Ok. Sebelum membaca entri ni, silalah tukar password email anda sekarang. Simpan password email tu dalam bentuk catitan bertulis, bukan dalam komputer sebab kalau orang lain guna komputer nanti terjumpa pula. Kalau aku, aku ada buku hitam sendiri (mengambil konsep kotak hitam dalam sesebuah kapal terbang) yang digunakan untuk menyimpan maklumat-maklumat penting ni secara manual. Dah bertahun aku simpan buku ni, dan kulit dia yang warna hitam tu pun dah terkoyak.
Sebelum ni aku ada merungut pasal keselamatan akaun Gmail. Yeah, akaun Gmail aku telah diceroboh dan dari situ penceroboh tu dapat guna akaun Paypal aku. Nasib baik semua yang dia guna boleh dibatalkan. Macam biasa, aku tukar balik semua password dan security question tapi masih tak berkesan. Jadi aku terus tukar guna email lain.
Malam tadi baru aku perasan macam mana email aku selama ni telah dibaca oleh orang lain. Tak tau sejak bila. Nasib baik email tu guna untuk urusan rasmi je, takde benda-benda peribadi dalam tu. fuhh.. Rupa-rupanya selama ni semua email yang masuk ke Gmail aku akan diforwardkan ke email orang yang hack masuk email aku dulu.
Aku tak tau kenapa sebenarnya dia nak go through email aku yang masuk hari-hari. Bukannya ada apa-apa pun dan bukannya aku buat urusniaga juta-juta online ni. Macam pelik pun ada. Jadi aku padamkan terus email dia kat situ dan buat sesuatu kasi kerja dia bertambah sikit..
Apa yang aku buat ialah aku forwardkan semua email yang masuk ke spam box aku ke email dia. Nak sangat baca email orang, sekarang ko buka la spam mail aku satu-satu..
Takde seorang pun yang bagi cadangan kat aku pasal benda ni dalam entri Kena Serang. Jadi macam ni lah, kalau dah tukar password dan security question tu tapi masih lagi rasa ada orang lain baca email kita, cuba check kat forward email ni. Benda ni simple je, orang tu masuk sekali, letak setting forward email, lepas tu sampai bila-bilalah semua email yang masuk akan dapat kat dia. Dalam kes aku, aku tak hilang apa-apa pun, cuma kalau kena kat orang lain kadang-kadang boleh jadi satu isu yang memang bahaya. ish.. seram.
Kalau sesiapa nak penuhkan email orang tu dengan spam, sangat dialu-alukan. Ataupun tolong bongkarkan identiti orang tu. Mamat ni orang Malaysia gak, atau sekurang-kurangnya orang yang tahu baca bahasa Malaysia sebab dia tahu nama aku Ariff Shah. Kalau orang luar memang tak akan tahu nama aku Ariff Shah.
45 Comments
lurim
6 January, 2011 at 10:50 ambest info ni… kebanyakkan email saya adalah dari gmail.. tapi saya asingkan ikut kegunaan
Hadi Rofiee
10 December, 2010 at 5:11 pmHaha. kasi dia makan SPAM banyak2. Haha. :D
Im Jitra
8 December, 2010 at 10:33 pmTeknologi, kecanggihan sekarang ni kadang2 boleh membawa padah kepada sesiapa sahaja. harap akan ada jalan penyelesaiannya…
el
8 December, 2010 at 3:59 pmwahhhh thanks for the info ariff!
Pingback:
28 November, 2010 at 7:18 pmhayati
28 November, 2010 at 7:22 pmaku pun kena baru-baru ni. tak pasal-pasal ada emel conversation aku dengan sorg lelaki ni diforwardkan pada gf dia. tapi aku rasa yang tu orang yang kenal kitorang yang buat. tak kanlah secara kebetulan pegi forward pada gf dia pulak kan.
MrJayy
28 November, 2010 at 10:05 amThanks Ariff, pengalaman kita kadang2x dpt membantu org lain kan :)
kene lebih berhati2 lepas ni dengan malware
sha amane
27 November, 2010 at 1:03 pmthanxs 4 ur info… kwn ak ada yang kena mcm ni gak.
Shahrulsite
27 November, 2010 at 12:24 pmnice & useful info..tq
L.Y.N.N
28 November, 2010 at 4:14 amini la perasaan bila blog dihuru harakan ari tu..rasa nak carikkkk je orang tuu…
byk masa terluang kot sbb boleh usik hak orang lain..
btw,ariff shah..thanksss a lot for this entri..
sgt membantu.=)
Ian
27 November, 2010 at 11:42 pmTry guna hotmail la lain kali..hotmail kan microsoft punya. Maybe ada lebih sikit dia pnya protection.
syahrilhafiz
27 November, 2010 at 11:25 pmsebenarnya ingat nak beralih jugak ke Gmail, tapi itu la, aku tengok Gmail ni macam complicated je..sebab tu stay dengan Yahoomail
ila
27 November, 2010 at 9:43 pmsuka sggah blog ni sbb byak info brguna,timo kasih byk2..
zharmin
27 November, 2010 at 1:39 pmTerdesak sangat nak kenal ko ni agaknya…so, maybe dia berharap dengan baca email2 ko, dia dapat kenal ko lebih rapat..haha. Dah macam stalk artis pulak…
ariff
27 November, 2010 at 11:09 pmhahaah… takdelah. Ni sebab aku guna Paypal. Tu sebab diorang ni interested sangat padahal sekelip mata aku boleh je cancel semua transaction yang dia buat.
Orang bodoh kot..
jue
27 November, 2010 at 10:40 amok, sy mmg xpandai bab2 nie.. tp nk tanye camne nk taw org tu msk email kt.. anyone plz..
Affan
27 November, 2010 at 8:20 pmmacam2 cara boleh. contoh, die bagi scam email macam email daripada bank, padahal fake email. Lepas tu, bila tekan link yang die bagi, akan redirect ke phishing site. Bila kita login guna email dan password, diorang dapatlah password kita.
Tu salah satu cara, ada banyak cara lagi Trojan ke, RAT pun blh kalau tak silap lah
namia
20 June, 2011 at 3:52 pmpernah dapat email macam tuh tapi abaikan sebab email tuh di hantar ke email bukan urusan rasmi
Affan
27 November, 2010 at 8:29 amhehe. haah, mungkin ramai org tak cek ni. sebenarnya hotmail pun ada. yahoo pun ada gak rasanya. hohoh
Sang Karipap
27 November, 2010 at 7:47 amSerik dah pakai Kaspersky. Norton Internet Security yg baru ni nampak cm lg best..ringan dan mantap~
Bab setting2 ni aku rasa ramai yg x pernah tau kot..kalau yg Yahoo Mail tu cmne? Ramai gila member2 kena hack..pastu hantar spam2..
ariff
27 November, 2010 at 11:13 pmYahoo sume aku tak tau. Email rasmi aku guna Google je. Kalau nak register benda yang tak penting, guna Yahoo.
TheSharkox
27 November, 2010 at 7:21 amWoooh…baru tau ini…terimaseh kerana bagitahu
Faisal
27 November, 2010 at 6:28 ammcm mne ko taw email ko kena hack?
ariff
27 November, 2010 at 11:23 pmTengok email berusik tu tau la..
suffer8zine
27 November, 2010 at 1:58 amwahhh jarang jadi ni, nice info
Terkini : Blog Pilihan Malaysia 2010 | Burger Daging Ular
MuJE
27 November, 2010 at 1:56 amgile pulun nak bace mesej orang lain. ni stalker tahap maharaja dah ni…
aizuddin
27 November, 2010 at 1:10 amyahoo byk spam..sbb tu suka gmail
Affan
27 November, 2010 at 8:31 amsetuju, yahoo antara awal2 aku guna dulu. macam2 benda aku reg sbb nak explore, skg dah jadi tempat spam. hehe
syahrilhafiz
27 November, 2010 at 11:23 pmwea aku guna Yahoo lagi ok..haha
arrizz
27 November, 2010 at 12:55 amnasib baik tak guna akaun Gmail..hehe
hanep
27 November, 2010 at 12:46 amBenda ni biasanya hacker amik info login dari malware/trojan. Ada gak yang hack melalui RAT.
Contoh kes waktu aku monitor hosting sebelum ni, diorang sebar malware dlu, n amik akses2 dari cookies (termasuk FTP/database kalau org tu ada site), pas sebar malware tu kt orang lain via site org tu plak.
Lepas dapat info ni diorang login akaun (mana2 akaun, tak semestinya gmail) utk amik profit. akaun paypal pun ramai penah kena.
utk kes ni, cuba check jugak akaun Google tu. Takut dia tambah email2 lain so bila ko tukar password, dia still bleh retrieve balik login ke mana2 Google services yg ada.
p/s: paling penting protection PC kena power. terbaru aku pakai avira tapi kena trojan iframe. abis jahanam pc. nsb baik kaspersky recover smpai ok balik. huhu. promot laks. just my 2ploh sengheng ;p
Affan
27 November, 2010 at 8:15 pmtrojan iframe? baru first time dgr.
kalau clicjacking iframe tu aku tau lah cmne
ariff
27 November, 2010 at 11:15 pmYang tu semua dah check, clean. Cuma itulah, bila dah check jauh-jauh, benda depan mata lupa nak check. Nasib baik dapat gak aku jumpa loophole ni.
btw. Aku guna Mac. Tak pernah dengar lagi antivir untuk Mac ni..
syahrilhafiz
27 November, 2010 at 11:24 pmaku guna Linux Ubuntu, tak de ke? ;)
MrJayy
28 November, 2010 at 10:04 ambtol tu bro, protection pc memang kene kuat. dah kat 5 tahun guna Kaspersky ni. susah sangat nak tukar kpd yg lain. he
RedBoys
27 November, 2010 at 12:39 amwuish. seram lah dgr. takut gak kalau ada yg intai email aku. ada ayat2 cinta dlm tu. *ok. yg ni bohong je. haha.* aku pelik sggh dgn org yg di gelar hacker ni. hurm. sibuk je
amar haziq
26 November, 2010 at 11:35 pmaku masih tak paham..macam mana dia boleh log in e-mail kau..
gmail kan under google..diorang tak pantau ke?
Affan
27 November, 2010 at 8:18 pmmana ada google nak pantau akaun kita. kena pandai2 jaga sendiri lah. huhu.
ariff
27 November, 2010 at 11:16 pmAdalah dia curi password aku entah macam mana..
serol
26 November, 2010 at 11:30 pm1st time aku dengar benda mcm ni.. sekali je dia perlu login. even ko dh tuakr email, benda ni tak effect pun.. bahaya betul
ariff
27 November, 2010 at 11:16 pmKena rajin check. Kalau boleh tiap2 bulan tengok lebih-lebih lagi kalau email tu guna dalam urusan kewangan atau apa..
ejam
26 November, 2010 at 11:29 pmsiap dh verify email yg difwd tu yer, apa kes ler dia nk ngintai aktiviti kau…org popular ler katakan…hehe
Nizam6281
26 November, 2010 at 11:26 pmSampai camtu sekali?
Bahaya kalau sync dengan akaun Paypal dan lain2 dengan email ni
ariff
27 November, 2010 at 11:23 pmYa. Kalau email guna untuk Paypal, elok sangatlah asingkan terus dengan benda lain sebab email tu jadi easy target pada hacker-hacker ni..
namia
26 November, 2010 at 11:23 pminfo yang sangat berguna.. terima kasih banyak