Kepuasan menulis blog ni kalau diukur dari segi duit yang kita dapat, memang tak pernah puas. Dengan itu, semakin lama kita menulis untuk blog semata-mata untuk duit, semakin kuranglah kualiti penulisan kita. Janganlah terlalu mengejar wang dan SEO sampai dicop blogger kejar trafik terutamanya apila ada kempen buffered earning atau CPM yang berjalan.
Apa yang best bila ada blog ni adalah contest yang boleh kita masuk. Ada yang buat contest untuk promosi produk/jenama mereka, ada yang buat contest atas sebab hidup untuk memberi. Rasanya join contest dalam blog lagi besar peluang nak menang berbanding kalau kita join contest dalam surat khabar dan sebagainya.
Awal tahun dulu, pernah rasa macam nak berhenti terus daripada menulis blog atas sebab kesibukan belajar. Masa tu pulak, ada beberapa masalah teknikal yang agak serius dan memeningkan (baru tukar hosting, macam-macam tak kena). Masa tu aku stress tahap nak pulangkan semula wang untuk tajaan blog ni sebab rasa macam dah tawar hati nak teruskan.
Tapi sponsor aku cakap, simpan je duit tu untuk bantuan belajar. Sangat terharu. Jadi, slow-slow aku kembali semula ke dunia blog ni. Aku ni takdelah masalah kewangan sangat (kecuali hutang beratus ribu pinjaman MARA), tapi bantuan kewangan macam ni memberi sedikit kegembiraan setelah stress hidup kat sini. Selain tu, dapatlah jugak membantu apa yang patut kat rumah tu.
Terus terang aku cakap aku join contest yang aku boleh menang je. Ini tak tipu dan aku tak main tipu. Kalau aku rasa orang main tipu, aku suarakan dalam blog, tapi aku berhenti setakat tu jelah, takdelah nak sabotaj orang atau apa-apa. Pada aku join contest yang melibatkan undian ramai (retweet terbanyak, Like terbanyak) sangat leceh dan memenatkan. Contest macam tu setahun sekali masuk boleh la..
Bila menang contest, barulah kita rasa segala apa yang kita buat tu berbaloi. Itu sebab aku tak masuk contest yang aku tak boleh menang. haha.. Tapi korang janganlah ikut macam ni, kalau semua buat macam ni, tak ramai la join contest yang aku atau orang lain nak buat nanti. Masuk je contest tu, just for fun.
iPad 2 dah dapat, duit $500 dah dapat. Disebabkan aku tak balik tahun ni, tak dapatlah join contest Selangor Idamanku. Hadiah dia lumayan, tempat pertama RM4000. Kalau aku kat Malaysia, jalan-jalan satu Selangor update blog jelah kerja aku. Cuma yelah, macam biasa aku suspek dah ada orang main tipu, baru submit penyertaan hari pertama dah ada 500 vote. Padahal laman tu pun baru buat. SQL injection kot.
Biarkan. Sekarang nak memikirkan cara untuk aku dapatkan iPad 2 aku secepat mungkin. Terima kasih kerana membaca bebelan pagi Sabtu ni. hehe..

Comments
28 responses to “Kepuasan Menyertai Contest di Blog”
tahniah menang iPad. jeles wooo
thanks bro!
buat sesuatu kena buat bersungguh2. aku pon nampak ko mmg sgt fokus kalau dh masok satu2 contest tu. mmg bangga bila ada anak melayu was recognised globally dlm famous blogger tu. malangnya blog berniche mcm aku ni membuatkan aku berat sket nk join contest2 ni sbb mcm mencemarkan entry yg menyimpang
hahaha ada ko kene balik malaysia la baru dpt ipad2 tu.. ;p
hahha.aku pun rasa nak masuk selangor contest,tapi….berapa banyak tempat je yang aku pernah explore.Then,kalau sibuk,cam mana nak sampai ke tempat tersebut.demn.
layan ipda2 sampai lebam ok
leh facetime guna ipad pulak kan..wakaka
contest selangor kat blog coolen-kawai tu kot agaknya..terbaca gak.. lagipun sem ni nak habis..susah nak review2 selangor dlm mase terdekat..
congrate..kena gagah hati nak masuk contest gni..
Yap, memang puas kalau dapat menang sesebuah contest nih..
bertuah badan.bila le aku nak menang ipad 2 nie
pehh. banyak gak hang dapat.
p/s: blog.ariff tersenarai dalam list blog bakal kena hack. ada komen?
kagum aku baca entry ko ni…kalo contest besar2 mesti menang punye..
tahniah bro ..=) murah rezeki anjur la contest pulak ..hehe
ada contest. Sebelum ni pun dah anjur, bro je yang tak join.
ipad campur duit..huhu..besar nilai tu..
berbaloiii gila dapat iPad tu *..*
hang wat contest la plak, galaxy tab 10.1 *.* hehe
fuyoo macam mana nak cari sponsor tu..hehe
nak cri sponsor snang je..tapi kena ada yang berminat la..he3
Ariff memang selalu menang hadiah yang best2. tahniah! Keep it up.
huhu..tahu takpa…bila menang hadiah gempak2 pula tu..he3
yang IZEA tuu…. dari sponsored tweet eah….. jalan lg eah sponsored tweet kau….
tu dulu2 punya. Sekarang ni makin susah kot nak buat Sponsored tweet.
dah la blog power,iklan masyu dapat benda nie plak..memang murah rezeki gila…
Dulu selalu join contest, kadang2 menang kadang2 kalah.. tapi bila kalah pun saya tak berapa kisah, sebab trafik tetap masuk!! Hehe =P
Wah tahniah…dapat Ipad…memang menjadi satu kepuasan bila apa yg diusahakan berjaya..
ariff shah pinjam ipad2 tuh boleh …
betul jugak buat apa tulis blog untuk duit paling penting kepuasan dan kualiti penulisan bukannya kuantiti…..
Tahniah !!!
pergh…gempak2 hadiah yg penah ko menang dgn contest kan…
suma hadiah yang mahal-mahal lak tu..