Pernah terfikir tak apakah link pertama dalam blog kita? Link yang dimaksudkan bukanlah banner yang dilinkkan dengan homepage kita, tapi pautan dalam bentuk teks. Banner adalah imej dan search engine bukan manusia yang boleh nampak imej, jadi kelebihan yang boleh didapati daripada link pertama kita tadi dah hilang.
Link pertama dalam blog kita perlulah menggunakan anchor text daripada keyword yang kita nak optimize. Dengan itu, bila blog kita diindeks link pertama masuk ke dalam indeks tadilah akan mendapat keutamaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita meletakkan link ke page yang paling banyak mendapat trafik dari search engine dengan anchor text yang sesuai supaya ranking dalam Search Engine Result Page (SERP) terpelihara.
Imej di bawah adalah rupa sebenar blog ni setelah dibuang segala jenis CSS dan inilah rupa sebenar page yang telah diindeks oleh search engine. Walaupun banner diload sekali, tapi search engine bukan manusia yang boleh nampak banner tu, jadi hanya teks yang diambil kira.
Apa-apa pun benda ni semua tak memberikan keputusan serta merta. Ianya taklah semudah itu sebab banyak lagi signal yang diambil kira oleh search engine untuk memberikan ranking kepada link kita dalam SERP. Ikuti setiap tips SEO seperti ini dan mungkin suatu hari nanti usaha anda semua akan berhasil.
Pautan lain:
- Google First Link SEO Test. Kat sini dibuktikan keberkesanan first link ni dengan keyword yang kita gunakan serta efek kalau nofollow digunakan dalam link tersebut. Untuk internal pages (page dalam domain yang sama), anchor text yang ada nofollow tidak akan diindeks.
- Website Optimization: First Link Priority. Lebih lengkap, tapi apa yang anda semua baca tadi adalah ringkasan kepada entri ini.
- Web Developer – add on Firefox & Chrome kalau nak tengok page yang telah dibuang CSS seperti dalam imej atas. Klik pada toolbar > CSS > Disable all styles.
- Iklan Says.my Super Mom.

Comments
33 responses to “Kepentingan Link Pertama Dalam SEO”
oo banyak kena buat selepas baca entri ni dan komen2 pakar2 seo sekali .. best2 tq
thanks bro..sangat berguna untuk blogger baru mcm sya sebagai panduan! :D
great tips to use~
terima kasih atas pekongsian ni… :)
menarik!
perkongsian yang amat bermakna..thanks
wah…benda baru ni…..
masih belajar lagi bab SEO nih.
SEO ? Masih tak faham-faham. Arrgghhhh..
Luas ilmu blerblogging ni ye!. Melalui pembacaan itu teori, melalui percubaan dan perlaksanaan itu praktikal. Jauh lagi nampaknya….
cool. macamana nak buat eh? link pertama tu perlu ada kat bahagian atas page ke?
guna plugin hellobar hellobar dot com
uish ilmu baru ni. thanks ariff sbb sudi berkongsi :)
Gitu ke Riff.
Kalau tak betul betul minat, Boleh pecah kepala fikir pasal SEO ni.
nice tips bro.. ilmu SEO ni kena belajar, belajar, dan terus belajar! maseh
Assalam..
Belajar ilmu baru kat sini…
nice info..masih belajar lagi teknik2 SEO ni.. susah jugakan
as always…u have a useful tips bro
oh! ilmu baru & addon baru.. tq!
link “Nak beli iPad 2? Lihat senarai harga iPad 2 Malaysia” ade dkt atas sbb hellobarkan?
Link dkt hellobar tu dofollow atau nofollow?
grrr! kalau platform blogspot pulak, dia akn index navbar dlu. mcm cikai je
tu dofollow. sng je nak cek, dah byk add on atau plugin kat browser
tips yang berguna…bro ariff n denai hati mmg terbaik!
Artikel Panas ‘Melayu Pendatang?’: Orang Melayu Mesti Baca!!!!
baiknya affan terangkan, sifuk SEO tuh..hehe
setuju tu, kebanyakkannya kita buat tanpa disedari macam aku ni separuh sedar
btw tq untuk ini :D
thanks sifu….info berguna nie…
siyes, masih x faham camne nak buat anchor text dalam artikel yang kita tulis?
boleh x buat satu entri pasal anchor text ni, so pembaca lebih mudah faham ape sebenarnya anchor text n bagaimana nak kasi anchor text tu wujud?
ata, cuba tengok kat link commentluv.
tu lah anchor text.
anchor text adalah tulis yang di hyperlinkkan.
contohnya, kat comluv tu ada tulis “The Brest Fortress- God does not ask what results of your efforts- but God asks whether you have try or not” dan dilinkkan dgn entry.
Dalam SEO, anchor text ni perlu digunakan sebaiknya. Contohnya, kalau keyword blog berkaitan tutorial blogspot, buat anchor link ke entry berkaitan tutorial.
ps: rasanya semua org pernah buat anchor text, cuma mungkin diorg tak tau itu dipanggil anchor text. Cumanya, dalam SEO, anchor text tu diberi keutamaan, bukan setakat main linkkan je perkataan tu, tapi perkataan itu sendiri mengandungi kata kunci yang berkualiti untuk blog tersebut.
so! commentinglah dkt blog yg ada comluv.. hehe
masih kurang paham..err cmne ekk..adess -_-“
Contohnya, kalau keyword blog berkaitan tutorial blogspot, buat anchor link ke entry berkaitan tutorial.
yg ats nie aku masih blurr
macam tue ke. kurang faham dengan anchor text
Maksud anchor text, perkataan yang dilinkkan :)
Contohnya kat comluv di atas ni.
Cerita terbaru cikguden.. Curi Motosikal Buat Jalan-Jalan
Curi Motosikal Buat Jalan-Jalan – anchor text
owh, saya perasan juga benda ni.. rupanya begitu..
kurang faham la arif..
mksdnya, klo nak buat entri seo,
kene letak link ke entri laen jgk ke?
Lebih kurang begitu lah. Tu dipanggil internal link, link dari satu entry ke satu entry yang mempunya keyword yang sama. Tujuannya dapat bina keyword authority (atau density) untuk sesuatu keyword tu.
Kelebihan lain buat internal link, dapat tingkatkan pageview dan kurangkan bounce rate
biasa aku main ikut suka je..lepas ni boleh belajar sikit2