Baru sahaja selesai majis konvokesyen di Sheraton Imperial tadi. Ada ke orang attend majlis konvokesyen sampai dua kali untuk ijazah yang sama? Sebelum ni dah ada dibuat di Moscow.
Apa-apa pun, terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus menguruskan majlis ini. Terima kasih tak terhingga.
Lupa pulak lecturer Russia yang sedang bertugas di sini juga dijemput. Terkejut nampak mereka tadi. Bahasa Russia habis dah dilupakan. Sebab mereka ni guru bahasa Russia, mereka memang cari student-student ni supaya berborak dengan mereka dalam bahasa Russia, especially saya – feveret student. heheh.. Menggagap lah jugak tadi.
Takpe. Menggagap pun tapi kalau depan orang yang tak faham, dah nampak cukup impressive. Ye tak? :p
Pada masa yang sama, Dato’ Pengarah MARA offer semua pelajar Master’s buat Phd. Tawaran menarik tu. Kalau minta buat Phd kat France rasa-rasanya diorang nak bagi tak? heheh… Nak jugak merasa jadi orang Perancis. Boleh buat story baru dalam blog ni, Kehidpuan di Celah Kota Paris. Not bad.. not bad.
Takpe. Keje dulu setahun dua ni. Peluang tu dah ada dan terbuka luas untuk diceburi anytime. Agak-agak rasa nak adventure lagi, mungkin saya boleh terokai peluang tersebut.


Comments
21 responses to “Konvo Sekali Lagi”
tahniah. best dapat peluang belajaq macam ni
Hehe..memang menarik la kalau ada cerita berkenaan dengan paris dalam blog ni..aku juga boleh tumpang sekaki merasai..haha
Tahniah!Semoga terus maju di dalam apa jua yang bro ceburi…
Mesti jadi mamat romantik or romeo kalau bro sambung blajar kat PERANCIS tue… hehehehe
Tahniah kerana mendapat Master bukan senang tu. Nak sambung PHD tu terpulang la, elok buat awal supaya cepat selesai dan kemudian dapat job lebih baik dgn panggilan Dr. Nak kerja dan rehat dulu pun on. Tepuk dada tanya selera.
Kalau saya sambung terus sampai habis tak payah tangguh-tangguh nanti naik malas bila dah selesa
ade peluang boleh grab.xsemua boleh dapat. kita mencuba yang terbaik.
MARA sentiasa support pelajar yang mahu untuk terus berjaya…Terus berusaha tuan..
Jgn lepaskan peluang tu bro.UniKL memang selalu antar student yg terpilih ke oversea.gp balik jd lecturer la.
bila kita nak bersembang dalam russian language? AE power dowhhh… hehehehee
selagi ada peluang nak sambung belajar, rebut je Ariff oi..
Kalau ada peluang untuk melanjutkan ke lebih tinggi ambil peluang tersebut. Kalau berhajat untuk menjadi pendidik perlu dapatkan pengalaman kerja dahulu jangan hanya teori sahaja nanti naya pelajar.
wow ingin rasanya ikut serta
Tahniah. Masa convo ni mmg indah.satu perasaan yg teramat seronok sbb hasil usaha bertahun tahun membuahkan hasil. Walaupun dulu convo di dewan seri budiman je, tp perasaan tu mmg x dpt di ungkapkan. Kalau ada peluang sambung bljr,amik la peluang tersebut. Mcm akak yg nk sgt sambung study tapi tak berkemampuan lg.
udah2 le blajor tu. keje cari duit le pulok. huhu.
wah, kalau btol nk sambung, kena panggil Dr Ariff le ni.
sure Ariff dh ade plan nk buat investment sambil tgk saham naik kt laptop dlm bilik di celah kota Perancis dan sambil tu bentang buku utk buat thesis utk PhD. huhu
kalau dapat..jangan tolak plak ehh..
Baguslah……makin bertambah pengalaman di negara orang. Jeles seketika!! Ok, fifa..Belajar rajin2..Peluang ada untuk siapapun yg berusaha! Hahaha.. =)
wah, ingatkan tak nak attend td…
best nyer kalau boleh belaajr bahasa Rusia :)
mesti bagi punya. yg utk tahun ni under mara ada gak yg akan ke france sambung master/phd. apply la tahun depan nye mesti dapat :)
kiranya yang dekat malaysia nih kasi meriah sikit boleh bawak family ke… hehe…
kehidupan di celah kota paris? mesti menarikkan..tahniah atas kejayaan..kalo ada peluang untuk sambung belajar lebih baik sambung belajar..harap suatu hari nanti dapat pergi ke luar negara terutama belah eropah