Kepuasan Dalam Menulis Blog

Reading Time: 3 minutes

Aim for your target

Mendapat kepuasan dalam apa yang kita buat tu penting sebab kita puas. haha~ Penting sebab bila puas takdelah terasa macam apa yang dibuat tu membuang masa. Kiranya ada sesuatu yang dicapai, ada kepentingan pada diri kita. Apa yang aku kategorikan sebagai kepuasan dalam karier menulis blog ni?

Bila orang suka apa kita tulis

Oklah aku pernah jawab dalam Formspring kalau nak dapat pembaca banyak kita kena tahu selera pembaca dan menulis ikut selera mereka. Agak kurang tepat untuk blog peribadi tetapi amat sesuai untuk blog macam Oh! Tidak. Untuk blog peribadi, seeloknya kita tulis sesuatu ikut selera kita yang selari dengan selera pembaca. Sendiri tahu apa yang nak ditulis dan pembaca suka apa yang ditulis.

Nak tau orang suka ke tak adalah dengan melihat komen, bilangan Facebook like (paling mudah) dan trafik yang masuk untuk hari tu. Ada kalanya aku ambil kira pendapat individu lain yang memang langsung tak tinggalkan komen, tapi pendapat mereka sangat berharga oleh sebab pengalaman dalam bidang penulisan.

Dapat mencapai ranking yang disasarkan

Kalau nak buat sesuatu, kena ada target supaya kita tahu sejauh mana kita pergi. Matlamat dan target adalah sesuatu yang perlu dicapai dan ianya memberikan pulangan yang positif kepada kita. Setakat ni target 1 Juta Pageviews, PR3 dan ranking Alexa kurang daripada 100k telah dicapai. Kejayaan macam ni lebih menunjukkan kedudukan blog.ariff di peringkat antarabangsa yang bersaing dengan laman web di seluruh dunia. Ianya lebih kepada kepuasan peribadi.

Kejayaan macam ni juga boleh dijadikan modal untuk memasarkan blog kita sebagai tempat untuk mengiklankan produk, laman web atau perkhidmatan.

Kualiti penulisan yang bertambah baik

Sebagai penulis blog, penulisannya adalah elemen yang paling penting. Dari penulisannya kita dapat kenal macam mana peribadi penulis tu dan cara pemikiran dia, samada matang atau tidak. Sepanjang aku menulis blog ni, aku banyak belajar perkara baru dalam penulisan melalui pembacaan dari blog orang lain.

Ambil contoh entri awal-awal dulu, entri tentang gadis Melayu (yang menjadi punca perkenalan aku dengan si dia) dan entri baru nih pasal orang yang bertunang. Entri gadis Melayu tu memang terlalu direct dan tak makan saman. Aku pasti masa tu ada yang dah makan hati dengan aku. Ya, itu zaman kurang matang, tapi setelah masa berlalu, aku banyak belajar tentang penulisan. Macam mana nak imbangkan emosi dan mood dalam setiap penulisan, macam mana nak buat lawak bodoh atau sesuatu yang manis dan macam-macam lagi.

Aku tak cakap cara yang aku tulis adalah yang terbaik, tapi aku nampak peningkatan kualiti (dan pembaca pun ada bagi tau) dan itu memberi kepuasan pada diri aku. Belajar nak jadi jurutera, tapi pada masa yang sama adalah skil menulis tu sikit-sikit. Oklah tu kan?

Menang pertandingan

Walaupun kita mampu beli sesuatu, tapi kalau kita dapat benda tu dengan menang apa-apa pertandingan perasaan dia memang best kan. Banyak pertandingan yang aku dah menang masa berblogging ni, antara yang aku paling tak boleh lupa ialah Entri Popular Hidup Berani Untuk Gagal anjuran Denaihati (ada lagi beberapa pertandingan sedang berlangsung dan akan berlangsung), hadiah saguhati 100USD tunai untuk pertandingan guest blogging anjuran FamousBloggers.net serta yang terbaru pemenang review Redmummy.

Kepuasan bila menang pertandingan ni datang sebab kita dapat kalahkan orang lain. Ya, itu yang buat kejayaan ni memang best. haha..

Melihat blog maju

Awal-awal buat blog, memang mati segan hidup tak mahu. Tiap-tiap hari tanya, siapa baca? Berapa ramai baca? Sedih betul. Masa berlalu, makin hari orang makin banyak baca. Komen dapat pun makin banyak. Pendapatan daripada takde, sekarang dah ada tetap bulan-bulan. Alhamdulillah. Jadi aku nampak blog yang aku buat ni daripada takde apa-apa, sekarang dah boleh melayakkan aku untuk membayar zakat fitrah untuk keluarga aku. Itu satu kepuasan kepada aku, blog yang tak ada apa-apa dulu, tapi sekarang dah maju.

***

Lain orang lain benda yang boleh memberi mereka kepuasan dalam menulis blog ni. Pada aku, inilah yang menjadi penguat semangat aku untuk terus menulis dan memberikan yang terbaik kepada pembaca aku. Terima kasih kepada semua kerana kepuasan ini juga datang daripada anda semua.

Kenapa aku tak senaraikan duit sebagai kepuasan? Sebab duit tak pernah cukup, sampai mati pun manusia takkan pernah puas kalau berlandaskan kekayaan yang dia dapat. Tengok balik atas ni, kalau aku kecapi semua atas ni, secara tak langsung blog aku maju, trafik banyak (komen dan Facebook like tu semua trafik), orang suka blog aku, banyak pembaca tetap dan macam-macam lagilah. Jadi dari situ peluang buat duit dan dapat duit datang secara tak langsung. Mudah kan macam tu? Daripada fikir buat blog yang nak buat duit, lepas fikir apa nak letak supaya boleh dapat trafik banyak. Make a blog that works, that is successful.

P/s: Kepada sesiapa yang ada kelapangan, nak minta tolong untuk lagi satu competition. Klik dan undi je, tak payah register apa-apa. Hadiah dia, theme WordPress baru yang aku rasa memang sesuai untuk blog aku. So jom, tolong aku vote dan korang boleh vote tiap-tiap hari. Klik sini.

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me



Posted

in

by

Comments

36 responses to “Kepuasan Dalam Menulis Blog”

  1. akubudakayu Avatar

    betul la…sangat sangat setuju…saya suka orang baca cerita saya dan paham situasi yang saya hadapi…waktu tu lah rasa puas sangat berblogging….macam-macam kebaikan berblogging kalau kita btul2 gunakan dengn sebaiknya…sekarang saya baru belajar,nak tmbah pengalamn berblogging..minta tunjuk ajar dari semua..
    =)

  2. Hadi Avatar
    Hadi

    Betul tu , menulis untuk kepuasan . sesetengah daripada part entri ni ada saya tertarik .

  3. arnamee Avatar

    Salam ariff.

    ya, yg penting menulis dengan hati untuk hati. hihi:)

  4. Anwar Osman Avatar

    Bertambah banyak aku nak belajar pasal blogging nie. Takpa, sambil membaca sambil belajar. Nasib baik aku suka membaca. Kalau aku x minat membaca, macam mana nak menulis plak kan?

  5. shukrin farahdiba Avatar
    shukrin farahdiba

    salam..1st time bg comment kt sini :)

    well mmg nampak perubahan kt sini…blog ni sebenarnye mematangkan kite dalam bidang penulisan..lain org lain ragam…susah nak puaskan hati sume org dalam penulisan…asalkan kite tahu ape yang kite nak capai dalam hidup sudah memadai…keep up da good work ariff :)

  6. eiman Avatar

    dapat beberapa tips dari penulisan ariff kali ini.. gaya penulisan, gaya bahasa ada skit bunga2..

  7. rashid Avatar

    Nak puas berblog kena puas rasa susah, bila susah tu ada, ada lah kepuasan..kalau blogging tu mudah, dah ramai yang quit, sebab tak mencabar..

  8. abangensem Avatar

    You are right bro. Blogging is not about MONEY but lebih kepada satisfaction..

  9. mas Avatar

    salam,
    sesuatu kepuasan hanya boleh diukur dengan sejauhmana niat yang telah dipasang pada mulanya apabila berblogging dapat dicapai. Walau pencapaian sesuatu rate itu agak rendah tapi jika sesuatu penulisan itu memberi impak kepada sesuatu perkara dan memberi faedah kepada orang lain, ia memang sudah cukup memuaskan hati penulisnya.

  10. ProfHariz Avatar

    Orang tidak faham kepuasan berblog.. Yang mereka faham adalah buang masa!

  11. asma Avatar

    kepuasan seseorang tu terletak pada diri masing-masing.

    tapi seorang blogger kepuasan die ialah berbloging :)

  12. tteeki Avatar

    Dari blog kite dapat mcm2 bende yg kite x taw n dpt puaskan hati sendiri…
    http://tteeki.blogspot.com/2010/10/ikan-pekasam.html

  13. azizan4444 Avatar

    aku puas bila dapat menyiapkan sesuatu entri..dan aku puas sekiranya blog aku sentiasa berupdate…

  14. mijie Avatar

    aku puas bila dapat menulis entri dan belajar dengan lebih mendalam berkenaan penulisan…minat mendalam terhadap penulisan yang menjadi kepuasan apabila berblogging

  15. syahrilhafiz Avatar

    huhu
    betul2..
    apa yang kita tulis mesti puas..
    kepuasan mau ada maa..

  16. intankuterpilih Avatar

    banyak benda yg kita belajar dari berblogging..terutamanya bab penulisan…

  17. fiffy syafiqa hazirah Avatar

    haha. menulis dari hati untuk kepuasan hati. itu yg paling best.

  18. cEro Avatar

    ten thumbs up untuk ariff!!!

  19. NoorAfzan Avatar

    harap satu hari nanti ku pun boleh tulis macam ini.
    =)

  20. linglung Avatar

    derr…gua sgt setuju!

  21. lAl Avatar

    Okeh dah vote..ahahaha

    Walaupun dari segi performance blog tak mantap, tapi tetap puas.. Melepaskan segalanya kat blog..ahahahaha..

  22. Hafaisy Avatar

    huhu aku ni newbie balik selepas berapa kali down.

  23. tarmizishukri Avatar

    Kepuasan menulis bagi aku bila ada orang komen, 2-3 kerat pun takpe, daripada takda langsung.

  24. TheSharkox Avatar

    tak rasa lagi tahap kepuasan tu pasal tahap bawah laut lagi..

  25. lylaROCKprincess Avatar

    true2…
    ptg utk kite dpt kepuasan dlm setiap yg kite lakukan…
    tp kdg2 ader jerk yg berpuas hati dgn blog diorang walaupun xbyk traffic n blog xmaju…
    hehe…

    nice entry…
    hihi…

  26. nursarah puteri biru Avatar

    errr, takde rasa puas pun tulis blog. mungkin sebab blog tahap underground je kot

  27. L.Y.N.N Avatar

    yes!
    ariff shah..sila teruskan ber-blogging!
    sgt mndpat kpuasan dr ariffshah.com!^_^

  28. cik sha Avatar

    setuju..menulis memang memberi kepuasan yang tak boleh nak digambarkan..dengan menulis kita dapat share apa yang dirasai dan ada difikiran dengan sahabat2 blogger yang lain..^_^

  29. Mohd Faiz bin Mazlishah Avatar

    sbb kepuasan ni lar dk mengadap laptop 24 jam…

  30. suffer8zine Avatar

    nice entri bro, sedap dibaca

    Terkini : Pancing ikan piranha gergasi

  31. joegrimjow Avatar

    sedap je baca entry ni
    mungkin sebab tengah makan roti canai kot sekarang

  32. fitri Avatar

    aku masih baru dalam blogging..masih byk bende yg kene blaja..huhu

  33. syahirul Avatar

    kadang2 tak puas… kalo puas tulis blog kan, memang nak tulis ape sahaja.. namun segala penulisan terbatas.. kalo jadi anonymous barulah tak terbatas.. gyahahahhahaha~

    p/s: commentluv tak berfungsi apesal?

  34. samanosuke_04 Avatar

    Aku harap aku dapat rasa kepuasan yang ko rasa sekarang nie.. iA…

    btw, brape lama ko ambik masa nak sampai peringkat kepuasan nie rr??

  35. yang mana Avatar

    salam,
    betul dan setuju dengan penulisan ariff,
    walaupun kadang2 jer aye datang jengok kat sini
    sesekali jengok memang berbaloi, macam-macam pengetahuan dan ilmu baru aye dapat, cuma tak banyak yang dapat aye praktikkan maklumlah aye bukannlah blogger fulltime, cuma isi masa lapang dan kot2 ada peluang buleh buat duit poket pulak.
    nak kata puas dalam penulisan macam ariff,kadang2 adalah… yang banyaknye membebel jer

  36. Lord Zara Avatar

    Betul.
    Menulis memang untuk kepuasan. Walau apapun yang orang kata, keep on writing os the best things actually.

    :)

    Go go Ariff!