Kalau dulu ramai orang perasan rutin harian saya setiap hari adalah menonton Buletin Utama sambil tweet. Tapi sekarang dah jarang nampak. Kenapa ye?
Sebenarnya dah berapa bulan Astro kat rumah ni tak boleh buka TV3. Tak tau kenapa. Kalau setakat call service centre tu dah berapa kali buat, tapi technical team Astro langsung tak contact balik or datang untuk check decoder. Tapi saya tak rasa decoder yang rosak, channel lain ok je.
Tak taulah berapa puluh kali lagi dia nak suruh kita call. So annoying. Kalau bab pembayaran bil tu, kemain lagi, terlambat sehari terus potong. Nak reconnect kena charge RM20 tapi kualiti perkhidmatan tak boleh jamin. Macam mana ni Astro?
P/s: Siapa layan Fantasy Premier League, boleh join league ni 1371323-454246


Comments
23 responses to “Kenapa Tak Boleh Buka TV3 Kat Astro?”
astro tak ngam ngan tv3 la tu.. hehehehe
sila join fantasy football league saya juga. ada hadiah utk chapion:
http://sohoque.com/fantasy-football-contest-di-sohoque-com/
dah join dah bro punya league. tq
Ini bukan salah Astro tapi salah TV Sanyo awak. TV3 dah tak boleh detect device yang ada kat dalam brand oldies ni.
Cis. Busuk2 Sanyo tu masih lagi LCD
haha, sabar je.. biasalah tu. telekom pun same kot service slow
aku rasa org tv3 baca tweet ko la ariff. Lepas tu dorng boikot taknk kasi ko tgk tv3 dah.. hahhahaha
hahahahaha… ada possibility gak
bukan stkt Astro, Maxis ngan Celcom pon sama. lmbt sket je nk kena bar.
kualiti servis mmg mengecewakan
nasib baik aku tak pakai astro.
nak buat macam mana, mak saya nak tengok channel Al-Hijrah dengan Oasis. Kalau tak dah lama stop melanggan
bagus la tak dpt tv3, kurang skit dgr berita propaganda 1 pihak je keje dari mula hingga habis. LOL :P
hehe.. kadang-kadang kita nak get up to date jugak dengan propaganda diorang
Ahhh Astro memang macam tu lah. Bab nak potong tu laju jer, tp bila kita komplen, lebih slow dari kura-kura. Memang hampehhh…! Tak sedar yg kita ni customer dok bayar siaran, silap-silap gaji depa pun duit kita.
Aku memang dah lama potong Astro..layan siaran TV yang mana ada je..kadang2 layan online..:-)
nice blog bro.. astro hilang channel tu biasa bro.. gud luck bro
Thanks for reading :)
Pernah berlaku kepada saya sebelum ini. Apa yang saya buat adalah mengeluarkan card Astro dari dekoder dan kemudian masukkan balik ke dalam dekoder.
Pelik…kat astro sy ok pula nak tgk tv3
Kes naya ni bro. Saman terus..tuntut 1 juta. 50% untuk aku. hehe
pelik juga ye kalau satu channel je takda.. hang boikot TV3 kot.. hehehe..
ada beberapa channel macam tu, kejap ada kejap takde. TV3 je yang memang problem habis
bil makin lama makin mahal..tapi servis macam tu jugak..sebab tu ramai sekarang ni orang tengok TV guna internet je..kalau buffering pun kita tau line internet tu macam mana..
biasalah tu. nama pun astro. hoho..