Kereta Apa Yang Tak Selamat Lepas 12 Tahun?

Betullah apa yang MIROS cakap, memang banyak kereta yang tak selamat lepas 12 tahun dan kebanyakan kereta dihasilkan untuk bertahan selama 12 tahun je. Sebenarnya, kereta yang mereka maksudkan adalah kereta buatan tempatan iaitu kereta jenama Proton dan Perodua.

Tak percaya? Ok, saya kasi perbandingan mudah.

used-bmw-1995

BMW 1995. Umur kereta 18 tahun. Spesifikasi keselamatan yang ada: 2 airbag dan brek ABS. Bergantung pada model, boleh tambah stability control dan traction control. Yes, tahun 1995 punya kereta dah ada ciri keselamatan canggih macam ni yang baru kecoh satu kampung nak dipasang pada Proton Suprima.

Tapi Ariff Shah, tak fair la bandingkan dengan kereta buatan Jerman. Mereka dah lama dalam bidang automotif ni.. bla bla bla.. Oklah. Kita bandingkan dengan kereta Jepun pulak.

used-civic-2001

Honda Civic 2001. Ni kereta 12 tahun. Spesifikasi keselamatan: Brek ABS, Electronic Stability Programme (ESP), 2 airbag.

Sekarang kita tengok kereta nasional pulak.

used-wira-2001

used-kancil

Jangankan airbag, brek ABS pun takde pada kereta-kereta popular ni. Saya pasti laporan MIROS tentang kereta yang tak selamat tu sebenarnya ditujukan kepada kereta-kereta macam ni yang memang betul tak selamat dan membahayakan pemandu & penumpang kalau berlaku kemalangan. 

Kereta yang bermasalah tak patut berada di jalanraya sebab ia membahayakan orang lain tapi malangnya produk nasional yang kita cuba banggakan selama berpuluh tahun inilah yang bermasalah. 

Kesian.

20 Comments

  • dale

    22 November, 2013 at 10:57 am

    Tak habis habis nak condemn proton. cuba la tengok harga dulu. Honda civic 2001 ( RM 32.900) Proton Wira 2001 ( RM 10.500 ). Tecnologies is money. low tecnologies low the car prices. Tecnologies can reduce car prices. cakap melayunya, orang yang tak berduit beli juga kereta yg kau orang kata tak selamat ( lamborghini terbakar tiba-tiba apa kes ). kenapa honda tak jual civicnya RM 10.500 sebabnya teknologi la. kereta termurah ialah Proton. tapi kalau proton bubuh teknologi sikit dan naikkan harga sedikit, mula la kata macam macam. keyword is ” TECNOLOGIES IS MONEY”.

  • Bean Moreno

    21 November, 2013 at 11:48 am

    yups sangat setuju dengan pendapat ko. dan sepatutnya kerajaan kalau xnak letak ciri keselamatan pada kerata nasional atau nak untung lebih they should reduce tax kereta luar. Then baru win-win kat situ…

  • MK Kimi

    21 November, 2013 at 11:32 am

    Good comparison beb! Teknologi lama yg baru nak dipraktikkan dlm kereta nasional yg kini menjadi bualan riuh seMalaya. Too proud dgn kereta nasional katanya. Lagi 12 tahun, kereta2 ni di haramkan jejak jln raya. So, better beli kereta import for long term use

  • mfadhlan

    21 November, 2013 at 9:06 am

    Jadi pihak kerajaan wajar turunkan harga sehingga 70% kenderaan nasional kerana tidak selamat selepas 12 tahun.

    Saya amat sokong 100% andai
    1- kereta nasional Proton & Perodua boleh beli cash. xperlu membantu bank untuk keuntungan melampau2. Jika harga RM60k (diskaun 70%) – >RM18k
    2- selaras dengan nilai kenderaan yang turun 70%, maka nilai premium insuran kereta akan turun juga, paling tinggi pun RM100 setahun :)
    3- Tol dimansuhkan serta merta. Penjimatan sehingga RM125-300/sebulan.

    Dengan ini, pendapatan per kapita penduduk Malaysia pun akan meningkat, selaras dengan pelaksanaan GST pada 2015 kelak.

  • Que Achmad

    21 November, 2013 at 8:28 am

    Betul tu Ariff… Abe setuju sangat dengan Perbandingan yang Ariff buat ni. sesetengah pihak hanya pikirkan keuntungan sampaikan aspek keselamatan jatuh di nombor 2. Abe tak tuju pada sapa2, fikir2kan lah

  • paan

    20 November, 2013 at 10:42 pm

    satu ulasan yg terbaik. tujuan utama kerajaan usulkan perkara ini ialah utk menggalakkan pembelian kereta proton , walaupun pada hakikatnya , kereta proton itulah yg merbahaya.

  • Syaz

    20 November, 2013 at 10:31 pm

    terbaik ariff, entah apa2 la malaysia ni, tau hanya beri halangan tanpa beri laluan yg lain. Kalaulah tahu kereta 12 tahun kena lupus, atleast bantulah rakyat, rendahkan harga kereta atau apa2 bantuan. ini tidak. kerja nak bergaduh dekat dewan parlimen tentang perkara remeh temeh tak masuk akal. walhal banyak lagi perkara yang kena di settlekan. pelik la.. no wonder, sy study dlu, kajian tunjukkan, malaysia punya statistik dalam brain drain tinggi sebab ramai orang dah study luar negara tak nak balik malaysia. semua yang bijak pergi study luar negara. tgk keadaan negara macam ni. malas nak tolong. sedih.