Genap tiga bulan saya di Malaysia selepas pulang dari Moscow. Balik hari tu masa Valentine’s Day, romantik betul kan? Memang bercinta dengan bumi Russia. Jadi apa yang telah berubah dalam hidup saya selepas kembali ke bumi tercinta ini?
Makanan

Pagi-pagi nak cari makan senang, tengah hari lagi senang, petang hinggalah ke malam dan tengah malam. Pendek kata kat Malaysia ni (lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Klang) 24 jam nak cari makanan yang murah dan berpatutan memang senang. Paling penting, makanan adalah fresh dan kena dengan selera.
Kat Moscow adalah sebaliknya. Kalau ada class, kena tunggu sampai ke universiti dan makan di kafe fakulti 3. Situ makanan fresh, tapi kena jadi vegetarian. Daripada tak makan sayur dulu, terpaksalah jugak biasakan diri dengan salad. Nak makan ayam/daging? Datang 40 minit hingga sejam lebih awal untuk ke roadside stall orang Uzbekistan berdekatan universiti.
Selain tu, McDonalds terletak di shopping complex on the way ke universiti dan beberapa restoren lain di foodcourt. Menu biasa adalah fillet-o-fish tapi kalau nakal sikit, gunakanlah syarat ‘darurat’ untuk makan McChicken, Double Cheese Burget dan sebagainya. Yang tu pandai-pandai sendiri lah kan. Semua dah besar panjang, buat apa pun sendiri tanggung. Kalau tak nak sokong Israel tapi still nak fast food, boleh makan kat Kartoshka. Makan kentang atau Russian Butterbrot. Kartoshka ni memang Russian.
Kalau terasa kaya sikit sebab MARA baru masukkan duit awal bulan, bolehlah melawat kedai sushi seperti Yakitoriya. Kat situ paling cikai pun kenalah dalam USD 20 untuk makan dan minum. Tapi pernah jugak saya dengar ada orang makan sampai USD 60 seorang. Tu memang nafsu dinosaur.
Selain tu takde dah. Jadi kalau lima tahun dok ulang makanan sama tiap-tiap hari, bayangkanlah stress dia macam mana. Kita orang Malaysia dah biasa makan macam-macam, pagi boleh makan chapati (India), tengah hari macam biasa nasi campur (Melayu), dinner boleh pergi cari sate (Melayu) dan yong tau fu (Cina), malam sikit nanti boleh lepak kat mamak makan burger Ramli atau roti naan dengan ayam tandoori. Pilihan banyak tanpa batasan.
Transportation
Rasanya dah banyak kali cerita pasal benda ni. Kat Subang ni, kalau tunggu bas U67 RapidKL untuk ke Subang Parade – Mid Valley – KL Sentral, memang perlu ada 2 jam untuk sampai ke destinasi. Kenapa? Dua sebab. Pertama, bas tu sejam sekali je ada, kalau bertuah, adalah dua bas dalam masa sejam. Kedua, kalau tersangkut dalam traffic jam, memang habis masa kat situ jelah.
Kat Moscow, dalam sejam bas ada dua tiga trip. Kadang-kadang empat lima trip pun ada. Kalau takde bas, ada kereta sapu dengan tambang flat rate. Bukan macam teksi bermeter yang meternya hanya untuk hiasan dalam kereta. Seriously, pengangkutan awam kat Lembah Klang yang takdelah besar mana ni sangat mahal berbanding Moscow yang tiga kali ganda besarnya. Kita agak fail dalam perancangan bandar.
Cuaca
Dulu kat Moscow, adalah penting untuk mengetahui suhu setiap hari untuk disuaikan dengan pakaian yang dipakai hari tu. Ada pakaian yang hanya dipakai masa suhu negatif (bawah paras beku) dan ada yang hanya akan dipakai ketika suhu melebihi 10 darjah Celcius.
Disebabkan saya jenis yang degil dan tak suka membazir duit beli pakaian mahal-mahal, tak banyak beza pakaian yang dipakai walaupun suhu sejuk. Serius. Orang lain ada beberapa jaket winter yang berbeza dan setiap tahun memang tukar baru, saya hanya memakai jaket yang sama selama lima tahun. Benda-benda macam ni mahal dan kalau setakat nak pakai kurang daripada lima tahun, eloklah beli satu yang agak mahal di awal pengajian dan pakai sampai tamat belajar.
Kat Malaysia, penting untuk mengetahui kalau hari tu hujan atau tidak. Kalau hujan kena standby dengan baju hujan sebab bergerak sana sini dengan motosikal. Takdelah susah sangat, cuma persediaan tu kena ada. Paling penting, menjimatkan.
Tempat Lepak
Kat Moscow, tempat lepak seperti taman tasik, taman bunga dan pelbagai jenis taman lain memang banyak. Walaupun sebuah bandar yang urban, taman-taman seperti ini hanyalah dalam 10-20 minit masa berjalan kaki untuk sampai. Sekarang adalah musim BBQ di hutan belakang hostel kalau saya berada di Moscow. Terus terang saya cakap, Mei & Jun adalah waktu paling best untuk melepak di Moscow, tak terlalu panas/sejuk.

Kat Malaysia dan kat Lembah Klang ni especially, memang mustahil la nak cari tempat BBQ petang-petang. Nak pergi taman untuk jalan-jalan? Kena drive dulu dan mengharungi kesesakan lalu lintas dulu untuk sampai. Balik nanti perkara sama perlu diharungi. Shopping complex adalah tempat yang lebih afdal untuk melepak, sejuk, tempat makan dan tempat duduk ada dan paling penting, dekat dan banyak. Selain tu, restoren mamak. Dari segi tempat lepak, memang dah rasa bosan nak keluar rumah dan KL ni sangat bosan sebenarnya dengan shopping complex yang dibuka tak habis-habis.
Apa-apa pun, hakikatnya ialah takde tempat dalam dunia ni yang perfect. Fact is, saya lebih gembira di sini berbanding di Moscow. Kalau saya gembira di Moscow, memang tak balik lah kan :p Untuk setiap kekurangan yang ada di sini, terpaksalah dicari faktor lain yang boleh buat saya gembira. As for now, the food here makes me happy.




Comments
43 responses to “KL vs Moscow”
haritu turun KL, otw nk ke OU, ada satu lg shopping complex nk dibuka lg. xsilap aku namanya Paradigm Mall. mmg Malaysia disogok dgn riadah dgn window shopping. ada duit sket blanja kt shopping complex gk. bukan nk disimpan beli aset. yg kaya? cayanunalif aka tokey shopping complex dan butik2 dlm tu
makanan:klau saya berada di luar negara & nk mkn memg kne fikir bnyk kali..pengalaman di China; trip 5 hari ke Suzhou (yg xpasti ade ke x restorn halal), kitorg bwk stok megi, tuna, roti dan mknana ringan lain sbb tkut xjmpe yg halal nnt..tp nsib baik jmpe tapi kan, lidah org melayu ni klau org China masak xberapa boleh masuk hehe … tp telan je la sbb nk isi perot >__<..
aku pun sebenar teringin jugak nak pijak bumi moscow ni…. hm…. iallah one day kot…. kene usaha kuat lagi…
Meter teksi sekadar syarat jer.. bg penumpang yang tak biasa degn KL,memang kena tipu jer..bagi segolongan pemandu teksi la..bukan semua penipu…hehe
wah best nye duk oversea. saya g london 10 hari je pun rasa rindu giler. ini awak duk 5 tahun mesti rindu sesangat kan…
hoho..biasalah tu..malaysia ni kaya dengan macam-macam benda. orang kita aje yang mudah lupa..
mmg betul, perancang bandar kita amat teruk.. pengangkutan awam juga byk sgt kekurangannya especially dari masa.. sebab tu ramai yg berkereta.. dah tu jam pulak.. hmmmm…
Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri :)
Tue dia..
Comparison…
Hujan batu bata di negara sendiri. He he..
dah sodap tu bro..BBQ huhu
Wow, baik duduk di Moscow je ek. Byk benda yg lagi baik dari Malaysia nampak gayanya. Takpe, lama-lama you will get used to it. Culture shock kot bila dah lama duduk Moscow.
saya pernah terbaca..moscow adalah antara bandar yang paling mahal di dunia..tapi ada jugak yang kata tokyo.. entah.. saya pernah tinggal berdekatan dengan tokyo..pada saya takde lah semahal yang dikatakan..cuma yang benarnya rumah kat sana sewanya mahal..mungkin sebab saya dapat biasiswa so tak terasa sangat..
apa yang pasti..berbeza dengan moscow..makanan yang “halal” mudah didapati..sbb org jepun banyak makan ikan..dan sangat sedap..hehe..
pasal food tu yang terbaik, hehe
btol la org dolu2 kata, ujan mas ngri org.. baek hjn batu kt ngri kita.. hehe
satu entry yang bagus bro.. atleast harap kerajaan dapat buka mata untuk infastruktur dan perancangan bandar
sememangnya Malaysia adalah negara yg cukup indah utk didiami dr segi cuaca,cuma hujan dan panas je yg agak leceh spt mana kata Arif..but bila bab makan Msia terbaik..jika saya terpaksa migrate saya saya akan pilih Australia/UK..sbb Msian ramai kat sana..
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri orang. lol
“The foods here make me happy”
So am I. That’s why aku dh makin montel..tp ko rasanya tak montel kan? haha!
p/s: kepada yg nak exchange link dgn saya. http://mkhakimi.blogspot.com/p/exchange-link.html
KL ni satu je yang saya harapkan….public transport kena effisien lagi..sebab kawasannya tak besar mana nak bandingkan kota2 besar negara lain…bila public transport dah makin elok…org akan kurang bwk kereta..pencemaran pun kurang..udara lebih bersih…asal balik dari KL mesti rasa hidung ni sesak sgt..hehe..
Assalam..
Sesukar mana pun kehidupan yang dilalui merupakan pengalaman yang amat berharga, tak boleh dijual beli..
Memang makanan yang paling penting… :D
pasti best kan dok kat negara orang ni kan?? bestnya
ada part yang best, ada part yang tak best. Boleh la.. Pengalaman tu penting
mesti besar juga cabarannya untuk menyesuaikan diri dengan perubahan iklim ni..
Dah dapat suaikan diri. Hari tu pegi Kemboja panas sampai 38-39. Jadi bila balik Malaysia ni, takde dah rasa panas sangat
wah, cool… dapat buat perbandingan antara dua negara… serius menarik gila..
malaysia memang kaya ngn makanan tp public transport kite mmg banyak probs, last 2 week berkesempatan ke seoul korea, sangat puas hati dengan transport dorang, tak perlu tunggu lama pun :)
Kena cari teman hidup…baru tak boring he3…
hehe.. siapalah yang sudi..
Memang betul bro… kalau bab pengangkutan awam malaysia masih banyak lagi yang perlu diperbaiki…… kalau teksi tue area komuter memang tak guna meter pun….
dulu sibuk je wajibkan semua teksi ada meter. Last-last, tak jugak jadinya.
sama la. rindu seh dgn msian food. adesssssss
rajin2 sket balik malaysia
public transport kat kL ni banyak pati yang pakai…kekadang naik rimas kalau nak naik bas/komuter….
mestilah tanah sendiri lagi baik kan…
Paling tak suka naik komuter. Memang banyak sangat pati. Fed up kadang2
betoi. dulu penah skali masuk komuter jadi ikan sardin
betul2..makanan kat cn memang xleh lawan la..nama pun orang malaysia.mmg cari mknn malaysia jugak la..=)
dah lama tak naik bas.. apatah lagi teksi.. meter teksi kat sini memang hanya hiasan semata2.. nasib baik ada motor.. boleh bergerak sana sini naik motor je..
Motor gak yang terbaik. Cuma kena tahan sikit la kalau hujan
Nampak gaya bro telah mengalami sindrom hujan emas di negara dan hujan batu di negara sendiri. Bro tentu rindukan moment di Rusia. :-)
rindu moment bakar ayam dalam hutan. kat sini memang susah la nak dapat
mesti ko dah gemok kan skng ariff? hehe
hahaha.. gemok tu takdelah. Boleh tengok sendiri :P