Khutbah Jumaat Panjang Sangat

Reading Time: < 1 minute

khutbah-jumaat-panjang

Tadi solat Jumaat di satu masjid ni. Sampai ngam-ngam masa azan, terus ambil wudhu dan duduk untuk mendengar khutbah. Baru first time sampai masjid ni.

Khutbah cerita pasal Syria. Khatib nampak macam baca khutbah, tapi dia elaborate dan tambah point sendiri. Baguslah.

Cuma yang tak sedapnya bila khutbah ni meleret sangat sampai ambil masa orang. Yang tidur sampai kebas-kebas kaki. Kawan sampai nak tukar cari masjid lain sebab tak nak lambat masuk ofis.

Bukan saya nak cakap tak perlu luangkan masa untuk ibadat, tapi orang yang bekerja ada tanggungjawab pada majikan. Gaji dibayar ikut jam dan masa yang cukup dah diberikan untuk solat Jumaat.

Jadi bila ada khutbah yang terlebih panjang ni, terlambatlah masuk ofis. Untuk pengetahuan, masjid ni penuh dan majoriti yang hadir memang yang bekerja di sekitar kawasan tu. Khutbah habis around 2:15, solat habis 2:30.

Biasanya 2:30 orang dah kena start kerja sampai pukul 5 petang (bagi yang balik jam 5). Tak pasal-pasal lambat ke ofis.

Point saya simple, khatib khususnya, kenalah peka dengan jemaah yang hadir tu macam mana. Tak salah nak baca khutbah panjang-panjang, cuma kena tengok sesuai ke tak.

Apa-apa yang kita buat kenalah sesuai dengan keadaan dan seeloknya, janganlah sampai menyusahkan orang lain.


Posted

in

by

Comments

23 responses to “Khutbah Jumaat Panjang Sangat”

  1. titan Avatar

    biasanya, khutbah kalau panjang..solat jumaatnya pendek. kalau khutbah pendek, solat jumaatnya panjang sikit. tapi still tak lebih 2 petang. kalau terlebih 5 minit tu..ok lagi.

    tapi kalau khutbah panjang..solat jumaatnya pun panjang bukan main..tu memang ramai yang marah dalam hati.

    yang aku kesian, orang-orang tua yang jenis tak larat. orang muda n..pandai-pandai diorang lah..

  2. hazman aka species1980 Avatar

    Kalau kes orang tidur sampai kebas kaki tu memang fenomena yang biasa kita lihat…..

  3. Ahmad Ijat Avatar

    Bagi saya biarlah pendek tapi isinya berkualiti dan senang dihayatu daripada panjang meleret tetapi jemaah langsung tak fokus.

  4. Zairi.MY Avatar

    Itulah seronoknya berada di negeri cuti hari Jumaat. Boleh dengar ada di masjid lama sikit. Boleh pergi awal boleh balik lambat sikit. Tak tergesa-gesa.

  5. Alan Avatar

    Sebab Khutbah panjang adalah kerana time ni lah orang ramai akan ke masjid. Dan inilah masa yang paling sesuai untuk menyampaikan apa yang patut.

    Kalau hari lain atau solat fardhu yang lain. Orang yang datang ke masjid tak ramai macam orang datang nak solat Jumaat.

    Sebab tu Khotib mengambil peluang ini untuk pulun habis supaya orang ramai dapat maklumat yang betul.

    Terima kasih :)

  6. Alan Avatar

    Sebab tu negeri Kelantan cuti hari Jumaat. Yang cuti hari Ahad ni untuk pergi gereja je sebenarnya.

    Hehe..

    Jangan mara :)

  7. Hazmin Hamudin Avatar

    Saya pun agak kurang bersetuju dengan khutbah yang panjang meleret ni. Sepatutnya mereka perlu faham ada jemaah yang perlu masuk bekerja semula. Masjid mana ni bro?

  8. Shahrul Avatar

    Itu pasal Malaysia kita ni cuti hari Jumaat :)

  9. al_husni Avatar
    al_husni

    pandangan saya sama dgn bro.. khutbah bukan ceramah..

  10. Eddie Avatar

    Biasa la tu, tuk imam semangat sangat kot… tambah skrip sendiri sampai meleret…

    Setuju… khatib kena peka dengan masa. Lain la kalau jumaat cuti cam kat Kelantan.. nak khutbah panjang mana pun silakan!

  11. hafizrahim Avatar

    mostly majikan akan tolerate apabila timbul isu solat habis lambat. so far dah 3 majikan non-muslim..dia tahu respect orang islam..tak pernah lagi kena marah ataupun sound..kita pun bukan sengaja kan.

  12. cursefinger Avatar
    cursefinger

    Khutbah jumaat perlu ada peruntukan masa yang ditetapkan. Khatib perlu sampaikan khutbah dengan ringkas tapi padat dengan informasi.

  13. Anarm Avatar

    Aku pun kadang2 tak suka bila khutbah dibaca panjang berjela-jela.. Sepatutnya kena lah prihatin dan mengambil kira keadaan masa, tempat dan suasana..

    Rasullah bersabda: “Sesungguhnya panjang sembahyang seseorang (imam) dan pendek khutbahnya adalah tanda kefahamannya (terhadap ajaran Islam), maka panjangkan sembahyang dan pendekkan khutbah”. – (Sumber: Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

  14. NoktahHitam Avatar

    Salam Tuan,

    Janganlah kita takut bos pecat, kerana yg memberi rezeki itu Tuhan.

    Janganlah kita berkira masa, kerana yg memberi peluang utk bernafas Tuhan.

    Janganlah kita menghitung tanggungjawab, kerana kita hanyalah hamba Tuhan.

    Sekadar peringatan. :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Hm.. pandangan berbeza.

      Terima kasih atas peringatan.

      1. Zairi.MY Avatar

        Saya setuju dengan NoktahHitam. Jika kita luangkan masa untuk beribadat kepada Allah. Insya-Allah, Allah beri kita masa. Mendengar khutbah ada manfaatnya. Itulah antara peluang untuk kita dapat ilmu agama.

        1. Ariff Avatar
          Ariff

          Saya lebih suka berpegang pada ni:

          – Ammar bin Yasir berkata: “Aku mendengar Rasullah bersabda: “Sesungguhnya panjang sembahyang seseorang (imam) dan pendek khutbahnya adalah tanda kefahamannya (terhadap ajaran Islam), maka panjangkan sembahyang dan pendekkan khutbah”

          http://www.muftiwp.gov.my/v1/index.php?option=com_content&id=43&lang=en

          1. Izzul Avatar
            Izzul

            “Pendek khutbahnya adalah tanda kefahamannya (terhadap ajaran islam)” sudah betul-betul faham akan ajaran islam pada masa kini? Setiap yang terjadi ada sebabnya. Siapalah kita ini yang taip keyboard entry tentang masa khutbah dan hanya pegang dengan sabda nabi itu talian hayat untuk keluar. Berkorbanlah untuk agama walau seketika di akhir zaman ini kerana kelak kamu di tanya apa kamu buat untuk agama kamu. Adakah ingin jawab dengan entry sabda nabi tentang masa khutbah panjang, sedangkan kejuruteraan itu juga disesuai dan dipaksakan dengan keadaan apatah lagi agama ini hendak-hendak lagi di zaman akhir ini. Astagfirullah

          2. Faiz Avatar
            Faiz

            Ya. dan kerja juga adalah ibadah jika ianya kerana Allah, kerja juga adalah amanah.

            1. Izzul Avatar
              Izzul

              Anda ingin katakan ibadah kerja lebih perlu di utamakan di akhir zaman ini?
              Astagfirullah

  15. suratin Avatar
    suratin

    setuju !!! Baik2 nak dapat pahala lebih jadi berkurangan .. wallahualam .

  16. CARL LESMANA Avatar

    sokong ! sometimes tu bila kena pergi masjid yang tak biasa pergi . sedangkan kite kejar masa ,so tak pasal-pasal la lambat .

  17. pinkbubblegumprincess Avatar

    heheh dia nak share info tu..tu yang elaborate panjang sket :p