Sekarang dah hujung bulan Februari. Maksudnya apa?
- 4 bulan lagi sebelum cuti musim panas. Empat bulan kat sini kejap je, lebih-lebih lagi bila dah start busy denga kerja projek.
- Beberapa minggu lagi sebelum basketball tournament. Tahun ni.. harapannya dapat kejayaan yang lebih baik la.
- Kena start planning apa nak buat masa cuti summer nanti.
Aku sebenarnya nak cakap pasal planning aku. Perlu ke? Entahlah. Rasanya macam tak, tapi benda ni sekarang yang buat aku slow down sket nak update blog. Banyak benda nak fikir. Padahal empat bulan lagi pun. Macam dah nak kahwin pulak fikir banyak-banyak awal-awal macam ni. Jadi aku amik keputusan nak kongsi dengan korang dilema aku sekarang ni. Mana tau kalau korang dapat kasi pendapat yang bagus-bagus ke.
Aku sebenarnya malas nak balik Malaysia cuti summer ni. Dari dulu lagi aku malas balik sebab: yelah sebab pertama duit habis la. Wahaha~ Kalau tak balik ribu riban la dapat save dalam akaun aku. Siapa nak kasi duit banyak macam tu? But that’s not the point here. Sebenarnya aku tak nak balik sebab nak cari internship/industrial training kat luar. Aku fed up la hidup dengan tak cukup hala tuju macam ni. Tak semangat betul. Kalau aku dah attend industrial training kurang-kurang aku tahu la mana nak pergi lepas aku grad. Kurang-kurang dah ada experience.
Kat sini bukannya takde benda-benda tu semua. Kawan-kawan kelas aku yang sebelum ni ada je pergi kilang sume, attend praktikal tapi sebab aku ni foreigner, memang tak boleh lepas la clearance. Sebelum ni, masa aku start belajar kat sini aku buat pengkhususan dalam bidang persenjataan untuk kapal terbang. Jadi kalau masuk lab, memang adalah segala jenis roket, peluru dan machine gun yang diorang pasang kat jet-jet pejuang nih. Dan dengan yakinnya aku cakap takde student Malaysia kat tempat lain amik course ni. Jadi kalau nak buat praktikal, kenalah pergi kilang-kilang dia sume yang memerlukan military clearance. Foreinger memang tak dapat la sebab askar kita takde buat apa-apa perjanjian ngan universiti aku. Jadi untuk memudahkan urusan, masa tahun 3 aku kena tukar pengkhususan. Tak buat senjata, tapi buat segala jenis benda elektronik untuk senjata tu. Lebih kurang macam tu lah ceritanya~
Jadi aku nak la sangat internship ni. Aku tak kisah sangat tak balik ni. Tak mati pun~ Walaupun berkemungkinan besar aku dapat raya kat Malaysia tahun ni (kena ponteng 2 minggu pertama bulan September) aku macam tak kisah. Kareer aku lagi penting. Raya tak raya aku macam tak heran sangat. Lagipun dah 4 tahun aku tak beraya. So apa kisah kan? Ha.. sedih tak hidup aku. Siapa kata duduk oversea ni seronok? Aku tak faham betul.
Tapi aku rasa nak dapat internship ni semua memang susah. Sepanjang 4 tahun ni dah 3 kali aku try apply dan tiga-tiga kali la jugak kena reject. Sakit woo kena reject ni. Kalau setakat kena reject ngan awek takde hal lagi, awek tak kasi aku duit (ada awek duit habis lagi adalah) tapi kalau company besar reject memang terasa beb sebab company besar = duit besar. Haha~ Simple tak pemikiran aku? Isu sayang awek kita sentuh hari lain ye, hari ni cakap pasal isu sayang duit dan kareer dulu.
Dah habis tu hidup sekarang based on duit je, jadi life changing decisions macam ni kenalah based on duit gak. Kalau tak susah hidup nanti. Aku tak nak hidup susah! Jadi itulah aku ajar korang ni, selagi masih muda macam ni, selagi boleh buat keputusan tanpa melibatkan orang lain sangat, buatlah keputusan untuk dapat duit banyak (asalkan halal la kan) Ini takdelah termasuk blogging. Blogging ni duit main-main je. Kalau ada, ada. Kalau takda, takpe. Kita kejar benda yang lagi besar dalam hidup.
Mungkin ada yang nak start kutuk aku or nasihat aku sebab pemikiran aku macam ni tapi terus terang aku cakap, memang tak boleh ubah da.
Tapi entahlah. Rasanya macam kena reject je lagi. Serik dan takut nak apply. Karang kena reject, lagi sekali aku down giler-giler. Ades~ But then that’s life.
Tambahan sket, tolong jangan cadangkan kat aku untuk mencari kerja kat sini. Mustahil dan tak selamat untuk foreigners kerja kat sini. Kalau ada pun yang kerja (macam orang Cina & Vietnam), diorang semua kerja dengan orang diorang sendiri. Ada pasar China ngan Vietnam kat Moscow ni. Orang Malaysia takde pun business kat sini.
You will never die a virgin because life will fuck you good and proper
Jadi apa kata korang?
Sekian.
Comments
19 responses to “Kita Merancang Allah yang Menentukan”
fuhhh senjata man bro ko balik mesia leh buat bom nuklear le
ko akan jadi wira mesia.harap2 selamat dari senjata yg ko bikin.
haha.. takde ah nuklear. belajar benda2 elektronik je..
Gua setuju lu punya pendapat.
Kalau tak rasa susah, macam mana nak rasa senang.
cari juga mungkin akan berjumpa tempat training tu.
.-= Cerita terbaru BAGAK.. Penulis Blog Tegar =-.
balik arr wey… =.=”
btw, good luck
.-= Cerita terbaru wawaa.. Masuk majalah lagi 2 =-.
Tengok ah. Kalau takde apa-apa aku balik la
apa salahnya ko cuba lagi. maybe now belum ada rezeki ko. amik perkara yang positif aje, usaha lagi. ko sure boleh punye ;)
.-= Cerita terbaru lizz.. 4 Perkara Yang Perlu Ada Sebelum Berkahwin. Tak Wajib, Sunat Aje =-.
emm..no scrifce,no victry..hee~
all da bez. :)
try je..n kuatkan semangat..nak something kene usaha kan..improvekan ape yg patut n apply..if leyh wat cam CV ke ape ke..huhu dunie keje mmg byk hall..but tak rugi if cube..bile kita berusaha n bersungguh n doa pastu tawakal..InsyaAllah akan ade something nanti. but dun to mengharap if tau takot down..but try your best..if blh try tmpt len ke ape ke.huuu gud lark =)
.-= Cerita terbaru elyana yazmin.. bila xx + xy (viii)… =-.
Aku pun ada msalah bab kena reject ni. Kadang2 smpai kata siaplah kau satu hari nnti. Haha. Tapi kena sentiasa positif. Sebab kalau kita tak cuba kita tak tau.
haha..apply je..kena reject tu dah perkara biasa..if diterima baru yg luar biasa..haha..dpt ke xdpt blakang kira..usaha yg penting..klo dah rezeki kat situ, Tuhan akan tlg..dun worry..
.-= Cerita terbaru iyllienaz.. anak disisihkan kerana warna kulit yang berbeza?? =-.
survive…………………………… let live and die.
Kerja sambil belajar tidak mengapa. Jangan apabila sudah sedap pegang duit, jadi malas untuk belajar.
HIDUP BERANI GAGAL : aku sukalah dengan semangat bro. aku dulu pun walau sekadar U tempatan tapi masa cuti mesti buat kerja cari EXTRA sebab famili pun tak boleh nak bagi lebih. Apa kata buat kerja online yg tak perlu clearance. berapa target nak cari extra tu.
.-= Cerita terbaru denaihati.. KEPUTUSAN Ranking HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.
aku rasa baik cuba lagi apply..
aku pun penah gak berpengalaman kene reject..
application nak further study kene reject..lagi rasa macam tak mahu teruskan hidup dah..hehe
don’t give up man ! ko buat bisnes online..
cendehati dari moscow ke..buat jual..hehe
.-= Cerita terbaru aboi.. Asyik-Asyik Tuah..Asyik-Asyik Jebat.. mana pergi Lekir, Lekiu & Kasturi??? =-.
ape yg ko kte tuh mmg btol yer..blaja kat oversea mmg x seronok tp biler dipikirkan biar ssah2 dulu…snang2 kemudian ye tak??? lpas ko abis blajar kat sne mesti company2 bsar kejar ko mcam kejar pontianak…huhu.. ^.^
rileks bro…
Salam Ariff.
Ko try apply lagi.
Takkan mati mencuba kan?
If possible ko nak buat online business pun ok apa?
Benda-2 yang mudah nak dimanage lah kan, so ko bleh fokus utk study gak.
.-= Cerita terbaru Lord Zara.. Siapa Kekah Bidan Sepiah : Hidangan Terbaru Berbau Darah Manusia Bercampur Tangkal Dalam Kari Daripada Sindiket Sol-Jah – Siapa Harimau Jadian? =-.
buat bisnes herbalife je
senang boleh dibuat di mana2
hehe
balik ni wlpon grad
macam nak fokus benda ni plak
;)
.-= Cerita terbaru joegrimjow.. contest : weekend @ sheffield =-.
Kita Merancang Allah yang Menentukan | blog.ariff…
Sekarang dah hujung bulan Februari. Maksudnya apa? 4 bulan lagi sebelum cuti musim panas. Empat bulan kat sini kejap je, lebih-lebih lagi bila dah start busy denga kerja projek. Beberapa minggu lagi sebelum basketball tournament. Tahun ni.. harapannya …
aku doakan kau berjaya untuk application nanti..
try je ..gagal tak gagal tu laen cerita. at least kau dah lead orang dah bile kau try..
lucks
.-= Cerita terbaru umar.. Siri Kembara 10 : Kisah Di Kaherah (There Are No Shortcuts To Propagation (Da’wah)) =-.