Kerana Sekarang Aku Lagi Besar

Reading Time: 2 minutes

Sekarang ni pak guard kat bawah tu sibuk dok check propusk (hostel ID card) budak-budak hostel nih. Yelah, kan kena bayar duit sewa hostel hari tu, jadi lepas bayar kena tunjuk kat warden hostel ni, kasi dia tulis tarikh extension sampai bila dah bayar sewa. Siapa tak bayar lagi, memang bermasalah la. Pertama sekali tak boleh masuk hostel ni, kena tunggu warden hostel, explain kat dia kenapa tak bayar lagi duit sewa lepas tu dia kasi la slip kebenaran masuk hostel buat sementara waktu. Propusk tu dia pegang dulu. Dah bayar nanti baru dia pulangkan.

Jadi tadi aku nak masuk hostel ni pak guard dah tunggu dah kat entrance. Bila dah dapat kuasa besar boleh halang budak masuk, time ni la dia nak tunjuk garang. Dia mintak propusk aku dan aku kasi dia. Lama gak dia belek-belek, cuba baca apa yang ditulis kat atas tu. Last-last aku dengan beraninya bersuara

Aku: Ya uzhe zapalatil! (Saya dah bayar!) – dengan nada tegas & kacak)
Pak guard: Da? Togda posle abeda ve treyoh podhodi ke komendantu (Ye ke? Kalau macam tu lepas lunch pukul 3 nanti pergi jumpa warden)

Ni maksudnya dia tak nak kasi aku masuk la. Mangkuk hayun engkau pukul 3. Sekarang baru pukul 1.45. Mana aku nak tunggu? Aku dah bayar la bai~ Ko reti baca tak? Aku tak puas hati.

Aku: Za chem? (Kenapa pulak?) – kalau cakap ngan orang Russia, bila dah keluar ‘za chem’ kira dah macam serius la
Pak guard: Gde napisano? (Mana tulis ko dah bayar?)
Aku: Vot, tam pasledni.. (Tu.. kat hujung sekali) – sambil menuding jari
Pak guard: Ploho napisano *^#%$ (Ceh.. Tulis tak clear..) hek eleh.. siap maki-maki nak cover malu lak..

Pak guard tu tenung aku kejap. Muka tak puas hati. Aku dalam hati dah gelak besar dah. Kalau ikut kawan aku punya perumpamaan, terasa benda ‘tu’ jadi panjang lagi 2-3 inci. Last- last pak guard tu pulangkan propusk aku. Aku pun pulang dan menulis entri ini dengan perasaan gembira. haha~

Propusk aku. Aku buat muka nak mintak pelempang..

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.

41 comments

  1. wah! best ko bleh cakap rusia nih! susah ke bro nak cakap rusia nih try ko citer ckit ? >awek rusia xde ke??heheh

    1. awek takde ah. awek russia ni tak mencapai standard yang aku nak.

      cakap russiaa…. susah.. susah.. tak payah la belajar. takde orang pun nak tau bahasa russia ni kecuali orang russia

  2. haha…senang tak nk belajar bhs rusia? mcm bunyi bhs melayu da=ibarat kite ckp ye ke.. :oD

  3. apsal lain macamje gambartu ariff?anyway,gambar ariff ke tu?hik3…
    .-= Cerita terbaru eyriqazz.. Astro B.yond dan 32" LG HDTV =-.

  4. muke ko masam giler beb! hahaha…kalo ko gelak besar dia pelempang ko tak beb? hhahaha..tergelak gak aku baca ko punye cite ni..yerla..dia bajet poyo..pastu bajet nak sindir2 org luo la..haha..camne la nak sebut perkataan russian nih..pelik giler..huhu..camne la ko bajar russia nyer bahasa ni..adoi! =P

    1. Yang bahasa aku tulis tu kira boleh eja sendiri je. Agak2 ada bunyi pelik tu oklah. Tau kan bahasa Russia ni guna huruf dia sendiri? Setiap huruf ada bunyi dia, jadi kalau dah tau macam mana nak sebut huruf tu, semua orang boleh baca bahasa Russia. Macam nak belajar bahasa Melayu gak la. Cuma tatabahasa dia lain, dan of course kena tau la maksud perkataan sume. Tu yang susah. Vocab sikit.

      Tapi kalau nak cakap hari2 tu boleh la.. basic untuk survival kot.

  5. hahaaa..alahai ko ni ariff~~ ada je idea ko kan
    gelak besar aku…seronok blaja bahasa baru neh~ Aja bahasa rusia plak ek?

  6. susahnya bahsa rusia, tebelit lidah~ brapa lama kamu blajar bahsa rusia dgn fasih agknya?

    1. Ni mana ada fasih. Ni benda basic jer.. Dah tinggal sini kena la cakap bahasa sini kan.
      Persediaan dulu setahun je

  7. dh bebelit lidah ni nk test ckp bahasa dowg yg kamu tayang tu. peh! ssah! mcm mne nk ckp mangkuk hayun dlm bahase dowg? xD

  8. ok jadi guard tu sgt malu..camne ley dia xnampak??ni mesti kes saje nk cari salah org la tu…excited sgt sampai xnampak..hehe
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. berita sedih.. =-.

    1. Mase tangkap gambar dulu makcik Russia yang jaga tu pun paiseh. Aku buat muka tak puas hati la

Comments are closed.