Kerana BMW

Reading Time: < 1 minute

bmw

Saya tunggu BMW ni dari tahun lepas lagi.

Bukan. Bukan kereta, sebaliknya no. pendaftaran kenderaan siri BMW. Kereta belum mampu lagi. Boleh baca langkah untuk tender no. pendaftaran di JPJ yang saya tulis dua tahun lepas.

Keluar pergi kerja pukul 7 pagi kelmarin. Terus pecut pergi JPJ Shah Alam untuk hantar borang tender no plat ni. No. yang ditender BMW 688.

Saya suka 3 nombor macam ni sebab kurang popular, bila kurang popular, kurang saingan dan harga rendah.

Kalau orang cina fahamlah apa maksud no. 68 dan 88 ni. Bila beli no. orang Cina, nanti nak jual nombor ni pada taukeh Cina takde masalah. Mereka sanggup bayar.

Lagipun kalau jual kat pemilik BMW, takkan nak main ratus-ratus, mesti ribu-ribu punya. Kereta mahal takkan tak mampu beli no. plat mahal-mahal. Itulah angan-angan kalau dapatlah no. yang saya bida ni. Actually, memang ni sebab utama nak bida nombor ni pun. Sebab nak jual.

Sekadar cuba mencuba nasib. Kalau dapat memang rezeki saya. Kalau tak dapat, wang bidaan akan dipulangkan kembali. Untuk siri BMW ni, katanya sampai tak muat dah peti borang tender tu. Orang entah dari negeri mana datang hantar borang tender. Memang panas.

Tak sabar nak tunggu keputusannya.


Posted

in

by

Comments

17 responses to “Kerana BMW”

  1. Rich Avatar

    AP 15 ,itulah nombor plat yang aku idamkan,ntahla wujud lagi ke idok nombor plat ni…sapa la yang pakai no ni ek? ..

  2. asmira Avatar
    asmira

    saya punya 4488, ‘mati mati mau kaya’.. tapi xkaya2 hik hik hik

  3. siti hazreen Avatar

    hari tu, beli plat J je, tak pilih nombor

  4. Mazni Azmi Avatar

    BMW selalu di kaitkan dengan best man win

    Sebelum ni isu plat WWW

    Selamat berjaya dengan bidding tu. Semestinya nombor yang cantik cantik dah ramai yang nak

    Tertanya tanya juga.. Boleh ke beli nombor plat tanpa ada kereta?

  5. nz ln Avatar
    nz ln

    All the best bro in your takaful bisnes. Not sure if you remember or not. i did ask u to be an agent back then when u were in russia thru a comment here in your blog. X sangka jadi betul. All the best again.

    1. Ariff Avatar

      Seriously? I check your email, tak jumpa komen tu. Memang lupa dah after puluhan ribu komen in this blog.

      Anyway thanks a lot

  6. Rujukan Kastam Avatar

    saya x pernah terfikir nak buat macam ni, tapi idea hendak beli untuk dijual nanti tu nampak menarik juga.. :)

  7. akubiomed Avatar

    Ada yang minat membeli nombor unik seperti ini.

  8. Izwan Avatar

    mungkin ada yang bid BMW 88 terus. memang lawa betul tu.

  9. Paih Aman Avatar

    Shah… Kereta aku 8844… maksud die “Kaya Sampai Mati” hahahaha

    Sekadar gurauan.

  10. Afiq Avatar

    Apa maksud 68 88 tu ye? Macam menarik je… bila ramai dah tau mesti pakat berebut nombor 688 pulak nanti :)

    1. Ariff Avatar

      Kalau ikut feng shui, 68 dan 88 salah satu no. bertuah

  11. Que Achmad Avatar

    InsyaAllah, Abe pun amik jgk BMW ni

    1. Ariff Avatar

      wah.. ni bukan setakat no., keretanya pun mesti dah ada

  12. hikaru matsushima Avatar

    barang baik.

    mesti laku keras panas kentang punya. hehe

  13. ejam Avatar

    BMX nanti agak2 begitu tak sambutan tendernya?
    Jenama basikal dipakai pada kereta…tak nampak mewah sgt…hehe

    1. Ariff Avatar

      BMX.. biasa je.. Orang dah beli kereta mahal-mahal takkan nak panggil BMX pulak.

      BMW ni, kalau pasang kat kapchai pun orang berebut nak kapchai tu