Kerana Buat Facial Itu Menyakitkan

Reading Time: 2 minutes

Seumur hidup aku memang tak pernah la pergi memanjakan diri dengan benda-benda macam ni. Faktor kos untuk pergi buat rawatan macam ni memang menjadi penghalang besar. Pergi kali ni pun sebab aku ada menang voucher bernilai RM500 daripada Men’s Health. hoho~ Sebenarnya voucher tu adalah untuk slimming package, kasi bentuk six pack tu cepat sket. Tapi aku cakap dia slimming2 ni memang tak jadi masalah pun. Aku balik Moscow nanti habis hilang semuanya jadi diorang kasilah aku tukar guna voucher tu untuk facial.

Satu benda pasal voucher2 macam ni, biasanya diorang akan push supaya korang bayar untuk sesuatu. Nanti pandai-pandaila diorang gunakan marketing skill dan awek salesgirl dahi licin supaya beli something; produk atau pakej lain. Memang kalau datang semata-mata nak guna voucher tu tak dapat la. Mak aku dah cakap awal-awal, aku je tak percaya. eheh.. Aku nih kadang-kadang degil sket. Setelah dipujuk rayu oleh amoi salesgirl tu, maka aku pun amiklah satu treatment lain ngan satu produk. Harga semua belakang cerita, kecuali kalau ada orang nak sponsor untuk next session boleh la tanya aku harga dia.

Minggu depan buat treatment ni pulak

Aku buat appointment untuk dua treatment. Hari ni treatment yang aku beli tu, facial biasa je kot. Next week yang guna voucher. hoho.. Tak sabar nak tunggu yang guna voucher tu sebab treatment yang tu lagi mahal.

Treatment tadi.. biasa je kot. Awal-awal sampai amoi tu suruh tukar baju, pakai robe. erk. Tak tau lak aku kena tukar baju nih.. Rasa janggal pun ada. Lepas tukar baju lepak-lepak jap. Kalau tak puasa ada coffee maker sume, boleh la nak minum-minum dan bersantai kat situ. Handset dua-dua aku off. Karang ada orang call takkan nak suruh amoi tu jawabkan pulak. ish.. habis jatuh saham. Phone orang single tapi ada perempuan lain yang jawab. Sejak kebelakangan ni terasa macam ada girlfriend pulak sebab hampir tiap-tiap hari ada je awek call. ehem..

Mula-mula facial tu sedap je. ohh… Bila masuk part dia picit keluar segala bendalah kat kulit muka ni, mak aih. Memang rasa macam nak meraung kesakitan. Aku rasa kalau orang badan tough2 tu pun kena macam aku tadi memang keluar air mata la menahan sakit. Pedih siot. Taubat pak! Lepas ni memang nak jaga muka ni betul2.

Sementara aku menunggu buat facial tadi, sempat gak pergi saloon potong rambut. Tak boleh la rambut panjang-panjang ni. Rambut aku jenis keras dan kerinting, jadi kalau panjang memang tak smart langsung. Tak sangka pulak kat sini potong rambut RM10 siap dengan basuh sekali. Macam tu kalau kat Moscow kurang-kurang RM40.

Pergi facial dan potong rambut smart-smart camni macam ada big date je.. Mana ada weh! Apa-apa pun memang puas hati la.. Lain kali aku nak try pergi spa lak.. hehehe..

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

55 responses to “Kerana Buat Facial Itu Menyakitkan”

  1. Anip Avatar

    hoho…dpt wt facial..msti muke gebu…
    mkin ramai awek la nnt..hehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      Mana ada gebu lepas satu treatment. Kurang-kurang nak satu lagi baru ok sket. Habis la.. confirm meraung lagi next time.

  2. si kunang-kunang Avatar
    si kunang-kunang

    waa..bestnya dapat buat facial..tingin jugak nak pegi..

  3. suziesanji Avatar

    kene tukar baju tu sebab dia nak urut bahu sekali…
    erks~~ ade urut-urut sekali x?

    1. ariff Avatar
      ariff

      urut bahu je. masa awal2 ngan masa dah habis

  4. Anwar Osman Avatar

    huhu… lepas nie muka jambu la bro kita nie ek. lagi ramai la awek2 nak kepit.

  5. syafika Avatar

    nice… :D pas ni misti muke sehalus sutera.. :D ngeeee

  6. Clarky Avatar

    ah belum lagi kena bikini wax…
    eh. ala wax kaki pun rasa nak meraung.
    haha!

  7. hakimfaridzul Avatar

    hahahahaha, baru tau sakitnya ye bro???

    kalau dia on steamer masa buang blackhead tu, kurang sikit sakitnya~

  8. cik allly Avatar

    buat facial mmg sakit part diorg cungkil keluar blackhead… mengalir air mata weh..

  9. MM Avatar

    mntap r bro…

  10. lizza Avatar
    lizza

    ~Yey!!! Muka dah licin…trus tak kenal…dududu..:)

  11. Mah Avatar

    jng lah buat kalau menyakitkan muka nak pakai lama..

  12. azurie_zue Avatar
    azurie_zue

    one step utk tackle perempuan ni..hehe
    ttp buat facial mmg sakit pun..especially bila nk picit black head tu.. =)

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha.. sapelah yang nak ditackle tu..

  13. Mohor Maju Avatar

    dah nama pun lelaki metroseksual..Benda tu macam dah jadi satu keperluan pulak..

  14. tpinky Avatar

    good… facial tu aktiviti memanjakan diri sbnrnya.. salah satu cara untuk menghargai diri sendiri setelah penat bekerja atau study…sambil2 tu boleh juga belajar mcm mana diorg buat urutan muka supaya nampak tak letih … sebulan sekali memadai bg yg btl2 ingin menjaga muka…ewah2 support tuh… sy pun sllu g facial..tp tpt facial tak lah mahal sgt.. setakat guna felisa kosmetik jer.. tak sampai Rm100 sekali facial.. plus rawatan resdung skali…..

    1. ariff Avatar
      ariff

      I see. tak tau lak ada yang murah2. Kat tempat saya buat nih, paling murah pun 100+

  15. sha myheart Avatar
    sha myheart

    Wah, makin berseri-seri la arif. Makin ramai la aweks yang akan call tiap-tiap hari. Hihi..

  16. rashid Avatar

    Yeah…bertambah hensem la ko bro…hehe

  17. wawa Avatar

    ekeke…nak wt treatment jugak…~

  18. nursarah puteri biru Avatar

    ahahaa. pempuan je call ariff, ariff tak de call pompuan kah?

    huhu. buat facial tradisional kat umah je la mampu. lagipun muka aku tak rosak sgt macam bazir lak nak wat facial kat kedai. huhu

    tapi nanti kalau nak kawen, konfem akan buat. hahaa

    1. ariff Avatar
      ariff

      muka ko ok je. takde jerawat sume. xyah buat pun xpe. muka aku ni memang problem

  19. abang chik Avatar

    wahhh caya la xpernah lagi merasai kehidupan seorang blogger yang membuat facial =)

  20. syahrilhafiz Avatar

    hihi..
    lelaki maskulin la pasni..
    untuk raya ni..=)

  21. Nabiel Avatar

    bro..
    nie khas untuk raye ke?hehehe..
    cayalah!mesti makin jambu nanti..lalalalaa

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha.. jambu apanya..

  22. Rahibah(dot)com Avatar
    Rahibah(dot)com

    Aku buat facial pun time nak kawen je. Buat sekali. Mimpi ngeri berhari-hari. :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      ada pulak sampai camtu sekali.. ish.

  23. ZE Avatar

    wow berseri-seri la raya nanti..=)

  24. chekgu naman Avatar

    haha..tak pernah try lagi facial ni..

    dasyat facial pun beratus..iskh²

  25. Mommy Lyna Avatar

    Mantoppp

    Acik pun tak penah g facial. Rasa mcm dah lawa hehehe

  26. ery farieha Avatar

    ehemmmmmmmmm
    ehmmm
    hahaha

    1. ariff Avatar
      ariff

      ape ehem2?

  27. bubbles182 Avatar

    pasni kene slalu ar buat facial. mane tau makin banyak nak masuk paper kan kan :P

    1. ariff Avatar
      ariff

      ala.. nak berangkat ke russia dah. Nak masuk paper macam mana

  28. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    wah kasi gambar sikit..nak tgk ada perubahan tak

  29. mas Avatar

    salam ziarah,

    mmg la tang picit jerawat tue konfem kuar ari mate nye..kalo tak bukan facial namanya ;)

    tp yg bagusnya facial nie, bole buang toksin dalam badan! lepas nie try steam bath pule yea!

  30. cimut Avatar

    sape call sape call? teeeheee :D

  31. eiela Avatar
    eiela

    wat facial memang best cuma tak bestnya tang dia picit jerawat2 nakal tuh klu ada kat muka. kita sendiri tak picit, diorg plak yg picit, mau nangis dibuatnya. walaupun kecik diorg tak kira. tapi sekali sekala memanjakan diri ape salahnya kan!!

  32. fiffy syafiqa hazirah Avatar

    aku pernah plan nk g facial. tapi aku ragu2 ragu gak. sebab ak takut product yg dorg guna x kena dgn muka aku. n……. sakit. kalau g teman mak aku wat facial, aku tengok macam seksa je. hahahaha

  33. eyra Avatar

    hari2 ade awek call. ehem…

    HAHAHAHAHHAHA tu je aku kusyuk baca

    1. ariff Avatar
      ariff

      ehem..

  34. zuez Avatar
    zuez

    like

  35. namia Avatar

    best aper buat facial.. kalau boleh nak buat tiap2 hari tp mana leh buat hari2 ..

  36. PoJiePooH Avatar

    Mmg menyakitkan tapi best n puas kan buat facial.. Lebih² lagi kalau kelihatan lebih kacak dan bergaya lepas itu.. Awek pun rasa cam nk cium pipi tuh!

    Love,
    PojiePooh Abdullah

  37. Azrul Avatar

    gambar-gambar….kitorang nak tengok..hehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      aaa…

      gambar aku pakai robe sangat gay

  38. budak lelaki Avatar

    wah…
    x pernah gi facial lagi ni.
    nak try la lepas ni.
    jadi cambest x?

    1. ariff Avatar
      ariff

      best2. rasa kacak je.. ahaha

  39. PJ Avatar

    aku nak gi spa tapi takde sapa sponsor ..sapa2 murah ati nak sponsor aku

  40. Piratz Avatar

    Wah2.. takde ke gambonye?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ish.. gambornya tak boleh ditunjuk..

  41. Lord Zara Avatar

    aku buat facial sendiri je kot~
    hehehe~

    tetap tak puas hati~
    nak gak nombor incik ariff~

    kih3~
    ni bukan nak date, ni sebab nak raya kau buat facial kan? kan?
    (aku berfikiran naif~LOL!)

    1. ariff Avatar
      ariff

      yup. sebab nak raya. haha!