Kerana Bangun Awal Itu Perlu

Reading Time: < 1 minute

Aku ni jenis yang bangun awal. Tidurlah lambat macam mana pun, pukul 3-4 sekali pun kalau aku nak bangun pukul 8 atau pukul 7 masih boleh lagi. Aku tak suka bangun lambat lebih-lebih lagi masa hari bekerja ni sebab nanti kelam kabut. Perkara paling dibenci kalau bangun lambat ni, aku terlepas nak bersarapan. Ahh… memang rosak mood kalau pergi kelas perut lapar dan kalau tak sempat makan sepanjang hari, memang bila balik rumah mood nak makan orang.

Kalau bangun lambat ni otak aku mesti serabut sepanjang hari. Banyak benda yang nak difikirkan serentak masa kelas pagi tu. Jadi tak boleh tumpukan perhatian. Entah apa lecturer cerita kat depan pun tak boleh masuk. Bila bangun awal aku boleh relax check email satu-satu, chatting dengan awek, kalau call tu dia call la, layan Facebook sikit. Jadi otak aku ni dapat la warm up sebelum pergi class. Sampai class takdelah bercelaru sangat.

Bangun awal, bangun awal gak tapi aku suka tidur. Tidur ni seronok la, lebih-lebih lagi bila sejuk giler kat Moscow ni. Kalau sejuk, budaya duduk dalam kepompong ni kembali la. Tapi sekarang ni exam dah dekat, kena kikis sikit tabiat berkepompongan tu. Kerja banyak aa.. Tapi satu la, aku tak pernah tidur siang. Tak tau kenapa. Tidur awal tu ya, tapi kalau tidur siang memang jauh sekali la kecuali kalau migrain aku datang. Time tu memang kena tidur, tak boleh buat apa dah.

Sekarang pukul 11 malam waktu Moscow, dah menguap.. Kerja satu apa tak buat malam ni. Tahniah Ariff Shah.. apa nak jadi la ko nih..

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me


Posted

in

by

Comments

48 responses to “Kerana Bangun Awal Itu Perlu”

  1. meri Avatar

    salam…
    jgn t’tinggal solat subuh…k

  2. akubiomed Avatar

    Saya kalau tidur lewat apa bila bangun tentu pening kepala. Saya jenis tidak tidur siang hari semasa menjadi time clock kepada kawan-kawan di asrama takut terlajak waktu study di asrama :-)

  3. pilotHans Avatar

    mangun tido lambat xpe tp tido siang or tido blk after mangun tue mmg xbrape ske..tido after zuhur rase rugi..kadang2 klo tido 7am, yeah after suboh br tido ada gak..paling lewat 1pm daa kene mangun…if not rase rugi jer..haha…

    tp lately aku try tukar habit aku..mangun 8am..kadang2 ngelat gak smpi 9am..weekend pun jd mangun 8am wpun tido 2am..aku rase mmg tido below 7hours daa cukup kot..

    cheers

  4. Hadi Rofiee Avatar

    Banyak kebaikan bila bangun awal ni. Betul cakap kau tu, bila bangun lambat, mood kita juga akan terganggu. Itu pasti.

  5. dina Avatar

    bole tau kenapa tak suka tidur siang??
    adakah sebab tak sempat nak tidur @ rasa tidur siang tu buang masa ek???

  6. tina Avatar
    tina

    la aabg,lumrah hidup..lgpun bgn lambat rezeki lambat mks kn..hehehe

  7. RedBoys Avatar

    kdang2 aku tidur gak siang.. kah2..

  8. arrizz Avatar
    arrizz

    waktu tidur aku kat hostel tak seragam..most of the time tido atas pukul 1 camtu..hehe..kalau kat rumah, aku suka tidur awal sebab nyaman bila buka tingkap luas2..angin bertiup sepoi2 bahasa..hehe

  9. shima Avatar

    woahhhh.tak pernah tido sianggg.???bagusnye.nak try jugak lahh katakan tanak tido siang.LOL

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ish. Takdelah tak pernah cuma aku memang elakkan daripada tidur siang.

  10. zharmin Avatar

    itulah lumrah jadi student…malam cepat je mengantuk..
    kalau masa study dulu, habis kelas siang terus mengadap game..tu yang tak tido..

  11. L.Y.N.N Avatar

    bagusss2!!pintu rezeki ter-buka luas bg sape2 yg tak tido after subuh..insyaallh..
    and yeasss..breakfast sgt penting!=)

  12. Ladfe Amir Avatar
    Ladfe Amir

    kau cuma dapat paksa diri bangun awal sewaktu time berkerja. time cuti je mesti terbabas. apa nak jadi ngan aku ni

  13. Wawa Avatar

    Tahniah Ariff..
    apalah nak jadi dengan ko ni. Aku n Alan dah habis final.. Yihaa..! Bercuti..
    26nov ni konvo =.=

  14. izyan ismail Avatar

    bagun pagi dibukakan rezeki melimpah ruah..and boleh planning apa nak buat…tapi kalau dah bangun lambat..memang tak ada mood nak ke kelas or kerja ..been there done there….

  15. Faris Al-Muhandisu Avatar

    bangun awal, mandi awal sangat fresh…. n lambat gemuk =P

    1. RedBoys Avatar

      bab ni aku setuju.. mandi pagi2.. fuhh.. terus semanagt sepanjang hari.. best2

      1. Faris Al-Muhandisu Avatar

        kalo badan melekit mmg rimas.. hoho

  16. el Avatar

    hahaha.. entah nape aku rase entri ni sedap pulak nak bace..ki3x.
    yeah! tahniah ariff shah!

  17. Dya Mohd Avatar

    yup..kdang2 bile kita da tebiasa bangun awal,memang oto akan bangun awal.nak time cuti pun awal je mata ni celik.huhuhuhuh

  18. Eazy Izzuddin Avatar

    bgs bgn awal neh

  19. Eazy Izzuddin Avatar

    haha..
    bagus bgn awal ni..
    semua kerja jalan..

    Entry Baru:
    *CONTEST- MISS LOLLY’S | BIRTHDAY*

  20. samanosuke_04 Avatar

    hehe.. cane bleh bangun awal camtue rr? ko jenis coffeeholic gak ke? aku selalu tido lewat, bajet nak bangun awal besoknye.. tetengok mesti terlepas lecture pagi.. hahahaha

  21. takky Avatar

    aku mesti tido dlm 6 jam….
    x kire pukul brape pun aku tido…
    mesti kene cukup 6 jam….

    bile aku tetido tyme bukan waktu tido…
    aku amek mase 2 jam,
    konfem2 aku amek mase 2 jam…
    baru aku akan bangun n wat ape yg patut…
    huhuhuhuu…..

  22. Lord Zara Avatar

    aku kalau berjaga malam memang biasa kalau dah bertugas kat kem~
    bangun nak awal~
    woooo~

    pastu kalau nak g skolah, tetiap pagi kena bangun awal sebab pukul 6 suku aku dah kena start gerak~

  23. syahrilhafiz Avatar

    hehe…sejak2 aku dah habis final..badan ku rasa malas nak bangun awal..time to rest..ngeh3..
    tu la bro..

  24. hazel ruslan Avatar

    aku kalo tido lewat , sudah semestinya terlajak nu jauh sampai London…
    okay habis la kalo ko leh bangun awal tu…

  25. intankuterpilih Avatar

    tahniah juga kat ariff shah..sebab biasa bangun awal..susah nak cari lelaki yang biasa bangun awwal skang ni…

  26. izee Avatar

    hobi paling bestt ialahh titooo!!

  27. MuJE Avatar

    aku tiap kali balik rumah mesti dekat zohor baru bangun… tak produktif langsung!

  28. fndrocka Avatar
    fndrocka

    Aku pun suka bangun awal..tpi mandi tak semestinya awal jugak

  29. asnidahani Avatar

    sejuk-sejuk memang best nak tidur. Kalau boleh tak nak bangun. tapi kalau da makin sejuk, rumah pon da start pasang heater. tak de la nak tido sangat. right? Like me, i think bangun lambat tu buang masa. ye la. sehari ade 24 jam je. Kalau masa abes tuk tido je susah la. tapi nak bangun awal pon susah. so, cara paling sesuai nak bangun awal , buat schedule yg class awal pagi aroud 9-10am. Memg confirm bangun. :)

  30. irah hajerah azman Avatar

    aku tido lewat, bangun lewat, tido awal pon bangun lewat. Nak present FYP pon aku bangun lewat. Datang sah-sah lah lewat. Jadi kelam kabut bila kau dah biasa deal wif it, ianya jadi tak serabut :P

  31. mimi Avatar

    waaaaaaaaaaaa… sama! xsiap kerja pun hari ni.
    bgn awal mmg bagus. especially time wikend. baru rasa wikend tu pjg. tp tido lama pon best gak. time2 exam ni kenalah stay up cket. study is the key. caiyok!

  32. gadis_perasan_cun Avatar

    wah…mmg hebat penangan if lmbt bgn kan..
    mgkin da biase dan rutin..that y lar..
    bgs2..huhuhu

  33. TheSharkox Avatar

    Aku kalau tidur betul2 dalam pukul 12, memang senang bangun awal. Tapi kalau dalam 1 lebih baru nak tidur, lambat sikit..Masalahnya, bangun memang dah awal dah, dah celik mata dah, tapi hati berkata, ah, layan 5 minit lagi je..sudahnya, terlajak sampai 2 jam..hehe

  34. fadah Avatar

    bangun awal ni bagus untuk kesihatan…
    kena amalkan selalu

  35. madlut Avatar
    madlut

    seronok juga bangun awal…pagi fresh, mandi pun sejuk…tapi kalau tidor lambat, memang tak dapat la nak bangun awal..huhu

  36. Norasikin Avatar

    Tanya sikit bro. kat sana tu subuh kul berapa? Sama tak ngan masa kat malaysia?

  37. ENCIK TIKUS Avatar

    ahaa bro, aku pun kalau bangun lambat rasa macam ketinggalan banyak benda walaupun hakikatnya aku selalu bangun lambat Y,Y

    btw pasal tak tidur siang tue, aku sokong dgn dayah. KAU RUGI 1 NIKMAT DUNIA, keh keh keh ;p

  38. syarifah radiah Avatar

    tido siang tak berapa elok ah
    lagi lagi lepas asar

    *tak suka tido siang jugak

  39. suffer8zine Avatar

    heheh, selalu bangun lewat ke bro

    Terkini : Contoh Gurauan ‘Manja’

  40. Boonto Avatar
    Boonto

    bgn awal or bgn lmbat, yg pnting sarapan dulu bro xD

  41. cik 18 Avatar

    tidor awal bgn lamabt itu aku…ahahaha..tidor siang lagi heaven!!..

    btw, skrg nih tidor aku kelam kabot…sume seba exam..tp aku tak banyak belajar..banyak on9…keh keh keh…

    belajar rajin2 ariff shah!

  42. amirsyah Avatar

    haha.. bangun la pukul brp2 pun.. yg pnting subuh tu bgn dl solat subuh.. lps tu smbg tido la.. haha.. tp sebaiknye tak tido dh la, sbb tu la mse utk bt ibdah plg baik skali… :-)

  43. aizuddin Avatar

    aku tido lmbt komfem bgn lmbt punye..ssh nk awl

  44. wanie Avatar

    saya kalau t’bangun dari tidur,tu la yg paling nak sambung blik.tp klu tidur lmbt mana pun,for sure bangun pun lmbt maa..haha.tidur siang pulak,depends la..tp bila tidur siang2 lagi2 lps asar,mmg bila bangun agak senget sikit otak ni..haha

  45. nur hidayah isa Avatar

    mesti best sejuk2 pastu tido…

    wahh siyes tak pernah tido siang? biar btol..rugi 1 nikmat dunia..hahhaha :p