Tips Bekerja Dengan Multi-National Company

tips-kerja-mnc

Alhamdulillah. Dua minggu dah kat company Swiss ni. Saya boleh cakap saya happy bekerja kat sini. Serius. Ini adalah company MNC kedua saya dalam kurang daripada 2 tahun bekerja. Takdelah banyak pun experience, cuma ini sekadar perkongsian pengalaman yang saya ada sementara ada mood nak share.

Yang dah ada banyak pengalaman dijemput untuk berkongsi pengalaman.

1. Elakkan recruitment agent

Kalau boleh elakkan bekerja dengan MNC di bawah agen. Di company MNC Singapore sebelum ni, saya tidak bekerja secara terus dengan MNC tu tapi sebenarnya berdaftar sebagai pekerja di bawah agen yang dilantik oleh MNC tersebut. Saya sedar benda ni masa tu, tapi sebab nak expand skill set, terpaksa.

Kelemahan bila di bawah agen ini ialah kebajikan pekerja tak dijaga. They don’t care. Sebabnya, setiap apa yang company MNC bayar kat saya, akan ada some sort of fee untuk agen dan oleh sebab itu, mereka hanya bagi bare minimum. Gaji, no benefit, annual leave pun sikit. Perah selagi boleh.

Nak diserap masuk jadi staf company MNC tu jangan mimpi la sebab company tu adalah GLC besar negara tu yang menguruskan bisnes berkaitan ketenteraan.

It was a risky bet for me masa terima tawaran kerja tu tapi kalau duduk dalam comfort zone lama sangat pun memang tak akan berkembang. Saya bertahan, learn everything about the business dan kebetulan company baru ni dibuka di Malaysia, terus ambil peluang.

Bad news kalau pekerjaan kita tu adalah di bawah agen pekerjaan. Tapi yang ini terpulang kepada anda. Kalau rasa in long term boleh membantu, terpaksa jelah bertahan sampai dapat better offer.

2. Pilih MNC yang terbaik

MNC ada banyak kat Malaysia ni sebab kebanyakan yang incorporate kat Malaysia sebab nak kurangkan kos operasi mereka. Kat negara maju dan berpendapatan tinggi, gaji mahal. Bila mereka buka cawangan kat Malaysia untuk offload kerja, mereka masih boleh bayar mahal dan pada masa yang sama jimatkan kos operasi sebab faktor tukaran wang dan labour cost kat Malaysia masih lagi rendah pada mereka.

Tapi tak semua MNC bagus. Ada yang buka kat Malaysia sekadar buka cawangan. Kemudian, job succession dari negara asal tak berjalan lancar. Pekerja local tak dapat kerja dan kalau dapat, banyak masalah. Ada kenalan baru je berhenti kerja dari MNC India.

One thing positive about MNC yang sebelum ni ialah the brand itself. Pergilah mana-mana dalam bidang aviation dan sebut nama MNC ni, semua orang tahu. Bila ada nama besar ni, dalam resume nampak cantik. Kalau saya hantar resume ke mana-mana company aviation di dunia ni, mereka akan kenal company ni. That’s how strong the brand is.

Dan terus terang, kebanyakan yang ada pengalaman bekerja dengan MNC lebih senang dapat management position kat local company. I mean come on la.. kalau MNC berani hire somebody tu, mesti ada something about that person.

Masa saya nak buat keputusan untuk terima job MNC sebelum ni, faktor branding MNC itulah yang menyebabkan saya ambil keputusan untuk terima tawaran mereka.

Anda perlu tahu industri anda bekerja macam mana. Bila faham industri dari atas sampai bawah, anda akan tahu company mana yang paling besar dan influential. Kalau tak ambil tahu, memang akan terlepas peluang bekerja dengan company-company ni bila mereka set up di Malaysia.

3. European atau American sahaja

kerja-mnc

Budaya kerja European, adalah profesional dan lebih relaxed. Kalau nak benefit terbaik, pilih company dari US, Perancis atau Jerman. Tiga ni kasi benefit power, walaupun bukan dalam oil and gas.

Contoh: Kalau kat company aviation dari US ni, ada company bagi RM2,000 setiap tahun untuk dihabiskan pada kategori seperti cermin mata, gym membership dan apa entah lagi. RM2,000 ni ikut tahun kewangan, bukan accumulate ikut bulan bekerja. Jadi kalau masuk sebulan sebelum tahun kewangan berakhir, dapat claim RM2,000 dan bila mula tahun kewangan baru, dapat lagi RM2,000.

Ada company aviation dari Europe bagi baju kerja lengkap seluar dan baju. Lima pasang, jadi setiap hari boleh tukar. Kemudian, ada maternity benefit untuk wife up to berapa ribu tak ingat. Masuk je private hospital kalau wife nak beranak, boleh claim company.

Kalau kat MNC, medical card dan dental benefit tu standard.

*****

Working culture dalam MNC macam ni memang very professional. Work load.. bergantung pada company. Dalam kes saya sekarang, so far masih relaxed. Kalau kat company local you do everything, dari kerja kuli, ke kerja yang entah apa-apa yang diberi oleh boss. Kat MNC every single thing ada orang yang buat. You do only one specific task.

Paling penting, you will appreciate boss yang memang profesional. Boss yang layak jadi boss dan bukan sebab mereka sebelum ni ada kepentingan mana-mana dan dapat position tu sebab dia ada pengaruh. Saya percaya boss macam ni berlambak kat local company, including public listed ones. Kerajaan toksah cerita laaa…

Pasal gaji, subjektif. A good indicator is background company tu. Kalau datang dari negara yang berpendapatan tinggi, chances untuk ikut trend high income pun tinggi.

Kerajaan Malaysia bagi banyak insentif untuk MNC buka cawangan kat sini dan hire local. Tapi kalau tak grab peluang tu, rugilah.

Dari segi qualification, some company tak pandang sangat. Generally mereka akan cari orang yang berpengalaman dalam bidang mereka, kemudian barulah orang yang hebat. Kalau company datang dari negara yang ada bahasa sendiri (Perancis, Jerman, Switzerland), English tak payah tahap mat saleh UK atau budak TESL. Asalkan boleh cakap dan boleh faham, boleh lepas.

Master/degree? No preference. Kalau dah naik management level, yang ada master boleh demand lebih sikit, I guess..

Harap perkongsian pengalaman saya berguna untuk mereka yang nak aim high dalam career masing-masing.

Nota: Artikel ini adalah pandangan peribadi saya sahaja dan bukan melambangkan pandangan syarikat tempat saya bekerja. Harap maklum.

17 Comments

  • haris

    12 July, 2014 at 2:37 pm

    Pengalaman bekerja di syarikat multinational, sangat2 bagus dari segi benefit. Cuma bergantung bidang apa yang kita ceburi. Macam company aku bekerja sekarang from US. Dari segi training, memang international standard cuma perlu lebih berani dan high confidence level untuk pergi lebih jauh. Increment masih x memuaskan hati. Rata2 Chinese dibayar lebih tinggi. Itu jer.Huhu

  • Yob

    7 July, 2014 at 8:31 pm

    Pengalaman aku lah kan, yang best kerja MNC, dia betul2 nak simpan worker dia kalau dia nampak potential even baru setahun lebih kau kerja.

    Kau buat2 je resign pastu dia counter offer. Executive cabuk2 pun kadang2 sampai Factory Manager try pujuk untuk stay.

    Tapi work load jangan citer la. Kena pandai mingle, kena outspoken, kena rigid, dan kalau deal dengan HODs, only talk at the right time, the rest just angguk and senyum walaupun dalam hati kau mencarut.

  • nasrulsallehudin

    16 June, 2014 at 11:07 pm

    Nk minta pandangan sikit. Now I’m working with the local company yg agak besar and go abroad. Disebabkn terlalu comfort kat sini, i decide to change and i apply to MNC company yg based kat US dan I dapat job offer tu. Sekarang berbelah bagi nk resign or not coz terlalu selesa with current job.

    • Ariff

      16 June, 2014 at 11:24 pm

      You know your industry better so I guess you have the answer all along.

      Answer this.

      1. What are your objectives? What do you want within 5 years time? Where do you want to be?

      2. Which company offers the best opportunity that is inline with your objectives?

      3. Are you prepared to work hard towards achieving the objective? If yes, then that’s the solution to your problem now.

    • Ariff

      15 June, 2014 at 5:08 pm

      Yup. Tu tujuan utama join MNC. Mereka bawa culture high-paying mereka ke sini. Sebab faktor tukaran wang, walaupun bayar mahal pada staf kat Malaysia, still takde masalah buat untung

  • JMR

    14 June, 2014 at 1:56 pm

    utk jadi experienced staff, amik masa. bl tiba masa tu, gi intebiu kt compny lain, deg/master tak tgk dh, how u present ur experiences kt diorg tu yg terpenting..based on mine dlm industry oil&gas :-)

    • Ariff

      15 June, 2014 at 5:11 pm

      Yup. In my case, experience tu mainkan peranan penting masa interview haritu. MNC suka cari orang yang pakar dalam bidang bisnes mereka, qualification tu different story

  • Mohd Supian Idris

    14 June, 2014 at 12:56 pm

    Alhamdullilah dengan kerja yang ada sekarang, walaupun ‘outsource’ untuk syarikat minyak dan gas , walaupun masih baru dan memang bersetuju dengan pandangan di atas terutamanya skop kerja…

  • Hairul Azizi

    14 June, 2014 at 2:55 am

    Bab penerangan management position tu macam bersependapat. walaupun baru dapat job offer & belum kerja lagi, masa interview memang ada tanya pasal tu & kalau kerja okay nampak gayanya senang naik position mungkin. Boss sendiri yang datang interview & sempoi bagitahu terus-terang company kat Malaysia macam mana.