Kenapa Kita Selalu Dapat Panggilan Daripada Salesman Insurans Yang Annoying?

Reading Time: 2 minutes

salesman-insurans-annoying

Kadang-kadang dalam seminggu adalah 2-3 kali agen insurans ni call. Salesman yang call untuk menjual insurans melalui telefon ni biasanya terlalu mendesak dan kalau boleh, mereka nak kita beli produk mereka on-the-spot. Itulah sebabnya ramai orang (termasuk saya) memang anti dengan salesman telefon ni.

Kenapa kita selalu dapat panggilan daripada mereka? Dan soalan lebih penting, bagaimana mereka dapat no. telefon kita?

Pagi tadi semasa membelek loan offer letter daripada bank terjumpa satu klausa dalam surat tawaran loan ni yang merupakan jawapan kepada soalan di atas.

Panggilan-Agen-Insurans

You consent to the Bank’s disclosure of your personal data (limited to your name and contact details) to organisations (in and outside Malaysia) which are in an arrangement or alliance with the Bank …

Maksudnya kat sini, anda memberikan kebenaran kepada bank untuk berkongsi maklumat nama dan no. phone anda kepada organisasi (luar atau dalam negara) lain yang bekerjasama atau mempunyai kerjasama dengan bank.

Bekerjasama ni boleh dianggap anak syarikat bank. Mempunyai kerjasama ni pula bermaksud mempunyai perjanjian antara pihak luar dengan bank untuk mendapatkan maklumat anda dan biasanya perjanjian ini boleh dimeterai melalui transaksi jual & beli. Saya tak taulah macam mana perjanjian bank dengan pihak-pihak ini.

Kita juga boleh menarik balik kebenaran ini dengan menghantar surat untuk menarik balik kebenaran kepada pihak bank (99.99% pelanggan bank nak buat benda ni).

Dan disebabkan benda ni dah dimasukkan dalam klausa loan offer letter dan perlu dipersetujui untuk dapatkan loan, nak tak nak kena sign. Surat nak tarik balik kebenaran tu last-last nanti kita yang lupa nak bagi.

Jadi kepada yang selalu bertanya macam mana mereka boleh dapat no. telefon anda, inilah jawapannya. Kalau rajin lagi, boleh baca klausa-klausa dalam perjanjian seperti:

  • Perjanjian pembukaan akaun kad kredit
  • Perjanjian pembukaan akaun bank
  • Perjanjian pembukaan akaun syarikat telekomunikasi
  • Perjanjian pembelian tiket kapal terbang.
  • dan lain-lain..

Saya yakin akan ada klausa seperti yang diatas dimasukkan sekali. Jadi tak perlu pelik kalau salesman macam ni call. Memang maklumat no. telefon anda mungkin dah disebarkan oleh intitusi korporat macam ni.

Kenapa produk insurans yang dijual melalui telefon perlu dijauhi?

Hal ini adalah kerana:

    1. Produk yang dijual biasanya tidak komprehensif dan tidak memenuhi keperluan sebenar pengguna. Most of the time, produk yang dijual adalah insurans nyawa. Bagus ada insurans nyawa ni sebab pampasan tu nanti boleh digunakan untuk membayar hutang atau sebagai nafkah terakhir untuk ahli keluarga kita, tapi perlu ke nak cover sampai RM100k kalau medical card pun takde lagi?
    2. Konsep sell and go. Maksudnya tiada lagi customer service selepas mereka berjaya menjual produk mereka kepada anda. Nama salesman yang telefon tu pun anda tak tahu.
    3. Bukan produk yang benar-benar membantu dan hanya berorientasikan keuntungan.

Nasihat saya kepada semua, jangan sesekali membeli produk yang boleh dijual secara terus melalui telefon ni.

Kalau nak cari produk insurans/takaful, berhubunglah dengan mana-mana agen yang anda boleh jumpa sendiri face to face. Jumpa kat mana-mana dan discuss keperluan anda berdasarkan bajet yang selesa untuk anda keluarkan.


Posted

in

by

Comments

37 responses to “Kenapa Kita Selalu Dapat Panggilan Daripada Salesman Insurans Yang Annoying?”

  1. DuniaMaklumat Avatar

    Selalu jugak dapat call setelah dapat buat load banyak-banyak, letih juga nak menjawab dengan operator setiap kali dorang call

  2. Firdaus Azizi Avatar

    Saya pun rimas bila dapat panggilan telefon gini. Dulu pelik jugak macam mana dia tau nombor saya.

    Sekarang baru saya faham… Data kita dijual beli oleh pihak bank rupanya :(

    1. MYroadtax.com Avatar

      Bukan sahaja pihak bank. Telco pun suka jual data pelanggan.

      Tetapi mulai awal tahun ini, semua dah takut. SKMM dah mula pantau kes cabul hak privasi pelanggan ni. Kalau kita ada bukti bank atau Telco jual data, kita boleh buat aduan terus ke SKMM.

      Bagaimana saya tahu ni? Semua bank, syarikat kad kredit dan Telco sudah hantar surat perjanjian polisi peribadi kemaskini terbaru.

  3. MYroadtax.com Avatar

    Saya pula suka guna gimik ni.

    Kalau ada telemarketer telefon, saya akan cakap…

    “Kalau saya bankrap pun boleh mohon tak?”

    Terus dia letak ganggang dan tak kacau agi :D

  4. Hafiz Avatar

    Selalu juga dapat penggilan dari dorg, kadang2 penerangan dorg sampai setengah jam jenuh juga nak menolak

  5. Md hanafi AB Kadir Avatar

    Sebenarnya plan insurans yg dijual melalui telefon bukannya tak betul atau tipu..Sebenarnya ianya penjualan secara mudah Oleh sykt insurans melalui pihak ketiga iaitu telemarketing..
    Apa yg dinyatakan oleh en.ariff itu sgt betul..Jika anda Manu memohon sebarang plan insurans/takaful, adalah digalakkan berjumpa dgn mana2 ejen insurans yg berdaftar..
    Ejen Akan menerangkan apa yg anda Akan dapat atau berbaloi dgn nilai wang anda yg dilaburkan setiap bulan..

    Jika anda perlukan khidmat nasihat..sy Sedia membantu..TQ.

  6. #JomKurusPH Avatar

    Selalu kena panggilan macam ni :)

  7. AlamHati Avatar

    saya as takafuladvisor pun selalu gak dapat call dari takaful jugak. tapi ckp awal2 saya pun jual insurans. hehe.. so sembang tak lamalahlebih baik beli insurans dengan trusted people atau yg direkemen oleh kawan2.beli insurans ikut kemampuan dan keperluan. jangan terpedaya dengan side2 rider yang kurang bermanfaat. ambil yang penting2 je seperti kemalangan. well setiap hari ada je kan org eksiden.artikel pasal insuran saya ada tulis di blog

    1. semut Avatar
      semut

      Good point. Lepas ni boleh pakai modal ini. Thanks.

  8. ohcikgu Avatar

    kekadang..memang kesian gak dengan diorang ni..

    jadi..kekadang..dengar la jugak. layanlah juga..

    hujung cerita..cakap tak berminat. :)

  9. Khairil Mazri Avatar

    Entohler yeop naik geram adalah satu bank tu boleh halo kat pejabat. Adeh apakah?

    Kalau hidup tak menyusahkan orang lain tak boleh ke?

  10. Azizi Avatar

    betul-betul.. rasa tak perlu la nak ambil produk-produk yang jenis “fleksibel” macam ni melalui fon, sebab kita memang perlu after sale servis untuk tukar plan atau nak bertanya.. Yang sedihnya, diorang ni selalu tak akan angkat fon kalau kita call… nak call Hq paham-paham la tahap kesibukan diorang..

  11. Denaihati Avatar

    Cik saya tak perlu insuran sebab saya ada ilmu kebal. Saya pasti dengan ilmu kebal saya tidak akan cedera walau apa pun berlaku. Untuk makluman cik saya sekarang semasa menjawab telefon sedang terapung-apung. cik nak belajar ke ilmu kebal ini??

    1. namia Avatar

      hahahahahah adoiiii DH sila lah jangan buat kelakar sangat ..

    2. Khairil Mazri Avatar

      Hehehe ayat tak mengalah. Pun boleh… layan

  12. hazman aka species1980 Avatar

    The best is bila kata tak berminat nak jugak persoalkan …. kenapa dan mengapa…. normally lepas tu saya cut off the line je laaa….. apapun buat appointment itu adalah lebih baik

  13. unsohai Avatar

    Senang je nak elak dengan telemarketing ni… Cakap je ”Saya tengah drive tak boleh cakap phone”.
    Simple and relevan

  14. Yuzz Avatar

    Pengguna macam kita selalu menjadi mangsa. Macam tu lah jadinya kalau perniagaan tak berteraskan halal dan haram..

  15. halif Avatar

    Takde etika langsung

  16. myvitrd Avatar

    memang dah selalulah kena panggilan macam ni.. paling tak suka jenis mendesak… memang kekadang tak layanlah..

  17. Ezlaila Avatar

    Sometimes kesian juga kat orang yang buat tele-marketing nie, sebab diorang just follow the order and they do it for a living. Apa yang kita boleh buat hanya cari alasan utk tamatkan perbualan dengan cara yang baik.

    1. Ariff Avatar

      Yeah. Tu sebab kadang-kadang diorang ni dengar macam mendesak sangat, sebab dah terdesak.

      Better cari kerja lain. Jadi agen insuranse yang betul2 pun ok daripada jadi telemarketer ni

  18. M Avatar

    Saya setuju dengan posting ni..

    Kadang-kadang premium yang ditawarkan terlalu rendah, tapi meningkat selepas 6 bulan.

    Ada juga syarrikat yang tidak bertanggungjawab tidak memberikan langsung sebarang kad / sijil insuran. Bila ditanya, jawapanya “oh, encik kena download sendiri” .. ABAH KO!

  19. blog amir Avatar

    tak pernah terkena lagi

    mungkin ada kumpulan yg disasarkan dan saya belum masuk lagi dalam kumpulan itu. hihi.

  20. fazrol Avatar

    Dah agak dah…
    Setiap kali ada sign surat bank mesti ada yg call offer mcm2…

  21. Faizal Fredley Avatar

    ooo dari sini lah dtgnya….kadang2 setahun 5 6 kali dapat panggilan….soalan pulak soalan sama jer…..naik menyampah pun ada..masa first dpt excited..ehheh

  22. Azman Ismail Avatar

    Setiap telemarketeer dibekalkan senarai nama dan no phone setiap hari oleh pihak syarikat untuk memjual produk insuran mereka. Dorang gila dok push sebab nak capai target. Kalau tak capai target memang kena la dengan bos masing2.

  23. Myra Jay Avatar

    Memang malas nak layan bila kita cakap tak berminat diorang suruh dengar dulu penerangan dan suruh berfikir 2-3 hari.
    tapi esoknya dah call balik pujuk suruh terima. At lastnletak je talipon malas nak layan

  24. Akiwa nano Avatar

    Memang annoying dorg ni..
    malas layan..

    Minat seni grafik dan nak download vector free?
    jemput singgah ke akiwaart.blogspot.com
    thanks ^_^

  25. Shahrul Avatar

    memeng tersangat annoying…sape la sanggup keje salesman

    1. Ariff Avatar

      Bab kerja tu tak boleh kata apa la. Kadang-kadang itu je yang ada. Cuma training diorang ni yang tak betul, tu sebab sampai jadi annoying

  26. eyriqazz Avatar

    Bijak bank kan? Ada pula yang tidak bertanggungjawab i.e. menjual data pelanggan kepada syarikat insurans i.e. pengalaman semasa kerja di komersial bank dulu, memang ada staff yg purposely jual data pelanggan, rm2-3 satu customer tak silap….

    1. Ariff Avatar

      Staff pun jual? Pergh.. jahat jugak. Ingatkan bank je yang officially jual benda2 ni

      1. M Avatar

        Arif, off topic sat.. boleh bagi link macam mana nak buat commenting style macam kat blog ni tak? I mean, ada automatic letak link blog commenter..aku tak tau la apebenda namanya.. refferal? ontah yo…

        1. Eridy Avatar
          Eridy

          guna commentluv…rasanya ariff ada tutorialnya di blog ini pasal plugin nie..

          1. Ariff Avatar

            Thanks replykan.

            Tak pasti kalau blogspot supported lagi tak commentluv ni. Kena check balik

  27. akubiomed Avatar

    Biasanya tak baca habis dan hadam semua terma-terma. Memang sah terkono.