KLIA

Reading Time: 2 minutes

KLIA

Minggu ni dua kali ulang-alik KLIA-LCCT atas urusan kerja. Esok lusa mungkin kena pergi lagi.

Selalu masa pulang dari oversea, bila tengok KLIA ni dari dalam kapal terbang, nampak macam kilang je. Memang rasa tak puas hati tengok bangunan KLIA ni. Buat mahal-mahal tapi general figure hanyalah macam kilang besi, especially satellite building tu.

I don’t have any complains about the interior. Dalam memang cantik dan spacious. Cuma itulah, saya rasakan design KLIA ni sepatutnya lebih hebat pada luaran, patut lebih simbolik, extravagant ataupun unik. Bukan apa, Malaysia kan negara yang bergantung kepada industri pelancongan, bila pintu masuk negara kita nampak tak menarik, dah rugi satu point kat situ.

Surau. Surau kat departure hall telah dipindahkan ke Anjung Tinjauan. Good thing, surau ni besar. Bad thing is, tempat wudhu’ dia kecil. Serius. Maksimum 4 orang je boleh ambil wudhu’ at a time. Surau boleh muat sekurang-kurangnya 200 orang dalam satu masa, tapi kapasiti tempat wudhu’ tak sampai 5 orang untuk satu masa. Dan drainage system surau baru ni tak bagus langsung, macam biasa lantai basah, air bertakung.

Lepas ambil wudhu dan masuk ke dalam surau, macam biasa bau hapak sebab lantai sentiasa basah. Bau kaki. Feeling dia macam solat kat surau OU yang sempit dan ventilation tak bagus.

Malaysia Airports untung RM300 juta lebih tahun 2013. Management team dan pekerjanya majoriti Melayu dan beragama Islam. Tapi kenapa tak buat surau baru ni betul-betul? Cuba tengok macam PLUS buat surau kat R&R, atau nak ekonomi sikit lagi, tiru macam surau kat Paradigm Mall. Very spacious dan properly ventilated.

Dan Paradigm Mall ownernya confirm bukan Islam. Kafir. But they did a great job sediakan surau yang bagus dan selesa.

Malaysia ni.. kita kaya dengan hasil bumi tapi tak utilize dengan betul. Same case macam KLIA, buat untung banyak (simple business actually, lagi ramai pelancong masuk, lagi tinggi revenue) tapi diorang ni tak pandai sangat nak sustain and upgrade facility.

A lot can be improved kat KLIA. Tapi…… knowing Malaysia as a Malaysian, saya rasa memang susah nak improve. Cuma mampu berdoa kualiti tak jatuh je.


Posted

in

by

Comments

11 responses to “KLIA”

  1. akubiomed Avatar

    Teringat kepada rakan sekolej pernah bekerja secara kontrak semasa pembinaan KLIA tentu beliau akan tersimpan memori ketika KLIA didalam pembinaan dimana beliau juga salah seorangnya.

  2. Muhammad Avatar

    First class kilang neh. Agaknya MAHB nak kita bawa pasir sendiri gaknye, buat tayyamum.

  3. Muhammad Avatar

    Bakor je… btw, sebuah kilang yang extravagant. haha.

  4. nabila biela Avatar

    yeahhh..betol…sangat setuju…perlu diperbaiki lagi KLIA ni

  5. Abang Ensem Berketak Avatar

    Kesimpulan yang gua dapat dari entri ini ialah —> Ariff Shah adalah seorang yang kuat semayang.

    Kudos Bro!! I’m proud of you walaupun lu bukan Budak Izzuddin.

  6. Juan Avatar

    setuju dengan kata kata hang ni ariff. Bila dengar hg kata surau boleh buat 200 orang tetapi tempat ambil air sembahyang cuma muat 4-5 orang rasa macam x bagus betul apa yg mereka rancangkan, nmpk dah x kena dah kat situ

  7. Faizal Fredley Avatar

    betul tu setuju part surau….seluas luas KLIA surau kecik giler…

  8. razi Avatar
    razi

    well at certain aspect saya setuju dengan pendapat awak..tapi tentang exterior design utk KLIA tu tak payah la nak diubah..KLIA itu sekadar mercu je..bukan meggambarkan negara kita secara keseluruhan..bak proverb mat salleh dont judge a book by its cover…cukup2 lah membazir duit rakyat…kalau diubah pun bukannya mendapat manfaat yg meliputi semua golongan..there more issues yg GOV patut bgi perhatian instead of this simple issues.

  9. Afiq Aimannaaim Avatar

    Belum pernah sampai KLIA, naik kapal terbang pun baru sekali sahaja, AirAsia turun LCCT hehe :P

    Sentuh bab surau ni bagus. Betul juga tu… surau kapasiti mampu muatkan 200 orang tapi tempat wudhu kecil. Mungkin pihak pengurusan andaikan orang yang nak tunaikan solat sudah pun mempunyai wudhu sebelum terbang lagi #lol

    Surau R&R sangat best. Tahniah buat PLUS. Ruang solatnya terbuka, tiada pencemaran bau bagai :)

  10. Izzuddin Fauzi Avatar

    Yep, betul…. Sepatutnya fasiliti surau lebih baik… Patut lebih baik dari RnR… Pernah pergi sekali, yep… Betul sangat… RnR serve better prayer room then KLIA…

  11. Faizalpj Avatar

    Setuju sangat.surau tu mmg tak selesa.
    Cuma tmpt baru tu boleh tgk view kapalterbang