Last update seminggu lepas. Itu pun update yang isinya bukan datang dari kepala otak sendiri tapi datang dari Twitter. Aku cuma sort out tweet yang kelakar dan kurang ajar je masa sesi #tanyanajib dan letak dalam entri. Hasilnya? Pendapatan untuk hari tu mencatat rekod bersih kedua tertinggi setakat aku pernah berblogging. Giler ah. Masa buat entri tu tak bajet pun boleh dapat macam tu tapi bila buka Innity Advenue, terbeliak jap mata..
Aku tengok sekarang banyak blog yang cerita entah apa-apa sebab duit. Tak kisah pun, cuma dari kaca mata aku, nampak sangat blog tu dah takde hala tuju. Kejap ini, kejap itu.. Tak konsisten. Tapi aku pun dah tak konsisten update kan.. Entah la.. Macam-macam dah dalam real life aku ni, buat aku tak kisah sangat dapat duit ke tak melalui blog ni. Advertiser bayar lambat/tak bayar pun aku dah macam malas nak layan. Kalau kena kat blogger lain tak, confirm nak melenting sampai tulis entri. Relax ah..
Bila diam lama ni, kita perhati orang lain senyap-senyap.. macam-macam gaklah perangai manusia ni kita nampak. Nak cerita satu-satu karang confirm ada yang sentap pulak, jadi aku simpan sendiri je lah. Lepas tu tengok balik apa yang kita buat ni ada yang orang ikut atau guna idea tu, rasa macam bangga pun ada jugak. Kurang-kurang aku adalah menyumbang sikit pada kemajuan orang lain. Oklah tu kan.. daripada aku tak menyumbang apa-apa langsung pada masyarakat.
Bila diam ni, aku dapat buat macam-macam sebab tak luang banyak masa bercakap dan membebel. Contoh kat Twitter, aku tengok banyak je orang membebel bagai nak gila. Ada yang memang non-stop beb. Semua orang nak layan, tegur, respond. Bila dah macam ni, ternampak pulak macam ter’over’ di situ. Memang Twitter itu satu kebebasan bersuara, tapi kadang-kadang bila dah bebas sangat ni kita lupa yang setiap perkara dalam dunia ni ada batasan dia. Follower baca gak tweet tu walaupun aku tau ramai je yang ada akaun twitter tapi tak aktif langsung. Jadi sebagai orang pendiam macam aku yang memang kerja duduk depan lappy sepanjang hari sebab sekarang ni musim study leave, aku baca semua update orang yang aku follow.
Bila membaca nilah yang buat kita nampak lebih jelas orang tu macam mana. In real life pun, kalau kita buka mulut lebih-lebih sampai terkeluar benda yang tak sepatutnya diperkatakan, memang akan membuatkan kita ni nampak bodoh dan dungu. Konsep sama, medium berbeza. Tapi itu pendapat aku je. Aku ni pun bukannya pandai sangat.. Kalau duduk satu kelas dengan aku kat sini, memang korang akan tau yang aku ni antara student yang paling tak cemerlang. Dapat survive kat sini sampai final year pun dah cukup bersyukur..
Cuma itulah, kadang-kadang dalam hidup ni kita kena stop sekejap. Duduk diam dan fikir balik apa, mengapa, bagaimana atau apa-apa sahaja dalam hidup ni. Cuba tutup mulut tu sekejap, mungkin sejam, mungkin sehari.. Yelah, kita tak tau kadang-kadang orang lain pun boleh naik meluat sebab kita ni bising sangat. Cermin balik diri ni dan tengoklah kalau ada silap mana-mana. Mesti ada sebab manusia ni tak sempurna.Dalam konsep kejuruteraan ni pun, kita tak boleh cipta sesuatu yang sempurna atau bagus semuanya. Mesti perlu ada benda yang negatif, faktor yang mengurangkan efficiency mesin tu supaya ia boleh bekerja pada kadar yang optimum.

Comments
44 responses to “Kerana Diam Itu”
Assalamu’alaikum..(^_^)
sy setuju juga tentang pendapt diam bila perlu & berkata-kata bila perlu…kadang2x kita pun perlu berdiam dri & fikir sejenak tentang diri kita..tiap2x hari before kita tido kita kene muhasabah diri…klo x boleh, at least la tiap2x bulan kita kena muhasabah diri…ye la..time2x dapt gaji tu..masa tu kena muhasabah dri..hehe…kita kena menilai semula apa yang kita dh buat, then baiki apa yg perlu…baiki sikit demi sikit lebih baik drpd tak baiki langsung…huhuhu.. (^_^)
wah suke entry ni….setuju sgt2….rmi jugak blogger yg cm syok sndiri, abes sume citer, dlm kain luar kain pun nk bgtau kt sume org….tp tu hak diorg, slagi xkaco org n diorg bahagia, kite biarkn jelah…as a reader, xrugi pape pun….anyway, dr penulisan seseorg kite bleh agak org tu cmne….mgkin xtepat penilaian kite tp sekurang2nya kite dpt gmbaran org tu cmne…btul x?? hehe….lgpun thru blogwalking ni, dpt mcm2 info gk….anyway en ariff, truskn menulis, sy suke singgh kt sini if ade mase tluang…
bediam diri itu lbeh baik ..
Kekadang diam itu lebih baik daripada berkata-kata yg boleh menyakitkan hati.
Bagi mereka yang beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati & sia2. sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara2 yg berhikmah.
akak follow & add link ariff di blog akan. senang akak nak jenguk selalu info2 hebat ariff kat sini.
dah lame x bace entry bro…
‘n hope komen kali nie boleh masuk’
aku x aktif twit sgt sebab function dia pun aku belum explore tapi kat FB keadaan sama berlaku.
sampai aku dah muak nak tengok, aku lepak kat blog je. kat blog orang nak membebel sampai esok pun xpa, sebab blog memang khas tuk menulis panjang lebar.
:)
DIAM untuk berfikir & muhasabah..:)
blogger skrg suka ambil kesempatan dari berita2 utk buat entri…artis meninggal, artis bercerai, kutip duit atas jalan. Berpuluh2 blogger tulis benda yg sama…what’s the point? traffic of course, they are not a pure bloggers anyway.
bukan amik kesempatan…tapi pandai curi peluang…bisnes bebeh…LOL
Pepatah lama..
diam ubi berisi..
diam besi berkarat..
baik lagi ubi..
ada masa kita perlu diam. jangan asyik membebel saja.
Diam berisi tu sama la ngan diam lebih baik berkata-kata, sebab dalam diam kita beri ruang untuk jadi pendengar, sebab mulut dan telinga harus sama-sama berfungsi, kalau tak macam mana nak tahu salah diri.. tapi ariff ni diam-diam berduit kan??ha2
betol3.
kadang kadang diam tu lagi baik.
;D
diam-diam ubi… cuma jangan diam sangat nanti kena cangkul… terima kasih …
Kadang2 mendiamkan diri itu cool jugak.. membuatkan orang lain tertanya2.. :)
yup nampak steady je bro
tapi banyak2 fikir nanti jadik stress…
http://ishikosworld.blogspot.com/2011/01/116-saya-nak-ke-saya-suka.html
tapi, mmg ada je orang yang tak reti diam ni..macam aku ni..i haf to speak what i think.. :) people are born different ariff..for those who can, they would without anyone having to tell them to..
Salam bro, Aku terpegun bila melihat cara ko menulis,mmg mantap…org nak berblog aku pun nak gak…pas tu entri berterabur… tak tau mana hala…Ntah le…
Bila dh x de haluan,copy paste je laa ha3x!!!
Rasenya tu je yg terbaik yg mampu aku begi…
“semoga esok lagi baik dari ini.” tu je,salam.
btul. Tp masing 2 punya kuasa atas suara sendiri..
aku lebih suka baca entry kat tempat2 camni.. denaihati, blog ni, kulanz, dan maliq, .. buatkan aku nak jadi macam anda semua..
tapi itulah.. aku cuma blogger baru.. apa aku buat adalah isi hati aku sebagai blogger baru.. isi hati aku, aku luahkan lewat blog..
aku menulis dari hati berpandukan akal.. bukan dari akal berpandukan hati..
terima kasih untuk entry ni…
mmg sentap weh aku baca niii… T___T
ala… jangan la sentap lak.. ni pandangan jer.. takde kaitan dengan hidup atau mati..
berehat sebentar setelah penat bermarathon.. nice..
Twitter ni macam tempat meluah perasaan la..
Kadang² nak gelak jugak baca timeline..
Benda kecik ciput pun nak kecohhh
Alahaiiii
hoho..aku dah lama diam benda-benda cam gini. Biarlah..diorang nak tulis apa. Janji depa heppy. Diam itu seksi.
betul tu..
kadang kala diam lebih baik dari terpekik2. Macam ubi kayu .. makin lama makin berisi. =)
Nice bro.. Setuju sangat.. Kadang2 aku pun terover kat twitter.. haha
true
cool lorh brader gundam.
why dont u buat entri bout your nick name?
sounds cool rite?
=D
Welcome back Bro.. Harap2 awak boleh ‘lepas’ your last paper hari ni.
yeah. Thanks. Semua lepas. Boleh cuti dengan tenang..
phewww. kami diperhatikan ariff :P
setuju jugak.. kadang2 bila dah byk sgt kita tweet.. nnt akan timbul perasaan ade sesetengah perkara yg kita tak patut tweet.. wpun dah tweet pun mende tu..
Bila kerja maksudnya aku takkan update macam selalu.
Tegur orang yang aku rasa nak tegur di Twitter.
If tak signifikan, aku tak tegur.
Itu sahaja.
kadang2 ramai jugak yg nak tau dan tanya pada aku pasal advertising ni..sebab tu aku tulis dalam entri je terus..papehal aku suruh baca entri dah..tak payah nak terangkan sorang2..
btw betul jugak..kadang2 memang kita perlu diam sekejap..muhasabah diri..
dalam diam itu turut belajar beberapa perkara..
diam itu lebih baik dari banyak berbicara..
ehheeeee
lama x lihat ariff menulis…
igt ke ade ape2 hal…
rupanya berdiam dan bermunasabah diri…
bagus2…
munasabah?
perlu setuju dengan artikel ni.
banyak cakap banyaklah silap.
muhasabah di pagi hari..
err…sori bro…typo error…hee