Kehidupan Di Celah Bandar Moscow (Siri 14) – Kerana Orang Russia Suka Merusuh

Bila aku tengok penyokong bola sepak negeri tertentu pada suatu perlawanan bola yang berlangsung tidak lama dulu, aku ternampak kebodohan penyokong-penyokong bola negeri ni tak ubah macam perangai kebinatangan penyokong bola sepak kat Russia ni. Memang nampak bodoh sangat! Nama je menggambarkan individu tu penganut agama Islam; agama yang sentiasa menerapkan keamanan tapi perangai tak ubah macam orang Russia ni yang kebanyakannya langsung tak beragama.

Dalam hidup ni, kita tak boleh fanatik sangat terhadap sesuatu. Kena ada batasan. Cinta dan kasih sayang pun kena ada batasan, kalau tak terbatas boleh terberanak nanti. Samalah dengan bola ni, relax-relax sudah. Kalah menang tu adat pertandingan. Kalau tiap-tiap kali lawan bola nak musnahkan harta benda dalam stadium tu, kena tanya balik la orang-orang ni semua, kepala otak letak kat mana?


“Russkiye ve piriod!” “Russkiye ve piriod!” – Russians forward! Russians forward!

Berbalik kepada tajuk asal, hari ni ada berlaku rusuhan kat Moscow dan St. Petersburg. Rusuhan ni pada asalnya bertujuan sebab nak bantah pembunuhan seorang penyokong pasukan bola sepak Spartak, Yegor Sviridov yang berlaku Isnin lepas. Yegor telah mati ditembak oleh seorang penyokong pasukan lawan dari Kafkaz menyebabkan kemarahan orang-orang Russia ni. Apa yang memburukkan keadaan ni adalah Yegor Svidirov dikatakan merupakan ahli kepada sebuah pertubuhan “ultra” (anti pendatang/orang asing) di Russia.

Dengar cerita rusuhan hari ini telah menyebabkan beberapa caucasian/mat salleh dipukul (mengikut laporan berita online) dan ada desas-desus mengatakan orang Islam dibunuh di Prospek Mira. Komuniti Islam tertumpu di Prospek Mira sebab ada masjid kat situ. Orang Islam jadi mangsa adalah disebabkan majoriti penduduk Kafkaz beragama Islam.

Moscow ni kalau tak kena masa dan tempat boleh jadi bahaya. Tapi kalau setakat tempat aku yang terletak kat hujung Moscow ni, kuranglah sikit risiko dia sebab rusuhan ni kalau ada pun tertumpu di tengah-tengah bandar Russia.

Nota: “Neo-nationalist group” dalam laporan video atas ni adalah merujuk kepada pertubuhan yang memainkan sentimen perkauman kat Russia dan sentiasa memberi masalah kepada orang asing di sini.

+ Domain giveaway still running. Check it out!

2010/2011 Premium Sponsor

22 Comments