Kerana Internet Broadband Itu Penting

Aku rasa sekarang ni internet memang tak boleh dipisahkan dengan manusia zaman sekarang. Ada je benda yang perlu dilakukan di internet. Jadi kat sini aku nak ceritakan 10 sebab dan alasan aku menggunakan internet walaupun pada hakikatnya lebih daripada 10 alasan yang boleh diberi. Oh ya, ini adalah entri untuk pertandingan 10 Sebab Menggunakan Internet anjuran Empayar Poyos Tok Nujum (itu sebab aku tulis 10 sebab je)

Internet je tak cukup sekarang ni, nak internet broadband. Baru laju. Senang nak buat kerja. Kena ingat faktor kadar produktiviti yang tinggi kat negara maju adalah sebab internet dia laju. Banyak benda boleh buat dalam masa yang singkat.

Jaga Blog Sendiri

Aku adalah seorang blogger yang sangat sayangkan blognya. Berapa ratus jam aku dah laburkan untuk blog ni, dengan nak edit sana sini. Kadang-kadang sampai nak hantuk kepala kat dinding beb sebab nak edit something untuk blog ni susah giler. Aku ni bukannya coder yang hebat pun. Jadi internet tu perlu ada untuk update blog ni, kalau tak blog ni mati macam tu jelah. Ishh.. jangan la sampai jadi macam tu.

Lagi kepentingan lain nak reply komen pembaca, kalau ada yang tanya2 kena jawab (Nak lagi senang tinggalkan komen, boleh usha plugin Firefox ni easyComment). Yelah kan, mana yang aku dapat tolong melalui blog ni, aku tolong. Kalau takde internet tu macam mana? Lagipun bila dah ada blog ni, lepas tu letak ads pulak confirm la hari-hari nak check berapa banyak duit masuk. Banyak sikit tu lain cerita, yang penting tiap-tiap hari boleh tengok prestasi blog macam mana.

Baca Blog Orang

Bila dah jadi blogger ni, mestilah kenal ramai kawan yang juga blogger. Penting untuk menjaga hubungan sesama blogger ni, lagipun dah kawan kan.. Cuma itulah kadang-kadang busy sangat, dengan nak reply komen kat blog sendiri, dengan nak edit blog sendiri sana sini, dengan nak buat research untuk entri baru.. macam-macam komitmen. So biasalah ada blog kawan yang aku tak dapat lawat balik tu, harap faham-faham je la kan. Lawat memang lawat, cuma lawat mana yang sempat jelah. Kalau tengok kat CommentLuv tu tajuk entri dia ada kaitan ngan aku, aku lawat ah.

Nak entertain semua orang kasi semua puas hati memang mustahil sebab aku ni pun manusia biasa macam korang gak.. betul?

Layan Facebook

Facebook ni dah macam nyawa dah, tapi pada aku takdelah sampai macam tu sekali. Mungkin pada sesetengah orang, ya. Apa aja pun aku buat kat Facebook eh? Tengok update kawan kawan lain, usha awek sikit sana sini.. ala.. benda biasa yang macam korang buat ah. Kalau bosan sikit lagi aku main game kat Facebook, biasa main Zynga Poker ah. Tak kaya kaya pun. Dulu adelah juta juta, sekarang hampeh~ Lagi satu game aku main Kesatria Poyos. Tu pun kadang kadang la.. takdelah sampai nak tahap ketagih kan.. Banyak benda lagi boleh buat. Tapi Kesatria Poyos tu ok la..

Baca Akhbar, Tengok Berita, Tengok TV

Aku pelajar Malaysia yang tinggal di perantauan jadi kalau takde internet ni memang susah keep updated dengan apa-apa yang berlaku kat Malaysia. Kalau harapkan telefon, memang pokai beb~ Kat Russia ni semuanya mahal, tapi internet dia murah giler. Tak macam kat Malaysia.. Laman akhbar online yang biasa aku layan adalah New Straits Times, Berita Harian dan Business Times. Yang Business Times tu penting sebab dari situ aku boleh tau naik jatuh nilai matawang Ringgit kita. Kalau naik, ready jelah nak keluarkan duit banyak-banyak kat bank. Untung macam tu..

Tengok berita biasanya berita TV3 la.. Channel lain mana ada lagi kan? Boleh la.. kurang-kurang takdelah ketinggalan sangat. Kalau ada masa sikit lagi layan la Adamaya sebab ada Lisa Surihani ^^ Tak ikut sangat cerita ni, jadi jangan tanya aku apa-apa ok?

Pengurusan Kewangan

Kalau duit pun dah boleh manage guna internet, bayangkanlah betapa penting dan berkesannya internet tu. Dulu-dulu aku layan Forex, tapi sebab komitmen pada pelajaran memang masa tak cukup nak kasi tumpuan penuh. Jadi aku stop terus. Biasa kalau nak check duit MARA dah masuk ke belum bukak Maybank2U jelah. Tak payah nak pergi bank cucuk kad semata-mata nak tengok balance. Lagipun bahaya kot bawak kad bank sana sini kat Russia ni. Dibuatnya tercicir ke, mampos satu tahun tak dapat nak keluar duit sendiri. Terpaksa transfer duit ke akaun orang lain lepas tu keluarkan duit tu dari akaun dia.

Kalau takde internet untuk masuk Maybank2U dan transfer duit tu macam mana? Takkan nak pinjam duit orang je kan. Setahun perbelanjaan sara hidup adelah dalam RM20000 macam tu, lepas tu nak balik Malaysia lagi tiket RM4000. Siapa nak kasi pinjam RM24000 tunai? Jadi dapat kan idea dia kat sini macam mana pentingnya internet dalam pengurusan kewangan untuk pelajar yang tinggal oversea ni.

Lagi satu kalau menang pertandingan ni duit pun confirm transfer terus melalui Maybank2U, betul tak Tok Nujum? ^^ Kan senang macam tu.. tak payak Atok nak pergi bank susah susah.. kan.. kann..

Komunikasi Dengan Ahli Keluarga & Rakan

Ni penting ni. Kalau nak call guna handset, ades~ aku ni dapat duit scholar je. Kalau buat kerja part time tu lain la. Jadi kalau aku nak call mak aku call guna perkhidmatan Voip (Voice over IP). Murah. Nak elok sikit guna Skype. Lagipun aku tiap-tiap hari YM ngan adik aku. So kalau apa-apa memang dapat laporan direct la. Dengan komunikasi macam ni, handphone aku kat sini tak top up pun takpe. Bukannya guna sangat phone kat sini, awek pun takde so low maintenance je la bab top up aku.

Melalui YM gak aku boleh la contact kawan-kawan lain kat mana-mana dalam dunia ni. Nak kacau2 awek pun boleh, nak webcam pun boleh tanpa rasa bersalah. Free je pun webcam guna YM kan. Tu belum lagi cerita pasal Twitter. Kawan-kawan blogger ramai yang guna Twitter, temasuklah Atok Nujum.

Atok Nujum ada Twitter, Lisa Surihani pun ada tapi gambar ni memang melampau

Cuba kalau takde internet. Aku kena top up paling kurang RM100 sebulan supaya boleh dapat constant update pasal apa berlaku kat rumah. Itu paling kurang ok. Biasanya memang terlebih-lebih kalau ada apa-apa yang penting. Kalau takde internet, maka Twitter memang terus terbiar la. Kat sini macam ada macam kat Malaysia boleh check Twitter guna handset. Orang Russia ni tak reti lagi berTwitter.

Pengurusan Pembelajaran

Aku rasa benda ni memang semua maklum, kat Malaysia pun banyak guna internet untuk download nota kuliah dan sebagainya. Kat sini pun sama, biasanya lecturer kasi nota kat sorang budak (Russian) lepas tu mamat tu upload kat internet. Budak Russia tak layan Facebook, diorang layan vkontakte.ru. Lebih kurang je macam Facebook, tapi dalam bahasa Russia. Walaupun Facebook tu dah ada versi bahasa Russia, diorang ni masih tegar menggunakan vkontakte. Mungkin sebab tak percaya dengan orang Amerika kot.. Apa-apa pun nota semua aku dapat daripada classmate Russian aku melalui internet. Kalau nak tunggu dia passkan thumbdrive tu memang ntah sampai bila-bila lah.. Hostel dahla lain-lain (hostel budak Russia lebih dekat dengan kampus berbanding hostel pelajar asing)

Kalau takde internet, memang leceh la aku nak mendapatkan segala nota tu..

Membeli-belah & Window Shopping

Tengah usha ni.. Joe cakap Macbook Pro kat Malaysia murah..

Haha.. Ni pun best gak buat walaupun kita tak dapat nak pegang barangan sebenar tu. Jap, korang faham kan window shopping tu apa? Lebih kurang macam usha-usha barang la. Seronok apa, nak nak usha gajet2 baru keluar yang kita tak mampu milik. Banyak blog gajet yang buat review pasal barangan ni. Seronok membaca, melihat dan membuat perbandingan. Kadang-kadang kalau dah usha lama-lama lepas tu boleh jadi minat dan kebetulan duit MARA pun baru masuk, siaplah. Memang ‘ter’beli la benda tu, padahal tak perlu sangat pun tapi atas sebab kepuasan diri, beli jelah kan..

Cuba kalau takde internet.. Duit tak habis beli barang macam ni.. haha~ La.. macam mana pulak ni? Cakap nak tulis pasal kepentingan internet, tapi ni dah macam keburukan internet pulak. Habis tolak markah camni.. Tak lah, sebenarnya apa yang aku nak cakap, kalau ada internet ni dapat la gak memuaskan hati dengan hanya window shopping. Kalau takde, kena keluar, pergi shopping complex jauh2. Kalau terbeli tu, mungkin adalah sedikit sebanyak tapi pandai-pandai control diri sendiri la kan.. Kalau terlebih beli tu bukan salah internet, tapi salah diri sendiri sebab tak mampu nak kawal nafsu membeli tu. Betul?

Mencari Resepi Untuk Memasak

Kalau ada mood, aku memang rajin masak sedap-sedap. Ni cerita kalau ada mood dan masa la. Aku ni orang bujang je pun, mana la rajin nak masak sedap-sedap tiap-tiap hari. Kalau masak untuk awek atau bini tu mungkin ye la.. hahahahahaha~ rasanya tak kot.. tapi romantik kan camtu ^^ Kalau camtu memang bini aku confirm tanak kasi aku lepas punya sebab sayang giler2.

Okay2.. berbalik kepada topik, aku bukannya ingat sangat resepi nak masak. Macam2 kot nak ingat, ni resepi nak masak lagi. Haishh.. orang sampaikan ada buku untuk resepi, jadi maksudnya benda resepi ni leceh nak ingat satu-satu. Elok tulis. Bila dah ada internet ni, ramai orang akan share resepi diorang kat internet. haa.. Kan senang tu.. Search je nak resepi apa. Alasan ni macam tak penting sangat tapi pada aku yang kadang-kadang enjoy memasak, benda ni penting sebab kalau apa yang aku masak tu sedap, hati aku puas. Aku happy. Apa-apa yang kita buat, yang penting kita happy, betul tak?

Layan Contest yang Best

Sekarang ni berlambak contest yang menawarkan hadiah yang mantap-mantap kat internet. Dulu aku pernah menang entri terbaik untuk pertandingan Hidup Berani Untuk Gagal anjuran Denaihati (Denaihati tengah buat contest gak sekarang ni). Baru minggu lepas mak aku menang Ipod Touch dan girlfriend adik aku melalui pertandingan My Escapades anjuran Kementerian Pelancongan (aku dah invite ramai orang melalui Facebook, sila check – hadiah semua barang Apple). Sekarang aku masuk pertandingan anjuran Empayar Poyos ni pulak. Tengok betapa banyak peluang yang ada nak menang hadiah kat internet ni. Kalau takde internet macam mana? Langsung tak dapat peluang tu semua..

Kawan-kawan boleh tolong aku menang dengan meninggalkan komen kat entri ni. Tolong tau :D Mana tau kalau komen masuk banyak giler terbuka hati Tok Nujum nak kasi aku menang tempat pertama.. Kalau tak pun Like kan aje entri ni, ok?


Posted

in

by

Comments

31 responses to “Kerana Internet Broadband Itu Penting”

  1. […] – Ahli GengBlogger tentu kenal benar dengan brader ni. Banyak memberi tip-tip berguna untuk panduan blogger baru. Awek ramai yang suka sebab…sebab ape eh? Biarlah diorang jawab sendiri. Aku respect […]

  2. wawaa Avatar

    hahaaa..ariff, jgn lupe men game to..MacBook ye?

  3. Hajar Zain Avatar
    Hajar Zain

    haha3..seres ke mak msk contest tu??/ x ble bla..haha

  4. aizuddin Avatar

    gambar dengan lisa?haha..lawak..macam real je tengok..memang real ke tu??
    btw gud lak gak bro..
    .-= Cerita terbaru aizuddin.. 10 Sebab Kenapa Aizuddin Menggunakan Internet =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks la. Harap2 menang.

    2. lizz Avatar

      betul2. aku terstop lama kat pics lisa n datok cool tu.hehehehe
      .-= Cerita terbaru lizz.. Guest Blogging Slot? Good Idea For My Cap Ayam Blog! =-.

  5. Ismail Noh Avatar
    Ismail Noh

    Ada harapan menang ni bro..Tahniah dapat Ipod Touch :)
    .-= Cerita terbaru Ismail Noh.. Entri Untuk Dauspozi =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Dapat kat adik aku la.. aku yang jauh ni dapat tengok je.. huhu~

  6. Rara Avatar

    haha suka post ni. nice sangat. tiga hari hidup dengan connection internet yang lembap gara-gara broadband dah lebih 5gb, akhirnya hari ni dah dapat connection yang elok. haih boleh gila dalam masa tiga hari tu :P
    .-= Cerita terbaru Rara.. Hello Kitty crochet =-.

  7. iyllienaz Avatar
    iyllienaz

    yup internet sangat penting..lagi2 sekarang ni semuanya di hujung jari..
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. review Nokia E72 =-.

  8. apiih Avatar

    tanpa internet…x idop dunia…ahahaha

  9. uberVU – social comments

    Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by ariffshah: Kerana Internet Broadband Itu Penting http://gengblogger.com/read/104663

  10. razis Avatar

    bro, menjana pendapatan sampingan ko tak letak ke bro? ramai orang buat duit skng dgn internet nie…tul tak komen aku???
    .-= Cerita terbaru razis.. Pelawat Ke-5,555 Akan Menang RM20.00 =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Betul2. Tapi pada aku tu tak penting sangat kot.. Yang penting benda yang memang kena buat hari2 kat internet ni.

  11. hans Avatar

    ko pun masuk juga ekk?
    gudluck juga untuk ko…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Baru tau pasal kontest ni. Idea pulak datang. Masuk je la..

      Thanks bro!

  12. Azrul Hisham Avatar

    wakakaka….aku suka gambar lisa surihani dengan atuk poyo tu….memang tak boleh blah tengok..hahaha
    .-= Cerita terbaru Azrul Hisham.. Folder movie dalam external harddisk corrupt!! Damn!!! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah Rasa nak marah pun ada gak. Memang poyo habis tapi sesuai la ngan nama dia, Atuk Poyo

  13. bukan kisah Cinderella Avatar

    aku penah nanges sebab tak ade internet.Susah nak buat assigment sebab course main dengan teknologi. huhu…. bila cuti internet la resipi book yg paling digemari :P. Ha lagi 1, nak window shopping.weeeeeee
    .-= Cerita terbaru bukan kisah Cinderella.. Bila dapat Satu juta, hutang akan bertambah tambah =-.

  14. joegrimjow Avatar

    untuk 3-4 hari ni
    serius banyak keje
    tp ntah nape, semakin semangat nak berblog
    haha
    aku xtau ape terjadi dengan aku ni
    susah2
    .-= Cerita terbaru joegrimjow.. entry bukan gay : housemate yang namanya zakwan =-.

    1. joegrimjow Avatar

      sorry sebab tak kena dengan entry, jgn ingat ak xbaca, aku baca
      hehe, pukul 1.06 pagi kat sheffield
      .-= Cerita terbaru joegrimjow.. entry bukan gay : housemate yang namanya zakwan =-.

      1. ariff Avatar
        ariff

        haha. Relax ah. Takde hal punya ^^

  15. FTN Avatar

    betul tu bro..segalanya betul.
    masa aku studi kat jepun dulu, komputer 24jam tak pernah off,
    asal rasa nak masak je, terus cari resepi..
    asal balik kuliah je, dah ada movie utk ditengok
    malam masa untuk berkomunikasi dengan keluarga,
    lepas tu shopping barang kamera/kereta online kat auction
    sib baik masa tu facebook takde lagi..haha

    oh ye..online gaming..aku layan DOTA gila-gila dulu..
    .-= Cerita terbaru FTN.. Tak Sabar Nak Tengok Haiwan-haiwan di Zoo Berbicara dengan Lisa Surihani =-.

  16. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    aku suka point pengurusan kewangan tu. sebab dulu wallet aku pernah dicuri. sumpah leceh giler nak kena transfer dkt akaun orang lain. haih.

    dan ko buat aku teringat balik kepada Forex. dulu link yg ko bagi tu aku baca sikit2 je, masa tu malas lagi. sekarang mcm ada banyak masa aku rasa nak rajin2 kan diri balik.

    bagi aku yg penting mobile internet. boleh aku layan facebook, twitter, ym dan browse internet di mana2 yg ada coverage 3G. live news update tu yg menarik.

  17. syahirul Avatar

    fuh satu entri yg terbaik la.. pandai ko olah cerita, insyaAllah ko leh menang ni..
    .-= Cerita terbaru syahirul.. Apa itu God Mode dalam Windows 7? =-.

  18. zik Avatar
    zik

    all the bestla ariff… internet nie dah jadi keperluan… kalau dulu handphone.. sekarang internet… lepas nie . tak tau apa dia agaknya??
    .-= Cerita terbaru zik.. Ajaran sesat di malaysia semakin parah! =-.

  19. serol Avatar

    fuh, internet ni memang sangat2 penting lah skrg.. 10 ni cukup ke sebab dia? byk lagi kot nih..
    .-= Cerita terbaru serol.. Aku kedekut+ikhlas=tension? =-.

  20. ieQa sWetLuv Avatar

    haiyoo penangan fb buatkan ika gile2 addict nak main game je.. last2 now ni isytiharkan diri berpose kalo tidak hancuss la byk yg terabai sumenye gara2 tenet tenat.. ade baik gak tenet wat hal hehe ;p

  21. Lord Zara Avatar

    hehehe~
    aku pun tak boleh nak survive if takde internet~
    mujur kat sekolah (yg biasanya aku spend hampir 10 jam setiap hari kat sana) ada wifi segala~
    kalau tak~
    pergh~
    masak2~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Ningsun Empunya Marga : Terima Kasih Atas Perlip Yang Kau Berikan Pada Aku. =-.

  22. mokteh Avatar
    mokteh

    wo! cari resepi untuk memasak? kagum
    aku penah cari satu resepi je..
    aku cari cara-cara nak buat burasak…makanan tradisi orang bugis.

    aku pun memang tak boleh hidup kalau takde internet. aku rasa aku lah makhluk paling pelik dalam bilik ni
    almost 24 hours perlukan internet
    kalau aku layan movie pun internet mesti kena on gak…haih!
    macam mana la kalau dah kawen nanti..susahla nak bahagikan masa untuk suami dan anak2
    .-= Cerita terbaru mokteh.. Menghitung CGPA =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Betul2. Samalah. Kalau takde internet memang tak senang duduk. Sampai sanggup top up untuk guna 3G yang mahal kat sini