangan sampai besar nanti nak orang suapkan sudah
setuju…kalo xfresh xdenya nk makan.siap bebel2 lg kt kita soh tukar mkanan dia.sabo jela
kau sapu minyak makan sikit kat keliling mangkuk makanan
moshi tuh.. sapu area tepi.. sure semut tak mai..
sama ler KOPI kucing aku.. nak teman + fresh
Thanks for the info. lepas ni boleh try. makanan kucing saya pun kadang2 dikerumuni semut…
untung si kucing ada tuan yang baik hati
kadang-kadang kena buli gak. hehe
aaaa, bestnya dapat bela kucing. parents tak kasi bela kucing. sob sob sob
nasib baik my mom jenis yang suka kucing. no problem
kucing Ariff makan jenama Friskies eh ? kucing namee banyak bulu gugur la, kesian pulak tengok. Tengok bulu Moshi berkilat n lebat.
yup. sejak dulu makan friskies. no problem. kalau gugur pun, sikit2 je. normal
Ada kawan tuh sejak kucing2 dia gugur bulu makan makanan kucing, terus dia tukar dedak ayam. after that bulu2 makin cantik dan tak gugur.. itu dia katalah..
dedak ayam>? kucing makan ke benda tu?
erk? dedak ayam? jgn kasi dedak halus tau…kesian dia tercekik nanti. sama jugak klu kucing jilat bekas2 milo atau susu tepung. boleh bawa mati sbb sangkut kat tekak.
oh yeke?? thanks for the info….xpernah tau pun…
lucu bangetz gann beneran..hehehe
anak sy suka bela kucing tp bapak dia nih kureng sikit la..
Suka kalau kucing jenis yang manja2..
yang ni memang manja. tiap2 hari kena spend time. kalau tengah buat kerja, dia duduk dengan saya
Cik Nurul, Saya adalah spesis ‘meow’ yang manja.. hehe
ni meor ke meow? hehehee
same la dgn kucing kt umah nie..klau dh terbiar mmg tak akn mkn la dia..mintak yg baru..
Kucing educated lain Ariff he3..kucing kg memang belasah jer….beli kucing ni salah satu dari terapi minda.
yang ni tak beli. dapat free