
Baru-baru ini saya telah dipanggil oleh sebuah syarikat kontraktor ternama di dunia dalam bidang carigali minyak. Syarikat ini adalah pelopor dalam bidang teknologi carigali minyak dan beroperasi di seluruh dunia. Saya dipanggil sebagai calon untuk memenuhi jawatan sebagai jurutera. Diceritakan, jurutera dalam bidang ini menerima pendapatan sebanyak lima angka sebulan. Yelah. Kerja susah, risiko tinggi, cara hidup kelam kabut, stress tinggi, tinggal kat tempat kerja, memanglah gaji mahal.
Saya pun tak tahu macam mana boleh tersesat masuk ke dalam senarai calon. Ya, saya ada memohon tetapi tanpa latar belakang yang sesuai, adalah susah sebenarnya untuk masuk ke bidang ini. Calon yang berjaya akan dipilih untuk masuk ke ‘sekolah’ mereka dan akan disekolahkan sekali lagi selama tiga (atau enam?) bulan sebelum dihantar untuk bertugas.
Berdasarkan pengalaman yang diceritakan oleh Pengurus HR yang mengepalai sesi temuduga tersebut, semasa di sekolah inilah bakal jurutera untuk syarikat tersebut belajar lebih keras berbanding semasa mereka belajar di universiti. Tak kisahlah kalau ada master hatta phd sekalipun, memang kena belajar dari bawah. Ujian akan dilakukan setiap minggu dan peperiksaan diadakan setiap bulan.
Temuduga dilakukan secara berkumpulan. Mula-mula calon dikehendaki untuk bercakap di hadapan dengan topik yang diberikan dan diikuti dengan sesi latihan dalam kumpulan (LDK). Dalam sesi LDK ini, kumpulan diberi tugasan untuk membina sesuatu dan membuat persembahan tentang binaan tersebut. Calon akan dinilai sepanjang sesi LDK ini.
Apa yang menarik dalam sesi temuduga ini ialah, calon yang hadir untuk jawatan tersebut. Kesemua yang hadir boleh dikatakan crème de la crème dan majoriti daripada mereka adalah jenis yang ekstrovert. Juga, sebahagian besar daripada mereka adalah graduan IPT tempatan. Semua hebat-hebat belaka, ulat buku dan mementingkan pencapaian akademik. Saya? Saya hanyalah calon biasa. Zaman belajar saya penuh dengan pelbagai perkara, tidak terhad kepada perihal dalam universiti sahaja.
Bagi saya, jawatan ini memanglah tidak akan saya terima walaupun ditawarkan. Tiga bulan sekali baru dapat balik. Duduk di tengah lautan? Tengah padang pasir? No. Lima tahun di Moscow telah cukup banyak mengajar saya kerinduan terhadap tanah air. Problem kat sini makanan je sebenarnya. Memang tak tahan la kalau makan makanan entah apa-apa kat tempat-tempat macam tu. Budak-budak yang belum pernah merasa macam tu patut pergi rasa sendiri hidup di tempat yang serba-serbi tak kena.
Lagipun susah sebenarnya, lebih-lebih lagi untuk mendirikan rumah tangga. Agak kesian kepada graduan wanita muda yang memilih untuk jawatan ini. Mesti kahwin lambat atau mesti tertekan memikirkan bila nak kahwin dan bila nak ada anak. Patutlah yang perempuan yang menemuramah tu garang semacam. Stress banyak kot :P Apa-apa pun, pilihan anda kalau nak memilih hidup macam tu (dan gaji yang lumayan). Ini hanya pandangan peribadi saya.
Satu pengalaman yang menarik buat saya. Tertarik nak tahu macam mana proses interview untuk jawatan pilot dalam Singapore Airlines. Dengar kata, memang susah nak lepas.

Comments
37 responses to “Kerana Setitik Minyak Umpama Sebaldi Peluh Engineer”
heheh..pndangan peribadi aku..duduk di laut tak jauh beza hidup dlm lokap..renung2kan..kihkih
Kalau aku dapat, aku tak pergi. Sbab aku mabuk laut.
Kalau bagitau mabuk laut, memang diorang reject awal2
bak kata kawan aku, belajar biar jauh, kerja biar dekat dengan mak bapak dengan family.
sesetengah orang terlalu nak kejar duit sampai tak nampak yang benda lain yang lagi berharga contohnya family, kawan2 baik.
experience boleh dapat kat mana-mana asal kita tahu how to enjoy our life in a good way. :)
kalau masih bujang OK je kerja offshore ni. kerja setahun dua, lepas tu boleh dah kahwin dan bekerja di darat. Bidang Sya ni, tapi Sya takde lah ke offshore, lelaki lah sesuai kerja ni. Kawan2 yang kerja di bidang ni, memang selalulah tinggalkan anak bini. :D
Humm.. syarikat kontraktor besar yg bg gaji tinggi.. ape ye? Schlumberger?
kena betul2 kuat semanagt la kalau nak kerja dekat pelantar ni…kalau sejak dari zaman bujang kerja macam nie xpe la…kalau dah berumahtangga seksa la…hu3
Tak cuba tak rasa,kalau saya umur masih 20an..memang ambik offer nih…sementara masih bujang ambik peluang yang ada.
kalau masih bujang mungkin tak ada apa sangat.tapi bila dah berfamily tu yg payah.asyik teringat anak bini.haha.
kerja pelantar memang mencabar sesuai bagi mereka yang tak kisah tinggalkan anak bini.. saya tak sanggup…
mak aku selalu pesan, jgn amik kerja yang macam ni. kalau apa2 berlaku kat family, camne la nak balik nak jumpa family T_T
segala keputusan itu memang mengandung resiko … semngat ajj :D
Personal opinion. Rasanya kerja camni kalau untuk setahun dua lepas grad mungkin ok lagi, kumpul duit. Tapi kalau lama sangat mungkin tak best, lagi-lagi kalau dah kahwin. Kesian kat isteri dan anak-anak.
Saya ada seorang berpangkat bapa saudara (allahyarham dah, dalam 2 tahun lepas. Akibat diabetes) yang kerja ‘sebegitu’. Di pelantar dan carigali minyak. Semasa hayatnya dia memang mewah dari segi kewangan. Kerjayanya tu juga dapat membantu keluarganya. Dialah yang terlihat banyak membantu ibu-bapanya. Membesarkan rumah dikampung antara yang jelas nampak. Apa pun semuanya berkaitan dengan kesediaan. Selain ia seperti juga ‘pelaburan’ dengan konsep ‘high risk high return’ (andai ia masih boleh digunapakai, kini-dalam dunia pelaburan). Jika seseorang itu ada ciri-ciri ‘home-type’ (tak kira lelaki atau wanita), kerjaya sebegitu memang tak kena dan elok elakkan. Bimbang juga terlalu kejar wang, lain terlepas.
biar gaji kecil asal tak sakit kepala.. hidup mesti enjoy.. tak kemana pun duit bebanyak .. masuk kubut bawak amal ibadat je..hehe
huhu, bagi aku offer kerja tue terlalu mengongkong… ader jer kawan aku yang keje kat pelantar, kerja 2 minggu kat pelantar, cuti 2 minggu kat umah.. ulang benda sama setiap bulan.. gaji pon ok gak… so overall, aku rasa ko patot tolak offer nie.. haha, cari laa bini dulu.. nanti kang jadi bujang tua plak..
Bagi saya, kalau la usia masih muda, tentu bekerja kat luar negara lagi seronok dan habuan agak setimpal..tapi kalau dah pergi overseas tu dan dah bekeluarga tu fikir elok-elok. Sanggup ke tinggalkan isteri dan anak-anak terutama yg tengah membesar…
Wah.. Besau nya gaji.. best2.. tp bila berjauhan dgn family tu yg xbest.
Emm kerja stress,gaji mahal, tapi tak berbaloi rasanya..hehe..
Pemilihan tentu diantara “the best among the best”. Kerjaya ini nampak gaya memerlukan kompetensi yang tinggi dimana ruang untuk buat kesilapan hampir tiada.
wow… nak dapatkan sesuatu korbankn sesuatu… nak gaji masyuk korbankan life yang selesa…
wow…kalau saya sambar je
Gaji besar, jarang dgn family. Tapi kalau bujang takpe lagi, senang kumpul duit utk kahwin. Ekeke. ~
waw… gaji besau, tp mcm xde life..
ex-rumate kat kolej dulu, pakwe dia keje lbh kurang mcm tu,
sebulan gi pelantar, 2 minggu cuti, pastu kena travel byk tempat..
dr cerita dia ni, pakwe dia dah siap beli rumah, dah ada bape bijik kereta mewah, penah nampak sebijik ms dtg amik ex-rumate kat kolej – alphard, pehh…
Setuju pandangan bro..Saya ada rakan sedorm yang kerja di pelantar..Setiap 2-3 bulan baru balik..anak dah 2,wifey dah bising2..Income memang byk, average RM30k sebulan..wifey boring dok rumah sorang2, akhirnya minta jadi cikgu..Now, kena belajar balik dan tinggalkan 2 orang anak dengan atuk/nenek..Umm,kalau saya,tak sanggup nak tinggalkan anak2 lama2…. Rindu woooo….
Memang masyuk. Sepupu aku ada sorang kerja kapal. Gaji mmg sedap, tapi life tak sesedap lu bro
Cousin aku kerja dengan syarikat carigali yang menaja dia masa belajar. Maybe sebab dia orang nombor 2 atas pelantar tu, maka sebulan sekali dia balik. 2 minggu cuti, pastu balik pelantar lagi.
Duit memanglah masyuk. Sebaya aku tapi kereta dan rumah sudah ada sendiri punya. Wuu~
wah company mana tu bro? Petronas ke?
p/s: 4 tahun lagi bakal dapat ijazah Kejuruteraan Petroleum.. doakan ye
erk…
kapal minyak…kene pk byk2 dan byk kali….
kalau kapal persiaran a.k.a cruise, den trime….
betul jugak tu. kerja macam ni seolah2 tak ada life..
Pergh! gaji lima angka…. Masyuk..
Waktu bujang yg sesuai keja nie…
Kalau dah kawin… Mmg susah laa..
kalau ko muda lagi..better ambil. lepas 5 tahun..ko dah leh demand kerja. leh minta kerja kat darat. aku dulu pun geologist. ada harapan besar lepak kat laut..6 bulan laut..6 bulan darat. ada banyak peluang gi negara orang.tapi aku terpaksa tolak ada banyak sebab..
I see. Begitu rupanya sedikit sebanyak background ko. Tapi entahlah. Lepas moscow, aku tak rasa aku nak merantau lagi. Pilihan peribadi. Ada orang munkin tak kisah hidup macam tu
jadi usahawan je heee
samalah. wlaupun aku just belajar kat sabah..tapi aku dah tak larat nak jauh dengan mak abah aku. sekarang..hujung minggu leh balik jumpa diorang..kalau aku ambil keje tu dulu..ntah bila dapat jumpa..
tu salah sebab utama aku tolak. haha..hidup sekarang lebih best walaupun duit tak banyak. tapi kalau ko jenis ranger..adventurer punya orang..better pergi. peluang sekali aje datang. ramai geng aku ambil. lepas 5 tahun..semua lari ke darat..duit dah beratus ribu..haha..bukak bisnes..duit kumpul kat bank dan asb..siap dah gi haji pun ada. aku je yang tak gi haji lagi. haha..
sama macam job dengan shipping company.gaji mmg lumayan tapi siapa sanggup stay atas laut untuk 6 bulan?kalau ada emergency,untunglah ada heli boleh hantar balik.big money,big challenge :D
also big bonus. Dengar cerita bonus tahunan boleh cecah 14 bulan gaji. wow!