Kenapa Tak Puji Kerajaan?

Reading Time: < 1 minute

Let’s look at things in a different way.

Ambil contoh kerja kau angkat sampah. Tiap-tiap hari pergi ke kawasan perumahan dan collect sampah daripada penduduk. Adakah setiap orang penduduk kat kawasan perumahan tu akan puji kau walaupun kerja yang kau buat tu bukan semua orang sanggup buat? Bukan senang nak jadi tukang angkat sampah ni. Paling teruk nak kena tahan bau sampah tu. Ada ke orang yang berterima kasih pada mereka ni setiap kali mereka datang ke rumah kita dan jalankan tugas mereka?

Same goes to our government yang entah apa-apa sekarang ni. Perlu ke minta dipuji bila mereka buat sesuatu yang betul? Katakan kerajaan kita ni berjaya naikkan pendapatan negara melalui penjimatan kos kerajaan dan pengurangan projek yang tak memberi manfaat kepada negara, dan penjimatan ni tadi mereka salurkan kepada rakyat dalam bentuk pengurangan cukai kereta, sekaligus mengurangkan harga kereta. Even if this happens, kerajaan tak boleh minta dipuji.

It’s their job. Tak lama dulu mereka jugak yang merayu-rayu minta kerja ni kat kita. Ni sekarang dah dapat kerja nak paksa orang puji pulak bila mereka dah buat kerja?

Ini bodoh. Agak riduculous bila orang buat something yang betul lepas tu minta orang lain puji. What’s happening now? Adakah orang sekarang ni dah semakin hilang akal?

.. and don’t get me started about kangkung. Kalau setakat harga kangkung yang tumbuh tepi longkang tu turun Perdana Menteri kita dah sibuk canang kat tv biar satu negara tau, tak taulah what is in his mind. Mungkin dia rasa inilah pencapaian dia yang paling hebat sejak ‘menang’ pilihanraya hari tu.

Tahniah Dato’ Seri. Good job!


Posted

in

by

Comments

23 responses to “Kenapa Tak Puji Kerajaan?”

  1. Dulu Lain Sekarang Lain Avatar

    Not the first time PM chooses the wrong words utk ucapan beliau. Time perhimpunan agung UMNO dia puji the first lady (adehh) dan minta semua org puji sama. Under pressure?

  2. Akmal Aizat Avatar

    Boleh kapsul kan kangkung ni. Dengar kawan kata banyak khasiat kangkung

  3. hazman aka species1980 Avatar

    Akhirnya ucapan spontan tanpa fikir sebegini jadi bahan jenaka rakyat jee….

  4. asha Avatar
    asha

    Example yang menarik, tulisan yang baik. Thumbs up

  5. Rina Avatar

    Ya Allah, kangkung turun harga saja minta pujian, itu semua tentu karena petani yang menanamnya dan juga Allah SWT yang telah melimpahkan hasil panen kangkung tersebut. Saya rasa pemerintah tidak turut andil didalamnya jadi tidaklah etis bila meminta pujian dari rakyat …

  6. siti hazreen Avatar

    hurmmm, puji jangan tak puji ;)

  7. UpProfits Avatar

    Ingatkan menteri2 jer pandai bg jawapan ‘bijak’ utk tutup kelemahan..yg jawatan lg atas lg ‘bijak’ rupanya..belum pernah dlm sejarah kangkung jd trending tau..huhu

  8. pinkbubblegumprincess Avatar

    hahhaha lawak2.. ridiculous betull

  9. mak lagenda Avatar

    Ha ah..tertanya2 gak paper mana yg pm tu baca erk? Ker…baca paper negara lain…:-)

  10. Faizal Fredley Avatar

    nice entry bro…. aku pom x faham kenapa menteri2 kita sekrang jadi macam ni….nak kata bodoh masing2 ada pelajaran…

  11. Mohd Isa Avatar

    nice writing bro, isu yang menarik. kangkung pun boleh jadi bahan nak minta puji, ades. paper manalah ambil hal kangkung. kelakor pun ada.

  12. MK Kimi Avatar

    Nak harapkan pujian? 1Malaysia troll kan kerajaan dg keyword #kangkung.

  13. gynefredd Avatar
    gynefredd

    bukak facebook, jumpa isu kangkung. Sangat kelakar yang memualkan.

  14. akubiomed Avatar

    Macam-macam hal sekarang ini. Harga barang tetapi naik. Baru beberapa hari lepas makan nasi lemak dengan ikan bilis dan kacang boleh dikira serta sejemput sambal.

  15. OH Ping Blog Avatar

    baru turun kangkung yang sangat mudah ditemui di tepi2 parit, nk mintak puji..
    memang takla..
    puihhhh

  16. Shahrul Avatar

    pandai PM kite melawak…kalah kartunis Lambok

  17. ohcikgu Avatar

    benda ini jadi kelakar. aduhai..

    1. akubiomed Avatar

      Yang pernah ambil kutip sayur kangkung akan tergelak berguling-guling.

  18. Bahrain Avatar

    memalukan statement macam itu minta dipuji.

  19. Eridy Avatar

    Ada siapa yang tahu najib baca newspaper mana tulis harga kangkung turun??

  20. Hafiz Rahim Avatar

    Terlajak perahu boleh reverse..terlajak cakap habis kena bahan..nampaknya dato seri terlepas cakap lagi..hehehe

  21. Azri Johan Avatar

    tahniah tahniah, beribu ribu tania dato seri

  22. Mohd Rasul Abu Hanipah Avatar

    pelik dengan gov kita sekarang ni. tu lah realiti