Kadang-kadang Aku Kesian Pada Awek Tak Bertudung

Kat internet dan media sosial ni banyak sangat keyboard warrior. Keyboard warrior adalah mereka yang nampak hebat di belakang papan kekunci komputer, tapi dalam dunia sebenar, takdelah hebat mana pun. Kadang-kadang lebih teruk daripada orang yang mereka perkecilkan.

Entri ini ditujukan kepada golongan yang hebat memerli, mengutuk dan mungkin mencaci maki muslimah yang tak sempurna penutupan aurat mereka. Memanglah itu tuntutan agama, tapi janganlah kejam sangat dengan kata-kata. Mereka pun ada perasaan jugak.

Nasihat tak sama dengan kutukan dan cacian. Aku tak rasa dalam berdakwah ni dibolehkan kutuk, caci maki dan seumpama dengannya. Jangan disebabkan kita nampak kesalahan orang lain, kita betul 100%.

Yang hebat menegur ni, biasanya taklah perfect mana pun. Boleh jamin korang langsung tak pakai short masa main bola atau futsal petang-petang? Boleh jamin korang tak usya ‘barang’ awek yang tak tutup aurat dengan betul ni kalau diorang lalu depan korang?

Diri sendiri kadang-kadang pun terumbang-ambing lagi, tapi keluar statement macam dah confirm tergolong dalam golongan masuk syurga.

Sekian.

40 Comments

  • yusri

    16 October, 2011 at 11:56 pm

    Elok juga ko bersuara pasal ni. Mungkin apabila memakai tudung ia semacam mmberi satu perasaan aku lebih alim drp org yg tak bertudng. A false sense of ‘alimness’.

    Aku rasa kadang2 ada perempuan bertudung tak memahami yg salah satu hikmah tidak berpakaian seksi (sebaiknya bertudung) adalah supaya tidak memangkinkan nafsu kpd lelaki (ITU YG PENTING) tetapi apabila duduk ‘becouple2’ bukankah itu memangkinkan nafsu pasangannya. Kulit je, isi mana pergi?

  • ata

    14 October, 2011 at 7:29 pm

    banyak persolan boleh dibangkitkan dalam isu ni… nasihat tu wajib dah kena nasihat, hatta mereka yang tengah berzina sekalipun sekiranya mereka melihat ada rakan muslim mereka meminum arak di tepinya, WAJIB untuk dia menegur bahawa perbuatan minum arak itu haram…even time tu dia tengah duk berzina dengan orang lain….

    memberi nasihat dan melaksanakan apa yang kita bagi nasihat tu, adalah dua perkara yang brbeza dari sudut hukum dan pelaksanaannya… dalam quran, rujuk surah Ass-Saff, ayat 1-2 sudah jelas amaran ALLAH pd mereka yang bg nasihat tp dia sendiri terlingkup….dalam membahaskan perkara ni, ada orang membangkitkan bahawa “takutlah nak beri nasihat od org lain/berdakwah pd org lain, nanti kita pula dimurkai Tuhan bila kita sendiri yang buat”….tapi ulama menjelaskan, ayat itu menjadi bukti bahawa kita wajib utk berdakwah/beri nasihat ikut tang cara mana sekalipun, tetapi pada masa yang sama kita wajib juga melaksanakan apa yang disuruh….

    makna kata, tidak berusaha utk memberi nasihat juga akan membuahkan satu dosa kepada kita, dan tidak berusaha utk melaksanakan apa yg dikata pun menjadi satu bahagian doasa buat kita….maka fikr2kanlah!

  • Miss Meen

    12 October, 2011 at 10:39 pm

    Yup !! Sokong …Bukan semua orang sempurna
    Tetapi nak menegur kena berpada
    Tepuk dada tanya selera ^_~
    Bila kita selesa dgn diri sendiri
    Barulah sy0k tegur orang lain …

  • Meor

    12 October, 2011 at 2:39 am

    ”Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (QS an-Nahl : 125)

  • chempaka

    11 October, 2011 at 8:08 pm

    ye, perlu ditegur.. tapi kalau letak gmbr awek seksi2 kat dalam blog sbb nak buat contoh, pun x jd gak… kutuk sana sini, dalam pc dia ada gmbr x senonoh.. kan mcm ironi tuh.. hurrmm.. didik wanita, bukan kutuk wanita…

  • Hanif

    11 October, 2011 at 7:35 pm

    Aku baru kena caci maki dalam komen aku semalam..entah ler..apa masalah manuasia macam pun aku tak tahu..
    Biar lah mereka terjun dengan labu-labunya…

  • Zinedine Zaiddin

    11 October, 2011 at 7:30 pm

    Bila mai tang “menegur” semua orang rasa cara menegur tu kena bagi betul, cara menegur tu xkena, x moden dan berbagai-bagai lagi alasan WTF. pastu mula la kuar hadis dan sunnah2 Nabi pasal cara menegur yang baik, cakap lek lok bla bla bla

    Pastu wat2 lupa pesan Nabi kita still kena terima nasihat walaupun yang menegur tu sorang pendosa. sapa2 ingat lagi analogi nasihat jangan minum arak yang dibagi oleh peminum arak?

    Yang kena tegur jangan cepat melenting, suruh oranggggg aje yang kena ubah cara menegur. sedangkan diri tu xreti2 nak ubah ego, cara terima teguran orang. Utk si penegur tu pandai2 la korang baca komen2 yang sebelum2 ni kompom ramai yang sembang pasal “adab2 menegur” tapi berapa ramai sembang pasal “adab2 menerima nasihat” ?

    • Faris Al-Muhandisu

      12 October, 2011 at 9:00 am

      SETUJU 100%! pasai tu la kuaq cite macam Ohh Harammm, Tahajjud Cinta dan yang sama waktu dengannya…

      Ramai yang dok bercerita adab menegur bla3, bila ditanyakan dalil… ciput sahaja yang tahu.. kalau tahu pun mungkin satu sahaja iaitu ayat yang popular jugak surah An-Nahl: 125 .. ayat lain? hadis dan sebagainya?

      “Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan” (Imam Hasan Al-Basri)

      Mungkin kita perlu fahami secara kontekstual bagaimana Nabi menegur seorang sahabat yang mengherdik hambanya. Apa yang nabi buat? Nabi suruh hamba tersebut pijak kepala tuan dia. Kaji dulu kenapa, di mana, siapa, bagaimana, jangan buat andaian bukan2 sebagaimana biasa…. ni antara contoh yang keras

      Wallahua’lam

  • Pacifista

    11 October, 2011 at 5:14 pm

    nak menegur kena tau cara menegur yang betul.Islam tak bagi kita tegur orang dalam keadaan yang akan mengaibkan orang tu.apapun kat sini kita kena bijak bila menegur.ada banyak cara nak menegur.pada masa yang sama jugak kena menegur pada masa yang sesuai :D

  • namee roslan

    11 October, 2011 at 4:08 pm

    em yang menegur tu poyo lebih sampai nak caci, rasa macam nak tampar muka dia. tapi kalau tegur elok2 kita senyum je dan ambil point2 dia. memang betul pun tutup aurat ni wajib. so memang tak boleh deny.

    em, saya tak bertudung. then ramai je yang ingat saya clubbing, social sebab saya tak bertudung dan pakai sexy. tapi bila dah ada persepsi macam tu, saya kurangkan sexy. taknak ah pakai skirt pendek lepas tu org ingat kita gadis tak elok. padahal selalunya 24 jam duk rumah tak keluar. tapi sbb pakaian kita orang ingat macam2.

  • sweetymui2

    11 October, 2011 at 1:16 pm

    Hohoho nice shot. Cermin diri tu dulu, make sure diri sendiri takkan buat benda yang sama baru boleh kritik orang.. Kalau tegur terus dengan cara kasar confirm tak ada siapa akan dengar, kena benci lagi ada lah.. =_=”

  • mohd salfee

    11 October, 2011 at 11:21 am

    malas nak komen, juz nk bg 1 situasi….

    lokasi : dlm kubur
    watak A : malaikat
    watak B : jasad terbujur kaku

    watak A : kenapa masa idup ko tak pakai tudung
    watak B : i blm dpt hidayah.. kalau nak berubah kena sincere..
    tulus ikhlas dari hati…

    agak2, apa habuan watak B dpt?? hehe..

    • NurSuaidah

      11 October, 2011 at 1:50 pm

      Salam. Setuju dengan komen ini. Dan juga setuju pandangan Ariff. Keduanya perlulah sedar kita adalah hamba.

      Sebagai hambaAllah, perlu mengikut apa yang Allah tetapkan, dan juga sebagai hambaAllah kena jaga mulut (cara berdakwah untuk menasihati orang lain) agar tidak menyakitkan yang lain.

  • Noriz

    11 October, 2011 at 9:17 am

    good job ariff :)

    penangan keyboard warrior skang mmg menjadi2 dan ada yg brselindung dgn nama ‘Anonymous’ je…

    akak dulu pun free hair, sekali dpt bf yg hampeh dan suh berubah drastik..
    boleh blah!
    thank god, jumpa my husben yg x penah push and i changed sincerely..
    alhamdulillah…

  • Denaihati

    11 October, 2011 at 7:56 am

    Rasulullah SAW berjaya menawan sebahagian daripada dunia hanya dengan akhlak yg baik. Dakwah mesti dengan HIKMAH soalnya ramai pendakwah terutama ahli politik mengajar kita jadi agresif dan kurang ajar sesama agama yg tidak satu tarikat.

  • ekspresiruang

    11 October, 2011 at 7:09 am

    disebabkan org cmni rs diorang slamat dr kena pelempang dgn ‘nasihat’ diorang tu sbb hanya dlm dunia siber, sbb tu diorang brani bg ‘nasihat’ yg xsama langung dgn cara yg btol dan sepatutnya.

  • APi

    11 October, 2011 at 2:16 am

    kutuk dan caci memang tak patut kalau nak menegur orang lain..
    tapi kalau nak nasihat tak semestinya kita perlu sempurna dulu..
    sedikit ilmu kita kongsi ngan orang lain..
    secara tak langsung memperingati diri kita sendiri jugak..
    tak perlu la untuk seseorang itu cukup ilmu dulu baru nak tegur..
    ilmu manusia takkan pernah cukup.. =]

  • diana

    11 October, 2011 at 12:50 am

    x boleh la nk hentam org yg x pakai tudung,at least bg nasihat dulu..mmg susah nk ikut perintah agama klau org tu mmg x kuat pegangan iman die..tambah2 nk kena tutup aurat semua, cuba klau lelaki sehari je rasa jd perempuan..baru tahu cmne susahnye nk tutup semua, bkn nk pertikai hukum agama cuma nk lelaki tahu, jadi perempuan bukannya senang, tp sy mmg pakai tudung ye..

  • ueyamegami

    10 October, 2011 at 11:43 pm

    setuju2.td ade belajar fiqh dengan sorang syeikh al-azhar pasal bende nie.dia bagi situasi yg let say ade sorg kwn perempuan kite ni free hair.and we keep pushing her to pakai hijab tapi dye xdengar.kita pakse lagi dan sangat paksa sampai dia cakap kalau mcm ni baik dye keluar islam je la.syeikh tu tanya,mana lagi utama,pakai tudung ke atau kekal dalam islam?dah sah2 lah kekal dalam islam kan.so biarkan die.jangan lah pakse sampai dia rasa tertekan dengan agama dia sendiri.mungkin hati dia memang tertutup lagi.that skeikh said sometime we should let someone be whatever they want kalau die dah xnk dengar cakap sangat dah.kita dah cuba nasihat tapi dorg xnk dengar nak buat cmne.xpayah lah anggap golongan cmtu teruk sangat2 pulak.kite pon xtahu kite ni tahap mane je kat sisi Allah kan.hidayah tu milik Allah Dia bole bagi kat sape2 pon yang Dia nak kan.tak terkecuali kat golongan free hair tu. =)

    • little daisy

      11 October, 2011 at 1:04 am

      Agreed with your view…We are blessed with the hidayah early on. Others aren’t so lucky. Sometimes, what we can do is just doa. Pray that they’ll be given hidayah by Allah and at the same time pray that Allah let us to stay in His blessings…

  • fathiah

    10 October, 2011 at 11:08 pm

    betol2…. tp kdg2 y tutup xbetol lagi kena hentam drpd y lngsg x tutup….
    y salah mmg la salah… dosa tetap dosa…. tapi itu lah hakikatnya…

    y peliknya, banyak y maki2 tu hanya pandai maki di dlm fb atau blog2 je… kenyataannya, bila di dalam dunia realitinya, member2 y xbertudung tu xde pulak nk tegur, baik y bajet alim mahupun xalim….

    ssh nk ckp…

  • yangbaik

    10 October, 2011 at 11:06 pm

    manusia … sebahagiannya memang suka sangat tengok orang buat salah, bila nak tegur tak berani tapi yang berani nye … kutuk dan caci maki segala-gala… jarang sangat yang berani menegur dengan cara yang baik…

  • Rara

    10 October, 2011 at 11:05 pm

    betul tu , tapi ada juga org yg menutup aurat dari hujung rmbut smpai kaki perangai lebih memalukan dari org yg tak pakai tudung .
    mungkin wanita yg tak bertudung dia tak nak hiporkrit .lebih suka tunjuk diri sebenar .ada juga wanita yg pakai tudung semata mata nak menunjuk nunjuk .hmm , semoga semua org dapt hidayah sebelum terlambat .itu dah lebih dari cukup .

  • alia

    10 October, 2011 at 11:00 pm

    setuju sgt..klau diorg bagus sgt, diorg msti xkn kluarkn caci maki kt org lain..tunjuk contoh yg baik klau nk org yg ditegur tu berubah ke jln kebaikan..