Khas Kepada Semua Yang Bergelar Pelajar

Aku masih lagi busy. Jadi baca artikel ni dulu dan tinggalkan komen.

Jika anda di Malaysia merasa hidup anda paling malang di atas muka Bumi ini, ingatlah. Ada manusia yang lebih malang daripada anda..

Oleh Umar Zakir

Saya sering membaca blog-blog yang di mana rata-rata pemiliknya adalah golongan mahasiswa yang sedang menuntut di universiti tempatan dan mereka dengan bangga menunjukkan result gagal mereka dalam blog mereka. Mereka mengatakan kursus mereka susah dan sebagainya.

Rakan-rakan,sebelum anda mengeluh kursus anda yang paling susah di dunia ini, ingatlah,ada orang yang lebih susah dari anda. Malah, masa depan mereka mungkin terus gelap dan malang. Mahukah anda mendengar kisah segelompok manusia malang yang tidak didengar di arus perdana negara ini?

Anda mahu tidak mahu,saya tetap mahu berkongsi.

Begini,terdapat beberapa pelajar yang dahulunya semasa bersekolah boleh dikategorikan sebagai pelajar cemerlang. Mereka ini datangnya dari sekolah yang berlainan di seluruh negara. Kemudian, selepas menduduki peperiksaan SPM, mereka-mereka ini Alhamdulillah telah berjaya mendapat result yang boleh dikatakan agak cemerlang. Sekali lagi diulang, mereka ini bukanlah pelajar yang lemah.

Dan seperti biasa, adat pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, di dalam minda mereka, pastinya ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara atau paling kurang, mengikuti kursus-kursus pengajian profesional di IPT tempatan.

Yalah, orang urban kata “what did you guys nak expectla kan from budak mentah 18 tahun yang baru abis sekolah” .

Dan mereka-mereka ini pun dengan bangganya memohon scholarship dan dengan izin Allah, Alhamdulillah berjaya mendapat tempat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada mulanya, memang gembira. Namun, hari demi hari berlalu, masa depan mereka kian kabur.

Dan kini, mereka telah tercampak di satu sudut dunia. Mereka belajar dalam satu bahasa medium yang cukup pelik dan asing bagi mereka. Ya, memanglah ada kursus persediaan belajar bahasa tetapi, anda fikirkanlah. Sedangkan belajar bahasa Inggeris selama 10 tahun pun, pelajar-pelajar di IPT tempatan masih tidak dapat menguasainya dengan baik, apa yang anda harapkan dari pelajar yang hanya mengambil kursus persediaan bahasa selama 1 tahun.

Itupun bahasa yang diajarkan semasa kursus persediaan adalah bahasa baku rasmi mereka yang hampir 70% rakyat mereka tidak menggunakan bahasa itu di dalam komunikasi seharian. Rakyat mereka kebanyakannya menggunakan bahasa slang rojak yang amat sukar difahami.

Ditambah pula dengan kewujudan bahasa sains mereka. Hurm…

Anda mungkin berkata “Alasan boleh dicipta oleh orang yang tidak mahu berusaha dan tidak reti bersyukur“. Tetapi, masalahnya kawan, sebelum membuat kesimpulan, bear in mind okay. Mereka ini bukannya tidak berusaha. Ada di antara mereka yang cuba berusaha, tetapi itulah. Mereka ini kewujudannya seperti tidak diendah.

Sudahlah di institut, sering diperli-perli oleh kakitangan institut. Anda bayangkan, di Malaysia mereka ini bukanlah seorang yang bodoh, sampai-sampai di perantauan, mereka dicop orang bodoh dengan tahap intelligence kosong?

Orang putih berkata “Oh Mi God” .

Perasaan ini sangat-sangatlah tekanan dan jika mereka berjaya mendapat keputusan yang “cemerlang” di dalam peperiksaan sekalipun, tiada bezanya dengan mereka yang gagal. Ini sangat menimbulkan resah di dalam hati mereka (mereka semua masih memikirkan masa depan diri mereka) .

Jadi buat pelajar-pelajar di Malaysia, berdasarkan kisah rakan-rakan kita di atas ini, saya menyeru anda, janganlah sia-siakan nikmat/peluang belajar di tanah air. Janganlah asyik merungut pelajaran susah, ini kerana at least anda faham apa yang anda belajarkan. Kalau anda fail, itu memang salah anda.

Tetapi di ceruk dunia ini, mereka yang malang ini berusaha atau tidak, nasib mereka tetap sama, tetap bingung.

Bukan mereka ini orang yang lemah suka memberi alasan,tetapi…

Dan diingatkan juga, mereka bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana menghantar mereka ke mari. Kerana ianya merupakan pilihan mereka sendiri juga yang menyertai program baru ini. Jadi tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan.

Kesimpulannya, perkara yg paling malang di dalam dunia ini adalah seseorang yang terpaksa belajar tanpa dapat merasai nikmat keseronokan menimba ilmu.

Mungkin anda tidak akan dapat merasai apa yang mereka rasa tetapi sekurang-kurangnya, hargailah peluang yang anda miliki.
Dan doakanlah mereka-mereka yang malang ini beroleh kejayaan di hujung pengajian mereka. Ingat,bukan mereka tidak berusaha. Ingat tu.

Tetapi keadaan yang menyebabkan mereka menjadi lesu dan bingung terhadap apa yang diajarkan. Menurut pemerhatian saya, mereka ini cuma mahukan satu perkara sahaja buat masa ini. Mereka hanya mahukan “nikmat untuk memahami ilmu yang diajarkan kepada mereka” kembali.

Sekian.

Diadaptasi dengan kebenaran dari blog Pena Maya. Penulis adalah rakan seangkatan di Moscow Aviation Institute, pelajar tahun kedua.

Ariff Shah: Baru terserempak dengan orang yang copy paste bulat-bulat artikel dari blog.ariff ni. Bila dah tegur pemilik blog tu cepat-cepat edit. Aku tak kisah kau nak adaptasi hasil penulisan aku dan letak kat blog ko, mintak kebenaranlah dulu kan. Mana maruah dan rasa malu kau ni? Inilah yang terjadi bila orang buat blog semata-mata nak buat duit. Terus terang aku cakap, buat macam tu memang tak ke mana.


Posted

in

by

Comments

30 responses to “Khas Kepada Semua Yang Bergelar Pelajar”

  1. Bonda Avatar

    Tabahkan hatimu buat anak-anak yang belajar di luar negara yang bukan bahasa pengantar English. Semua itu akan menjadi pengalaman yang amat berharga buatmu terutama bila dah jadi ibu bapa.

  2. natasya Avatar

    hmmm..bila baca satu persatu komen ni..ada baik dan buruk sebenarnya kalu belajar kat luar negara ni…dan aku rasa nk menangis pun ada sebab cita-cita aku nk smbung study kat oversea masih tak tercapai..ntah apa sgt yg membuatkan aku teringin benar nk smbung belajar kt u luar x tau lar….dah blur dan rasa menyesal dulu tolak tawaran..mungkin ada hikmah di sebalik nya..

    1. ariff Avatar
      ariff

      erm.. dulu tolak tawaran course ape eh?

  3. mcsue Avatar

    salam,
    baru saya tahu betapa sshnyer blaja kat negara org,sy yg tak pernah merasai menyangka,bestnyer blaja di sana..
    cuma sy stuju dgn kata2 saudara,mmg malang bila belajar dlm terpaksa,tidak akan merasai nikmat menuntut ilmu dengan sepenuh hati
    alhamdulillah sy syukur,sy tidak tergolong dlm golongan “terpaksa belajar”
    merasai nikmat belajar dan keseronokan dlm mencr ilmu..
    entry yg bagus,sharing is caring:)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah dia. Sekarang nikmat belajar tu ada bila lecturer tu memahami keadaan kita. Tak ramai, hanya segelintir. Ada pensyarah yang memang bagus, ada yang memang.. susah nak cakap. Tahap kesabaran kena sentiasa tinggi kalau nak belajar dalam environment macam ni. Memang kadang-kadang boleh jadi gila dibuatnya..

  4. bloginformasi Avatar

    Nak mengulas sikit boleh? Suka-duka belajar dan hidup di negara orang adalah asam garam yang perlu ditempuh pelajar kita yang belajar di luar negara. Ada dua pilihan di sini sama ada ingin berjaya atau hanyut dalam kegagalan. Memang ada lecturer yang menyusahkan di mana-mana sahaja baik di dalam negara ataupun di luar negara tapi saya rasa masalah yang paling sukar diatasi ialah keengganan lecturer mengajar dalam bahasa Inggeris walaupun kursus menyatakan kena ajar dalam Inggeris.

    Memang dilema terutama bagi yang belajar di negara non-native English speaker macam Russia, Egypt, China dsb.

    Apa pun saya yakin student-student kita di luar negara akan berjaya menempuh cabaran ini dan pulang dengan kejayaan. Bagi student Malaysia yang teringin nak ke luar negara tapi tak dapat waktu first degree pula, boleh cuba waktu Master degree dengan apply Universiti Malaysia Perlis. Kalau peringkat PHD rasanya hampir semua IPTA negara akan sponsor student buat PHD di luar negeri kalau cukup syarat-syaratnya.
    .-= bloginformasi´s last blog ..Iklan Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 2010 =-.

  5. alan Avatar
    alan

    tgkla malaysiakini.com.my..sum update isu hangat kt mesia…kalo ko blm tgk lg la….

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tau. Tapi bukan kena bayar ke? Aku penah subscribe dulu. Sebulan je. Masa PRU

  6. qismina Avatar
    qismina

    salam.. maybe yg byk terasa susahnyer bahasa tue kat negara2 cam korang laa… aku kat indonesia nie bese jah.. yer arr lebih kurang jer pon bahasa dia. yg slek skit kat tmpat aku nie diorg tk byk pkai bhs indonesia baku.. diorg pkai bahasa jawa.. dan kalu patient kat kat sini byk dari madura maklumlah hospital kerajaan.. so byk dari mereka di dtg dri ceruk2 kampong.. tapi yg nie ble agi deal..

    yg aku tak leh deal ngn peangai lec.. biasa arr kalu ada kes2 pasal malaysia indonesia nie.. ada sesetengah lec yg anti malaysia.. dlm kelas mula duk potpet psl org malaysia mcm nie laa. mcm itu laa.. awal cam geram gak arr.. bkn nyer nk ngajar.. ni duk perli2.. sakit jiwa duk dengar.. nie bkn setakat lec jer.. tukang sapu pon same gak lagaknyer.. kitaorg buat tuli jer telinga.. tapi ade gak yg balas balik.. huhuuhu..

    pernah dulu.. satu kelas dapat nilai D dan E jer.. semua malaysian.. hangin gler duk tgk result.. bukan nk menuduh. tp mmg nyata terang tang tang yg result kami di manipulasi.. haihhh.. kami sabarr jer.. kna amik exam tmbahan.. masa kejadia tue sibuk pasal isu batik atau tarian pendet.. kott.. kalu setiap kali ada jer isu malaysia indonesia.. hari tue jugak kami sumer kna tahan telinge.. huhu.. kebal gler telinga haku skarg..

    korg2 kat malaysia best arr.. kami balik sana pon still kna perli ngn malaysian gaks.. alaaaa.. belajar kat indon jerr… terutama yg rasa diri diorg best.. sorryy kalu de yg terasa.. saje nk share yg aku nyer..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Pertama sekali. terima kasih kerana berkongsi pengalaman di sini. Sangat dialu-alukan.

      Itulah, tiada yang senangnya kalau dapat belajar oversea ni. lebih-lebih lagi yang belajar kat negara yang tak gunakan English atau tempat di mana program tu masih baru. Yang dapat pergi UK, US, Australis dan sebagainya tu memang bertuah la. Memang honeymoon puas-puas.

      Aku masih tak faham kenapa kerajaan nak hantar student ke sana. Dah sah sah la orang Indon ni ada yang memang tak suka Malaysia, siap ada pertubuhan dan macam-macam lagi tapi still nak hantar pelajar ke sana. Lepas tu kadang-kadang kebajikan pelajar terabai macam tu je. Apa-apa pun aku harap ko tabahkan hati jelah dengan harapan susah dahulu, senang kemudian.

      Anggap pos ni sebagai teguran terbuka la kepada semua pelajar Malaysia. Kalau nak bandingkan, mereka kat Malaysia paling bertuah, belajar tak susah sangat, kehidupan dan makanan semua takde masalah. Ni belum lagi aku kongsi bab taraf hidup kat Moscow ni.. Bila sampai masanya adelah nanti.

      1. qismina Avatar
        qismina

        bila baca balik entry aku tulis.. cam nk nangis pon de.. huhu.. teringat kat kakak senior yg dah praktikal kat hospital.. kalu ade jer kes.. kompem mesti ada yg balik bilik nangis atau bentak2 sbb geram nyer pasal.. laki pon de.. huhu.. lntak arr kalu ilang kemachoan.. tapi dah sakit hati nk wat camner lagi tkkn nk pi lwn balik.. last2 kna sedar diri duk kat negara org.. kna ikut per diorg buat.. dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung ( ayat perli student indo kat student mlaysia)

  7. suraya Avatar

    ye, sy bangge sy blaja d malaysia! *peace*

  8. who Avatar

    post ko ni btol2 dapat membuka mata2 manusia di malaysia tuh..harap diorang paham salam..
    situasi kita di oversea nih..kita tak senang, and happy seperti yang diorang sangkakan..and nasib kita kat sini 100% bergantung pada tangan kita sendiri..manusia2 hati batu kat sini mana nak tolong manusia manusia asing macam kita..kita di tempat mereka..bagi mereka kita ni orang bodoh..dan orang bodoh layak dicerca and di marah..hanya sebahagian dari kalangan mereka yang bersifat camni..itu situasi kita sekarang..kami hidup susah disini..manusia di malaysia, tolonglah faham…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Terima kasih atas input anda. Amat dihargai.
      Betul, bukan semua pelajar Malaysia yang belajar di oversea hidup senang.
      Jadi yang kat Malaysia tu janganlah manja sangat.

  9. mira Avatar

    mmg tabik r ngn mereka2 yg stdy oversea
    nmpk sng di mata kita
    x fikir susahnya mereka di sana mengalahkan kita
    tp kita kat sini selalu merungut susahnya hidop sebagai student di tanah air sendiri
    entri ni dapat membuka mata semua pljr di malaysia

    1. ariff Avatar
      ariff

      Biasalah, susah manusia ni nak bersyukur. Kesedaran tu kena ada dulu.

      By the way, thanks for your feedback. Nanti singgah lagi ke sini.

  10. engku alia Avatar

    salam.
    kitorg belajar dlm english, tp ada lect yg suka terang dlm arab jugak.
    lagi kesian kt program dentistry, mmg totally ahh dlm arabic.
    tuh pon kitorg bising2 gak, tlg la ajar dlm english,
    naseb baik ade yang memahami.
    tp tuh la, diorg pilih kasih sket.
    biase la tmpt diorg kan, mesti la diorg memilih sket kt org diorg sendiri.

    kemarin, practical kat hospital doc terang pasal ecg more in arabic T_T
    bila kitorg tego, marah-marah buat muka. haih
    then bila ada pelajar arab yg kurang ajar dgn die, teros x nk ajar.
    mane aci mcm tuh
    sedeh-sedeh
    T_T

    1. ariff Avatar
      ariff

      Oo. Jadi course tu sepatutnya memang dalam English la tapi lecturer tu xnak ajar dalam English?
      Lagi susah macam tu. Kena report MARA/JPA la sebab government dah bayar suruh ajar dalam English mereka
      takde kuasa nak ubah sesuka hati.

      Tapi apa nak buat kan, kita kat tempat orang. Kena pijak jelah..

  11. afiq Avatar

    aku insap dah nih.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Bagus-bagus. Masih belum terlambat. haha..

  12. engku alia Avatar

    salam.
    betul!
    sangat setuju!
    lagi2 ktorg kt egypt neh. kat mane2 pon same gak.
    dah la persediaan bahasa 3 bulan je. 3 bulan tak sama dgn setahun
    dgn x de asas arabnye agak terkontang kating sedikit.
    even course tuh suppose dlm english,
    ada certain lecturer suka terang dlm arabic more than in english
    rasa nk nangis.
    tapi bukan semua lect mcm tuh
    ada jugak lect yg baik, terang in english even ada bunyi arab.
    sabar-sabar. 4 tahun lagi

    1. ariff Avatar
      ariff

      Medic program kat egypt kena belajar in arabic? Wow. Susah tu. Yang medic kat sini still English and aku tengok relax je budak-budak dia.

  13. nOj Avatar

    aku keje kt ipta… tgk student2 international kdg2 x ramai yg membantu mereka… yela derang bknye fluent spiking omputih… cian gak kdg2 tu… hurrmmm

  14. ~0~ Avatar

    ade yg plagiat lg ke??

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ada, tapi dah settle dah dengan orang tu. Memang tak sangka pulak ada orang buat benda macam ni.

  15. megat Avatar

    kasihan mereka. setiap pelajaran yang dititiberatkan dalam sistem pembelajaran kita bukan hanya omong kosong tetapi tujuannya jelas!

    belajar dari kehidupan juga penting untuk selarikan antara keperluan dan ilmu. boleh cemerlang tapi jangan tak ambil tahu langsung tentang kehidupan.

  16. shuko Avatar

    tol2..aku sokong..bkn sng nk phm bhsa pasar negara org..lecturer pn ckp bhsa pasar gak kan?pyh la..
    .-= shuko´s last blog ..Nak boikot barangan Israel tapi macam tak terdaya =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tengok nasib lah. Kadang-kadang ada lecturer memahami, memang jenis nak tolong punya. Contohnya kalau dia explain apa-apa, cakap pun tak laju tapi sikit jelah lecturer macam tu.

  17. Khas Kepada Semua Yang Bergelar Pelajar | blog.ariff…

    Saya sering membaca blog-blog yang di mana rata-rata pemiliknya adalah golongan mahasiswa yang sedang menuntut di universiti tempatan dan mereka dengan bangga menunjukkan result gagal mereka dalam blog mereka. Mereka mengatakan kursus mereka susah dan …

  18. Khas Kepada Semua Yang Bergelar Pelajar | blog.ariff…

    Saya sering membaca blog-blog yang di mana rata-rata pemiliknya adalah golongan mahasiswa yang sedang menuntut di universiti tempatan dan mereka dengan bangga menunjukkan result gagal mereka dalam blog mereka. Mereka mengatakan kursus mereka susah dan …