Khairul Fahmi Teruja Jumpa Bakal Pelumba F1 Tersohor

KFCM: eh bro! Cun giler la ko drive tadi. Silap-silap boleh set rekod terpantas. Nak tangkap gambar sekali boleh tak?

A: Boleh2. Lu pun power gak jaga goal. Jom2.. sama-sama orang hebat tangkap gambar (sambil tersengih)

Itulah insiden yang berlaku siang tadi. Saya menghadiri event Puma Motorsports Red Cube di Pavillion KL. Event ni sempena Puma menjadi menchandise partner utama untuk pasukan F1 Ferrari. KFCM dipilih sebagai salah satu duta.

Memang ada test drive F1. Tak melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat terpendam. Agak-agak kalau tak dapat kerja nanti, apply lesen F1 la. Boleh kan?

Brader yang jaga kereta F1 tu sempat berbisik “Bro, jangan bawak laju sangat. Kasi peluang la kat BBNU yang selalu lepak kat pavi ni..” Saya akur jelah. Kesian gak memikirkan budak-budak tu. At least kalau menang dapatlah bawa balik hadiah daripada lepak kosong-kosong je kat Pavi

Ketenangan ketika pemanduan jelas terpancar. Mengaplikasikan apa yang dipelajari daripada ceramah KPP beberapa minggu lepas. Define, Analyze, Decide, Act (DADA). ahh.. kantoi baru nak amik lesen.

Serius kalau ikutkan nak je beli kasut ni tadi. Harga RM309, media partner dapat 30% discount, jadi RM200+. Oklah tu untuk brand Puma dan ada logo Ferrari lagi. Tapi sebab ada big purchase ahead, terpaksalah saya hold on dulu. Give me another 20% discount and I’ll swipe my Mastercard for the shoes XD

Event akan berterusan sehingga 25 Mac. Dapat mystery gift kalau beli kasut. Dapat kupon RM20 off kalau try simulator diorang. So go ahead and enjoy yourself.

model not included

Thanks bro Jejai for the pictures. Kalau takde tadi, memang forever alone la kat event tu. Difahamkan bro Aqif Azizan pun ada sekali tadi, hadir bersama krew blogย Autoviq. Patutlah nampak macam kenal. Senyum je lah masa tu. Dah balik baru tau kat fb.


Posted

in

by

Comments

39 responses to “Khairul Fahmi Teruja Jumpa Bakal Pelumba F1 Tersohor”

  1. hasrulhassan Avatar

    Uhh makin kayalah si apex ni ehh ..hmm rezeki dia walaupun dihambat kontroversi peribadi .. apapun cayalah apex … huhuhu ….

  2. madammondoq Avatar

    amboi..posing dgn apex!! muka u all berdua lain..tapi cutting badan sepesen.. ehe…

  3. Agen Loan Avatar

    Peh steady la apek, jadi duta tu, rezeki makin bertambah la dia ni

  4. akubiomed Avatar

    Bro dengan Apek sama tinggi boleh lah jadi penjaga gol. :-)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      aku main basket. so dah tak lari jauh dah sebenarnya. boleh2..

  5. obat herbal jantung koroner Avatar

    sepatu merah yagn bagus ciri khas warna ferrari

  6. http://arnamee.blogspot.com/ Avatar

    Pernah bayang nak bawak balik kereta test drive tu ke rumah , bila bosan je , boleh test.hehe :)

    nice post , ariff :)

  7. nurmisnan Avatar

    aku ingat ini betul2 kejadian test drive kat litar… suspended jer.. har3

    kasut tuh cun duit pun cun nak kuar…

  8. kid Avatar

    hahah.. model not include =D

  9. Zarul Umbrella Avatar

    try g ushar2 gak kasut merah tu..tapi kasut tu tak berapa nak mesra ngan kaki saya..last2 beli yg hitam belah belakang bawah sekali kat gambar KFahmi

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kalau bro ada sekali hari tu, boleh dah dapat 30% off. asalkan ada name card untuk blog je

  10. Zarul Umbrella Avatar

    woah dahsyat la lu bro…tapi apesal buka spek masa drive tu??…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kalau event besar2, memang pakai lens. tak pakai spek

  11. xamthone plus Avatar

    model nya sexy bener…………heheheheh

  12. beliamuda Avatar

    Untunglah dapat bergambar dengan KFCM. Best tak pengalaman memulas stering tu?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      seronok beb. kalau ada kat rumah sebijik kan best

  13. Rumah Avatar

    wah mantap bro……xpernah aku bawa yg simulasi tue…agk2 sama x klu bawa yg sebenar…heheheheh…..

  14. jus kulit manggis Avatar

    duh pengen saya seperti dia

  15. Emmet Avatar

    bbnu tu apa ha?

  16. faizfakhirin Avatar

    hahaha…sebenarnya siapa yg teruja ek…hahaha

  17. syahrilhafiz Avatar

    lulz, ni kalau drive betul ni konfirm dok belakang selalu ni..hehe

  18. TopiJerami90 Avatar

    wau… bertuah la kahril fahmi…
    tahniah la

  19. kimmie Avatar

    muka lebih kurang je…kamu berdua ni.

  20. Ekspresi Ruang Avatar

    model not included ke, bro? aiseh. kuda ferrari pon bley terbang kalau bergetah camtu. haha
    lawa jaket merah tu. berapa harga agaknya?

  21. Fizz.My Avatar

    tu dia tajuk.. hahaha.. terkejut gak td sape la bakal tuh.. :P

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      haa.. baca tajuk pun dah tertanya-tanya kan.. hehe

  22. Liza Hashim Avatar

    amboi.. akak tgk awak ngan apek tu lebih kurang tinggi jer.. ekekkek.. but both of you sama handsome.. ikhlas dari hati.. tk perlu kasi hadiah k.. hehehe..

  23. namee roslan Avatar

    ahahaa mentang2 muka macam Alex Yoong. eh gambar last patung ke manusia ? macam barbie.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      itulah. geram je tengok. senyuman menawan

      1. LynnAiza Avatar

        seriussss macam patung pic last tu.

        btw,mati2 ingat betul2 dah boleh ikut jejak alex yoong.sekaliiii mention pasal ceramah KPP pulak.jelas di situ buat masa ni,anda hanya boleh berada di kerusi penumpang.lol.

  24. eyriqazz Avatar

    Bro ada gaya Alex Yong laa…hik3…

  25. Noriz Avatar

    dah rapat gmbo dgn KFCM tu harap2 tak lekat sekali kontroversi cam dia…hehe…

    btw, u looked cute!

  26. KiD Avatar

    hai khairul fahmi!!

  27. sukacuka Avatar

    gaya tu penting..bakat boleh asah lagi..lepas ni boleh kalahkan alex young la tu..

  28. Ahmad Hati Avatar

    Yang penting ada Master Card

  29. azriMy Avatar

    wahhh, gaya dah ada dahh

  30. Adam Avatar

    Media price tuh leh belikan untuk orang lain x ?

  31. Aqif Azizan Avatar

    Hehe. Saya pun segan nak tegur sebenarnya sebab takut tersalah orang. Lagipun dua-dua memang pemalu. Macam bro cakap, update dekat blog bukan main aktif, tetapi bila jumpa semua membisu.

    Ada sedikit pembetulan, Autoviq bukan blog kendalian saya. Ia adalah blog kendalian rakan-rakan saya.

    Saya hadir tadi sekadar mahu ikut-ikut tengok baju Ferrari yang terbaru. :D

    1. Haru Avatar

      malu sbb xkenal..kalo dah kenal abessla..hehe :P