Hari ni sepatutnya ambil exam PTD. Yes. Dah bagitau hari tu kan? Jadi ini kisah saya hari ni..
Bangun pukul 6.20. Tepat. Bangun terus mandi dan bersiap. Makan oat je hari ni sebab dah tau saya ni jenis yang tak boleh makan banyak kalau hari exam atau hari-hari penting. Leceh nanti. Masa kahwin nanti pun sama..
Sempatlah selak nota dan contoh soalan exam PTD. Dua malam yang lepas dah habis pulun baca nota. Adalah confidence sikit nak ambil exam hari ni. Part matematik tu tak kisah sangat sebab sebagai property investor, share trader & engineer, kira-kira ni dah biasa sangat buat dalam kepala. Soalan level PMR je pun..
Part esei tu pun confident sebab blog ni (dan blog English yang jarang update) dah jadi medan untuk berlatih tulis esei. Isu pun lebih kurang je. Jadi saya tak risau sangat untuk exam hari ni. Pendek kata, saya memang bersedia.
Peperiksaan diadakan di MAEPS, Serdang. Tak pernah pergi tempat ni dan sebab saya ni duduk Moscow lama sangat, masih lagi belum fammiliar dengan kawasan-kawasan ni. Buka Google maps, tengok ada. Takde masalah la kalau macam tu. Ikut Google Maps je.
Sebelum pukul 8 dah bertolak. Bajet dalam 8.20 dah sampai. Boleh la lepak-lepak jap dan baca lagi sikit notes yang ada dalam iPad. Sampai je tempat yang ditunjukkan dalam peta tu, baru tau yang rupa-rupanya peta tu salah. Bila check balik peta, baru nampak lokasi MAEPS yang sebenar.

Tapi takpe. Moto laju. Lagipun baru 8.20. Sempat lagi ni. Nasib baik moto laju. So merempitlah ke lokasi MAEPS yang sebenar.
Kelam-kabut punya pasal, terlepas exit ke MAEPS. Masa tu tak tau kat boleh masuk ikut entrance UPM kat depan lagi. Jadi ambil keputusan untuk exit kat Putrajaya Wetlands dan patah balik. Nak cepat punya pasal, tak tunggu tempat u-turn, panjat divider terus untuk pergi opposite direction. Moto boleh panjat divider kan. heheh..

Turun dari divider, tak sampai 100 meter lepas tu rantai jem kat sprocket belakang. Rantai moto ni sebenarnya dah rosak sebab tak jaga, lepas tu tak dah lama tak ketatkan. Memang tunggu masa nak problem je..
Tepat 8.50, rantai jem. Terpaksa stop kat tepi jalan. Terus terduduk. Tak tau nak buat apa sebab takut makin teruk pulak kerosakan. Duduk jelah. Tenangkan fikiran.

Sejam lebih kat tepi jalan. Adalah 3 orang Bangla kerja kat Wetlands tu tegur tapi diorang tak boleh buat apa sangat. Tools pun takde. Belek punya belek rantai tu, last-last ambil keputusan untuk try cabut rantai tu (macam basikal tercabut rantai) dan pasang balik. Alhamdulillah, berjaya.
On the way back, tak bawak laju. Bawah 100 je. Tak sampai 20 minit sampai rumah.
Nasib badan. Mungkin bukan rezeki saya nak pergi ambil exam PTD. Bayangkanlah, daripada sesat, boleh sempat lagi sampai dan jumpa jalan yang betul, itu pun ada silap masuk junction dan terpaksa patah balik. Bila jalan dah betul, terlepas simpang pulak dan bila dah buat u-turn, rantai pulak bolej jem. Banyak betul halangan.
Jadi takpelah. Saya redha. Mungkin ada perancangan yang lebih besar lagi untuk saya.. Terima kasih kepada yang telah mendoakan saya dalam entri yang lepas.

Comments
29 responses to “Kisah Hari Sabtu”
dugaan tu mcm2..riso la plk ad interbiu kt SPA bln dpn hrp2 sumenyer dpermudahkn smpi bjya (hehehe my mum da berangan ank dia kje gomen adohaiii)..dr skrg da study mcm2..cuak jer klu mgdap muka org yg interbiu kter dpt jwb soklan ke x tu yg pling riso..ni da kli ke3..hrp2 ad luck…if x msti kiciwa lg..
Musibah memang tidak bisa duduga datngnya,,kita harus selalu tenagn dan berpikir positif
preparation dh bagus nie..tapi xde rezeki lak..xpa la..nak buat macam mana kan..jgn sedih oke..mesti ada peluang lebih baik untuk Abg Ariff nnt..ada hikmah disebalik semua nie..InsyaAllah..amek len kali lak..mana taw kalau amek kali nie xdpt PTD tu tapi yg akn dtg akn dpt terus..haa..kita hanya mampu merancang je.. Allah dah rancang yang terbaik la tu untuk Abg Ariff =)
Fikiran kena tenang. Usah gelabah sangat. Usah bedebar sangat. Usah tertekan sangat. Just be calm. Jika tidak, fikiran akan menarik benda buruk untuk berlaku secara tiba-tiba.
Dugaan, dugaan.. Takpe bro, ada hikmah tu.. :)
Pengalaman la tu kan….
Rasanya ada la rezeki untuk bro tu di masa akan datang….
sabar ..semua yg berlaku pasti ada hikmahnya.. :) rezeki ada d mana2..
xpela bro, mgkn ad hkmh lain disebalik pe y tjdi dlm 1 hari tersebut ..
sy pn nyaris2 tersesat msa nk g tmpt exm, Alhamdulillah Allah mendengar doa sy .. segalanya dipermudhkan dr awl hga hbs exm ..
FUh… Banyak betul dugaan nak ambil exam PTD tu. Bukan rezeki bro tu.
sabar bro ada hikmah semua ini :)
nak wat mcmane, xde rezeki walaupun da well prepared…ni yg rs rendah diri ni…sy g gak exam tu tp xdelah study smpai mcm tu skali…huhu….
tp btul la google maps tu mngelirukan…tunjuk kt bandar kinrara tp alamat kt surat tu tulis upm,serdang…walaupun taip full address kt google tu, tetap tunjuk yg bandar kinrara tuh…sudah…last2 bantai je g ikut signboard serdang, menghala ke upm…nasib jumpa…hoho
tak apalah. benda dah lepas.
Betul tu.. mungkin bukan rezeki lagi.. xpa, boleh cuba next time.. Husband aya pun seorang PTD, itupun memang rezekinya.. 1K lebih orang apply, hanya 8 orang yang berjaya.. Alhamdulillah, suami aya salah seorang yang berjaya, Kalau memang rezeki, takkkan ke mana..
takpa, mungkin jawatan tu akan jadi rezeki org lain yg kurang layak utk dapat kerja yang Ariff ada skg ni.
Rancangan Allah lebih besar di hadapan, In Sha Allah
Alhamdulilah.. bro seorang yang tabah, di uji dengan begitu rupa, moga ada rezki yang lain menyusuri
Nasib baiklah semasa rantai jam tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Saya pernah bawa ZZR250 rantai putus di tengah highway memang tayar jam dan rantai putus hampir sebat saya beberapa cm sahaja hendak mengenai peha. Memang bahaya. Ia pengajaran buat saya untuk periksa setiap hujung minggu sebelum memulakan kerja pada hari Isnin berikutnya.
perancangan Allah untuk hambanya adalah sebaik-baik perancangan..redha..mungkin ada rezeki lain yang menunggu.. :)
Ooops dah jadi cerita lebai malang .Lepas satu satu dugaan.Anyway,I always salute anak muda yang mahu ambil tindakan daripada yang hanya berharap seribu bintang….Maybe better luck next time.
Makcik pencen.
Kenapa you nak hint2 pasal kahwin ni…haha..but yes..why didn’t you call me or your bro? Isk isk. It’s ok..bigger plans for you InshAllah…
tak pe la ariff. bukan awak sorang je yang tak pergi. saya pun tak pergi hari ni. tak rasa teruja, mungkin sebab saya dah ade kerja tetap dan hati pun tak tergerak nak pergi. Insya Allah ada di masa hadapan mungkin ade sesuatu yang lebih baik ALLAH dah atur untuk kita yang tak pergi.
Semua benda ada hikmah..
Btw, tadi aku sempat gak amik exam nie. Not bad lah bagi orang tua yang tinggalkan buku, kira-kira guna jari dan mencongak.
Kalau yang fresh grad, mmg selamba gelak jer tgk soalan…kepala hotak masih fresh, mustahil tak leh jawab soalan-soalan yang ada.
wah dugaan, takpe insyallah ada hikmah yang lebih besar selepas ini
takpe.. insyaAllah.. ada rezeki di tempat lain..
aku dah agak masa aku baca tajuk aje dari tadi. Mesti ada problem. Tak sangka betul. haha
rantai motor tu penting maa. Kena jaga selalu.
wah! very well prepared. kalau ambik exam, confirm lepas exam ni.
Redha sahaja. Ada hikmah disebalik semua itu.
tak ada rezeki .. mungkin ada rezeki lain. yang penting selamat..
xpe la bro..lain masa boleh ambil lagi kan..