Kenapa Renang Tak Diwajibkan Di Sekolah?

Reading Time: < 1 minute

Kenapa renang tak dimasukkan ke dalam senarai aktiviti ko-kurikulum ataupun aktiviti wajib pada waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK) di Malaysia eh? Aku rasa waktu PJK di sekolah agak terbazir kalau setakat kasi budak sekolah main bola sebab waktu petang lepas sekolah pun mereka main bola tiap-tiap hari.

Renang adalah salah satu survival skil. Disebabkan negara kita dikelilingi lautan, adalah sangat logik dan diharapkan supaya rakyatnya pun mempunyai kemahiran berenang. Skil ini juga sangat berguna sekiranya tempat tinggal kita dilanda banjir.

Semalam terjun dari ketinggian 5m, hidup lagi ni..

Walaupun begitu, aku lebih suka melihat sukan renang ini sebagai aktiviti yang menyihatkan badan paling mudah dan efektif. Cuaca di negara kita yang sentiasa panas mengukuhkan lagi sebab mengapa kita perlu pergi berenang.

Sebenarnya tak susah pun kalau nak letakkan dalam sukatan pelajaran di sekolah. Setiap bandar perlu dibina sebuah kolam renang awam dan sekolah-sekolah di kawasan tersebut hanya perlu menghantar pelajar ke pusat latihan renang tersebut. Guru yang menyelia tidak perlu kemahiran berenang kerana di pusat tersebut dah ada pelatih-pelatih yang mempunyai kelayakan.

Tak mustahil untuk menjadikan renang sebagai salah satu sukan utama di sekolah-sekolah Malaysia seterusnya melahirkan generasi anak muda yang sihat dan cergas, semuanya terpulang kepada Kementerian Pelajaran sendiri. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

(Sumber gambar)


Posted

in

by

Comments

27 responses to “Kenapa Renang Tak Diwajibkan Di Sekolah?”

  1. Nur Fannun Avatar

    biasanye yg terror berenang ni budak kampung yg selalu mandi sungai, masuk paya, terjun kolam..

    mmg bgus le berenang ni diwjibkn di sekolah mcm aktiviti koko..dikatakan tak reti berenang ni blh hilang 100% hidup..huhu..di antara 3 sukan yg sgt dianjurkan baginda SAW menunggang kuda, memanah & berenang memanah ni blh bntu kita fokus pd pkerjaan & pelajaran.

    1. ariff Avatar

      dulu tinggal kat kampung, tak reti gak berenang..

  2. eiela Avatar

    tak reti berenang.

  3. Eichikatsu Avatar
    Eichikatsu

    Berenang memang seronok bro tapi bagi aku, cara kita bercakap memang mudah. Tahu tak kalau guru hendak membawa murid² melakukan aktiviti air sebagai contoh renang ni la, guru tersebut perlu ada sijil menyelamat dan mempunyai kesihatan yang baik.

    Nisbah murid:guru mesti dalam lingkungan 10:1 dan apa yang aku perhatikan dan pengalaman selama ini, kita memang mudah untuk melaksanakan sesuatu secara teori tetapi tidak mudah pada praktikalnya.

    Aku sangat setuju dengan renang tapi kalau di sekolah mungkin susah hendak dapat belajar. Cuma kami diajar di Universiti sahaja. Jadi, ibubapa boleh usahakan dari segi lain.

    “Sekadar Berkongsi”

  4. ohcikgu Avatar

    susah nak dilaksanakan. Bukan tak boleh. Tapi sukar. Cikgu-cikgu yang pandai berenang pun berapa kerat aje..

  5. madammondoq Avatar

    rasa blajar renang ni penting tuk budak2.. skrg kan banyak kes lemas2 ni..

  6. Chipcoklat Avatar

    renang ni biasanya di kaitkan dengan aktiviti yg biasa di ceburi oleh golongan berada.. so kalo nak amik kelas berenang pun x suma mampu.. kalo sekolah nak peruntukkan.. sekolah kene sedia kan kolam renang tak pun kalo guna kolam luar.. peruntukan kene banyak.. tu sbb renang ni tak wajib dilaksanakan..

  7. Kodet Avatar
    Kodet

    Saya masih sekolah dan tidak tahu berenang .
    Walaupun setiap kali berkunjung ke hotel mesti mandi kolam , tapi tak cukup masa untuk belajar berenang .

    Tapi kalau gantikan renang dengan bola sepak pun tak best . Bukan semua murid main bola lepas sekolah .

  8. reezluv Avatar
    reezluv

    yup..memang boleh..kalau ada peruntukan yang banyak…aku sendiri yg bekerja di sektor awam dalam bidang pendidikan tahu kenapa ini terjadi..

    antara sebab yang aku nampak seperti berikut:
    1.untuk mewajibkan sesuatu tu seperti sukan renang ni ada banyak faktor kena ambil kira..mesyuarat demi mesyuarat,pemantauan,kajian dan akhirnya perlaksanaan..tempoh nak buat semua tu terlalu panjang..makan masa bertahun..(menteri tukar, abis semuanya tukar)

    2.Fasiliti untuk sukan renang mungkin bukan murah..penyelenggaraan kolam renang,dan juga kos untuk membina sebuah kompleks renang tu bukannya murah.

    3.Bilangan murid.Aku bekerja di perak, sekolah paling byk di Malaysia.Bayangkan satu bandar ada satu kolam renang,bila diwajibkan, ianya melibatkan murid yang terlalu ramai untuk satu kompleks renang. Jadi sekolah-sekolah tertentu seperti sekolah kluster,sekolah sukan atau sekolah berasrama penuh sahaja yang mungkin ada kemudahan ini.

    3 sebab besar ni rasanya dah cukup kenapa tak diwajibkan..ada banyak sukan lain, equestrian,dan byk lagi kena diwajibkan..sebabnya tu jarang orang fikirkan..:D

  9. decader Avatar
    decader

    Pendapat yg sgt bernas. memang niat di hati nak ajar anak2 berenang. Nak ajar kat sungai/pantai, bimbang gak. Last2 ajar kat water park sahaja tp gile lah nak kuarkan kos.

  10. mardhati Avatar
    mardhati

    best nya kalau ader subjek berenang masa sekolah dulu..
    tak der lah sekarang terkial2 nak belajar berenang kt egypt ni..
    malu kot kat budak2 kecik..

  11. haiqal Avatar

    Kalau perasan kan,aku rasa sukan renang sering dikaitkan dengan golongan mampu.Ye lah,nak berenang kena cari kolem renang.Nak ke kelas lagi bayar lagi.Unless bola,padang mana pun sapu je.heh

  12. titan Avatar

    belajar berenang masa berkubang dulu. haha.. jumpa parit besar sikit aje..air banyak..terjun. haha..

    budak-budak sekarang? berapa ramai la sangat tahu berenang..semua tahu main ipad dan iphone aje. haha..

  13. muhammad fakhruddin Avatar

    Mak saya cerita dulu belajar berenang kat parit depan rumah. Sekarang ini mana ada parit macam dulu, semuanya dah tercemar.

    Kena tunggu Kementerian Belia & Sukan naik taraf pusat belia di setiap parlimen, dapatlah kolam renang awam.

  14. Megat Azfar Avatar

    aku berenang macam obor-obor. timbul tenggelam, timbul tenggelam. Hoho

  15. chempaka Avatar

    berenang, memanah dan menunggang kuda adalah antara skill yg di anjurkan oleh nabi saw.. sememanganye patut masuk dalam silibus, at least praktik sunah..pasti ada kebaikanye nnt.. ^^

  16. takky Avatar

    mujur ade subjek renang mase sem 2 dulu…
    mase 2 la pulun abis2 blaja renang sebab taw bukan senang nk dpt time mcm 2….
    alhamdulillah dh pandai dah skunk tapi x la hebat mane pun…
    pape pun yg aku pasti brenang dekat kolam dgn brenang dkat laut berbeza…
    hihihihi ^O^

    1. ariff Avatar

      Asalkan kalau kena campak masuk dalam air yang dalam, tau dah nak buat apa. Tak panik. Itu yang penting.

    2. pilotHans Avatar

      berenang kat laut takut arus jer..tp klo tenang jer ..mmg timbul ajer!

  17. nur hidayah isa Avatar

    bagus gak. baru la ada peluang nk tau berenang. ni dah besar2 pon tatau berenang lagi. kalau tak silap aku, berenang ni salah 1 sukan yang bagus untuk kita sebab melibatkan pergerakan seluruh anggota…

    post ni kalo wat justified lagi cun..

    1. ariff Avatar

      thanks! justified dah. Dulu memang buat, sekarang je lupa.

  18. ekspresiruang Avatar

    aku xreti berenang. walaupon perot buncit, angin banyak, tp stil xleh terapung. haha

  19. fina fento Avatar

    boleh berenang sikit2 walaupun tak pegi jauh ;p

  20. lepak Avatar
    lepak

    berenang mmg best kalau tahu…sepatutnyer masa budak2lah diajar berenang…amat setuju kalau renang antara sukan di sekolah……rasa rugi lak masa zaman budak2 dulu tak belajar berenang…huhuu

  21. phoenixstudio Avatar

    aku blaja renang kt universiti..
    best oooo..

    1. ariff Avatar

      tau xpe. Kalau reti berenang memang best.